Mungkin kerana proses datang haid berlaku sekerap sebulan sekali, kebanyakan remaja perempuan tidak terlalu mengendahkan perubahan selera makan mereka sebelum ia berlaku.
Cuma apabila difikirkan balik, betul juga eh.Setiap kali sebelum datang haid, entah dari mana datangnya keinginan hendak makan lebih daripada kebiasaan!
Kalau boleh, semua jenis makanan pun perempuan ingin ‘craving’ terutamanya makanan jenis manis dan tidak terlalu berkhasiat.
Bukan itu saja, kekerapan selera untuk makan juga telah bertambah. Baru sahaja lepas makan tetapi selera hadir semula kurang dari tempoh satu jam.
Adakah ini berpunca daripada hormon remaja perempuan itu sendiri. Atau adakah situasi ‘berselera besar’ ini hanya terjadi kepada sesetengah perempuan saja?
Ya, sebetulnya, we have our hormonal changes to be blamed! Hehe.. Ia tidak berlaku kepada semua perempuan. Namun majoritinya boleh relate kepada situasi ini.
Sebelum datang haid, hormon dalam badan perempuan akan menjadi tidak seimbang. Hormon estrogen (untuk perkembangan pembiakan/reproductive) dan progesteron (penting untuk kitaran haid dan kehamilan) akan berada di puncak.
Ia menjadikan selera makan perempuan bertambah, mood seorang perempuan mulai celaru dan perempuan juga akan sukar mendapatkan waktu tidur yang cukup.
Ads
Patutlah orang kata, jangan ‘kacau’ perempuan sebelum period. Rupanya..
Keinginan untuk makan ini adalah salah satu cara badan kita ‘memberitahu’ minda untuk menjaga kestabilan emosi.
Selain makan dan bersenam, luangkan masa bersama kawan karib untuk menghilangkan rasa stres sewaktu ingin datang haid.
Oleh itu girls, janganlah terlalu risau sekiranya berat badan sedikit bertambah sebelum datang haid. It is a completely normal situation. Kalau nak makan aiskrim, bomboloni ataupun coklat, makan je.
Apa yang penting, kita jangan melampaui batas makan kerana itu hanya akan menjadikan minda kita lebih stres.
Satu perkara lagi, jangan jadikan datang haid sebagai alasan untuk tidak bersenam secara ringan. Bukan saja ia bertujuan untuk membakar semula kalori yang diambil tadi, malah ia membuatkan minda kita berfungsi dengan lebih lancar setelah tamat bersenam.
*
Bagaimana pula jika kitaran haid kamu tidak teratur?
Viral di media sosial tentang penggunaan ‘health tag’ yang mengandungi bahan kimia Chlorine Dioxide dan dikatakan mampu menghapuskan virus dan bakteria dalam radius 1 meter daripada si pemakainya. Ia juga dikatakan mampu bertahan selama 45 hari.
Namun begitu, keberkesanan produk ini telah pun mendapat penafian daripada Pusat Racun Negara yang mengesahkan bahawa satu kajian khusus tentang keberkesanan produk seumpama itu telah dijalankan dan diterbitkan melalui artikel Hidekazu NISHIMURA, Investigation on Practical Usefulness of Body-worn Devices that Claim to Release Chlorine Dioxide. Japanese Journal of Environmental Infections 32(4):222-226. July 2017.
Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa:
1. Tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku
2. Gas yang dibebaskan adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung
Kajian ini juga jelas menunjukkan pemakaian ‘health tag’ adalah TIDAK BERKESAN untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada apatah lagi COVID-19.
Chlorine Dioxide merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah. Lebih membimbangkan lagi, kepercayaan terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.
Akibatnya, masyarakat akan bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan penjarakan sosial.
Oleh itu, korang jangan percaya jika terlihat mana-mana penjual yang menjual produk ini secara online atau pun di kedai-kedai kerana ia sama sekali tidak membantu menjauhkan korang daripada virus COVID-19.
Sampaikan berita ini kepada keluarga dan insan tersayang agar mereka lebih peka dan tidak terpedaya.
Masalah gastrik bukan boleh dibuat main-main kerana mereka yang mengalami saja tahu bagaimana azabnya nak menahan rasa sakit yang datang.
Biasanya, pesakit akan mengadu pedih ulu hati, perut selalu merasa sakit, selalu sendawa dan kurang selera makan.
