
RM BTS baru-baru ini sekali lagi mencuri perhatian selepas berjaya mencipta sejarah apabila beliau menjadi artis Asia pertama dan satu-satunya yang meraih kemenangan di Anugerah Muzik Amerika (American Music Awards) sebagai artis solo mahupun sebagai sebahagian daripada kumpulan.
Kejayaan ini hadir selepas RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon (32), diumumkan sebagai pemenang bagi kategori “Favorite K-Pop Artist”, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan beliau dalam industri muzik global yang semakin kompetitif dan penuh cabaran.
Lebih menarik lagi, kemenangan solo tersebut turut meletakkan RM dalam senarai eksklusif selebriti antarabangsa yang pernah meraih pengiktirafan di pentas AMA sebagai artis solo dan juga sebagai anggota kumpulan atau duo.
BACA: BTS Diiktiraf Sebagai “ICONS” Guinness World Records, Satu-Satunya Artis Asia Dalam Senarai

Only artists to win #AMAs both as soloists and as part of a group or duo: pic.twitter.com/1MT4bTSDbc
— Pop Core (@TheePopCore) May 26, 2026
Difahamkan, antara nama besar yang turut berada dalam senarai tersebut termasuk Beyoncé, Michael Jackson, Paul McCartney, Zayn Malik, Lionel Richie, Harry Styles, Bruno Mars, Will Smith, George Michael, Niall Horan, Justin Timberlake, Camila Cabello, Fergie dan Phil Collins.
Pencapaian pelantun lagu ‘Wild Flower’ ini secara tidak langsung memperlihatkan pengaruh besar yang dibawa oleh BTS dalam industri muzik dunia, selain menjadi inspirasi kepada generasi muda bahawa bakat dari Asia juga mampu berdiri sama tinggi di pentas antarabangsa.
BACA: RM BTS Prihatin Warisan Budaya, Sumbangan Dana Hidupkan Semula Lukisan Tradisional Lama Korea
Dalam perkembangan berkaitan, BTS terus membuktikan dominasi mereka di pentas muzik antarabangsa apabila berjaya merangkul beberapa anugerah utama di AMA 2026, termasuk ‘Artist of the Year’, ‘Song of the Summer’ menerusi lagu “SWIM”, serta ‘Best Male K-Pop Artist’, menjadikan mereka antara artis paling menyerlah pada acara berkenaan.

Kejayaan ini turut disifatkan sebagai satu pencapaian besar selepas kepulangan mereka ke pentas AMA, selain menandakan era baharu buat kumpulan sensasi tersebut selepas beberapa tahun memberi tumpuan kepada aktiviti individu dan rehat sementara.
Secara keseluruhannya, kemenangan ini bukan sahaja menambah koleksi trofi BTS, malah turut mengukuhkan pengaruh mereka dalam mencorak landskap muzik global yang semakin kompetitif.
Untuk info, BTS kini masih meneruskan siri jelajah dunia ‘ARIRANG’ ke beberapa lagi destinasi utama termasuk Las Vegas dan Tokyo sebelum bakal menghangatkan pentas di Kuala Lumpur pada Disember ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!




























