6 Warna Darah Haid Ini Dedah Makna Di Sebalik Kesihatan Wanita

8068

Situasi yang paling mencabar dilalui oleh wanita pada setiap bulan adalah apabila datangnya haid. Bukan saja berasa tidak selesa dan segala aktiviti terbatas, ada juga wanita yang mengalami alahan teruk semasa datang bulan.

Belum lagi bila ditanya tentang ‘mood’ sis ketika mengalami situasi tersebut, mak ai benda ni memang paling mengerikan buat lelaki sebab terpaksa melayan karenah pasangan.

Namun begitu, percaya atau tidak bahawa sebenarnya warna darah haid boleh memberi petanda kepada tahap kesihatan dan kondisi badan anda.

So, penting untuk wanita memeriksa warna darah yang keluar setiap kali mereka datang bulan sebelum membuang tuala wanita yang telah dipakai kerana dengan cara itu, mereka boleh mengesan masalah-masalah yang mungkin berlaku pada tubuh badan.

Nak tahu ada berapa jenis warna darah haid dan maksudnya sekali? Jom semak 6 warna yang sudah dikenal pasti ini.

1. Merah muda

Anda mungkin mengalami anemia atau kekurangan darah. Namun, jika sudah berkahwin dan sedang dalam tempoh subur, ini merupakan tanda awal kehamilan.

IKLAN

2. Merah terang

Anda boleh menarik nafas lega sekiranya warna darah haid kelihatan merah terang kerana ia adalah sesuatu yang normal.

Namun, jika darah tersebut masih berwarna merah terang selepas lebih daripada lapan hari, anda perlu segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan.

3. Merah gelap

Jika mempunyai kitaran darah haid berwarna merah gelap yang tidak berhenti keluar seperti paip bocor sekitar pada hari kedua dan ketiga, jangan panik.

Situasi ini adalah normal kerana rahim sedang bekerja untuk mengeluarkan gumpalan darah tersebut.

Walau bagaimanapun, jika ia berlarutan sehingga hari keempat dan selanjutnya, kemungkinan rahim anda mempunyai tumor dan segeralah berjumpa dengan doktor.

4. Merah jingga

Jika darah haid berwarna seakan-akan merah jingga dan berbau kuat, mungkin kerana terdapat jangkitan faraj yang merubah warna darah haid. Terus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti ini.

5. Coklat gelap

Tidak perlu risau kerana situasi ini adalah normal. Kitaran dan warna haid bagi setiap wanita itu adalah berbeza. Jika warna haid anda berwarna coklat gelap, ia merupakan proses biasa pada awal dan penghujung kitaran haid.

Lepas ni setiap kali datang haid jangan lupa check setiap perubahan warna yang ada pada darah tersebut. Kalau langsung tak keluar haid pun bahaya juga.

Awas ya, jika bukan kerana hamil, mungkin ada sebab-sebab lain yang perlu anda ketahui. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

Sumber: powerhealthyt.com