Menurut rootofscience, majoriti daripada kes gastrik adalah disebabkan jangkitan bakteria H. Pylori yang mampu menguraikan lapisan pertahanan perut dan menyebabkan asid yang dirembes menghakis dinding perut.
Oleh kerana itu, pesakit akan merasa pedih hati malah, bakteria ini juga mempunyai kaitannya dengan salah satu punca kanser perut.
Jalan mudah yang boleh dilakukan oleh pesakit adalah dengan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya sudah sampai tahap teruk, kamera akan dimasukkan ke dalam bahagian perut untuk melihat keadaan dinding perut dan mengambil sedikit sampel bagi mengesan kehadiran bakteria H.pylori.
Cara bunuh bakteria H.pylori
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa terdapat dua makanan yang boleh anda ambil untuk membantu menyelesaikan masalah gastrik ini. Antaranya adalah seperti:
1. Brokoli
Sayur ini mempunyai kandungan serat dan vitamin yang tinggi. Malah ia mempunyai satu kompaun yang mampu membantu pesakit gastrik yang disebabkan jangkitan H. pylori. Kompaun tersebut adalah Glucoraphanin.
Apabila memasuki badan, kompaun ini akan ditukarkan kepada kompaun sulforaphane yang merupakan kompaun aktif dan mampu membunuh bakteria H. pylori.
Satu kajian telah dibuat pada tahun 2009, di mana kumpulan manusia yang terkena jangkitan H.pylori mempunyai kadar penurunan bakteria tersebut apabila makan brokoli secara kerap. Ini jelas menunjukkan bahawa brokoli merupakan salah satu makanan yang mampu untuk merawat pesakit gastrik.
2. Yogurt
Menurut kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Clinical Nutrition, yogurt mengandungi tinggi probiotik yang memberi kesan kepada H. pylori ketika dalam proses rawatan.
Ini kerana yogurt mempunyai banyak bakteria baik yang membuatkan badan lebih senang untuk menghapuskan bakteria H. Pylori dalam perut.
Kesimpulannya, kalau anda sering mengalami masalah pedih ulu hati dan kerap mengambil ubat untuk merawat masalah tersebut, apa kata cuba makan brokoli dan yogurt dengan lebih kerap bagi membantu masalah perut anda.
Kira-kira sebulan lalu, Manvin Khera telah dimahkotakan sebagai pemenang utama pertandingan Ratu Wanita Malaya yang dilangsungkan dalam majlis penuh gemilang. Seiring dengan kemenangannya itu, dia sekaligus memegang takhta Miss Earth Malaysia 2023 dan bakal mewakili negara ke pertandingan tersebut tahun hadapan.
Berjaya mengalahkan 17 peserta lain untuk memegang gelaran utama. Manvin yang pandai menari dan juga memanah percaya bahawa kebaikan harus dimulakan dari dalam diri.
“Saya percaya apa yang menjadikan seorang ratu adalah keupayaannya berdiri untuk dirinya sendiri dan orang lain dengan kasih sayang serta kebaikan. Seiring dengan ketabahannya dalam mengharungi kegagalan dan ketakutan. Tidak lama dahulu, saya belajar bagaimana untuk terus hidup.
“Saya menghargai setiap pelajaran yang saya perolehi sehingga hari ini. Untuk berada di mana saya berdiri kini, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada semua orang, untuk berusaha mencapai kecemerlangan tidak kira apa pun yang berlaku,” ujarnya.
Khabar terbaharu mengenai gadis tinggi lampai ini, dia bakal membuat kemunculan sebagai peragawati di Thailand Fashion Week yang bakal berlangsung di Bangkok penghujung November ini.
Dalam hantaran akaun Instagram rasmi Thailand Fashion Week, pihak penganjur menulis, “Manvin Khera (Miss Earth Malaysia 2023) bakal membuat kemunculan sulung di Thailand Fashion Week bertempat di Bangkok pada 30 November 2022. Dia bakal berjalan untuk pereka fesyen dan jenama antarabangsa bagi koleksi musim panas/bunga 2023. Saksikan aksinya dari kerusi barisan hadapan.”
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Thailand Fashion Week telah diadakan sejak tahun 2000 dan menjadi medan pereka fesyen negara gajah putih itu dan juga pereka fesyen antarabangsa untuk mempersembahkan kretiviti kepada umum dengan lebih berkesan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!