Bila bergelar seorang perempuan, ada beberapa perkara yang sering merisaukan mereka. Antaranya adalah bila haid tidak keluar pada bulan tertentu.
Kita sudah sedia maklum, perempuan akan didatangi haid setiap bulan. Jadi bila ada hari-hari yang sepatutnya sudah haid, tapi tidak muncul juga, ini yang merisaukan kaum Hawa.
Perkara pertama yang biasanya mereka fikir adalah “Adakah situasi ini normal?”
Jadi, untuk menjawab segala kekusutan, berikut merupakan 10 perkara tentang masalah lambat datang haid yang korang kena tahu menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Registrar Obsterik & Ginekologi.
1. Perlu tahu corak haid
Setiap perempuan mempunyai corak haid yang berlainan. Kalau nak tahu apa yang normal untuk korang, catat hari datang haid pada calendar dan juga tarikh bila haid berhenti. Kenal pasti corak haid korang, berapa hari haid dan juga pendarahan yang berlaku ditengah-tengaj bulan sementara menunggu haid yang berikutnya.
2. Jangan malu bertanya pada doktor
Jika mengalami perubahan yang dirasakan tidak normal untuk kitaran haid pada bulan tersebut, korang boleh terus tanya kepada doktor. Haid tidak teratur mungkin menandakan tanda-tanda mencapai umur menopos (bagi wanita berusia) atau ada sesuatu yang tidak kena pada perubahan hormon.
Ads
3. Hamil- sebab biasa haid tidak datang
Bagi korang yang dah berkahwin, sebab ini mungkin tidak memeranjatkan. Pada awal kehamilan, sesetengah perempuan mengalami pendarahan yang boleh menyebabkan kekeliruan sama ada ianya haid atau tidak.
4. Penyusuan badan
Sekiranya korang sudah bergelar sebagai ibu dan menyusukan anak, hormone di dalam badan korang lebih menyediakan badan untuk menghasilkan susu. Ada juga sesetengah ibu menyusu yang langsung tidak datang haid sehingga setahun atau dua tahun.
5. Masalah kesihatan yang berkaitan
Masalah seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, kencing manis yang tidak terkawal merupakan antara gejala yang perlu mendapatkan doktor untuk memastikan korang tidak mengalami masalah kesihatan.
Ads
Obesiti juga boleh menyebaban ketidakseimbangan hormone estrogen di dalam badan wanita dan seterusnya menyebabkan gangguan pada kitaran haid.
6. Tekanan emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti. Kalau korang melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan seperti over exercise, kehilangan berat badan yang banyak atau menghadapi masalah pemakanan turut menjadi sebab kepada masalah ini.
7. Ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat yang korang ambil boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan dan pil-pil hormon boleh menyebabkan kitaran haid terganggu.
Ads
Korang kena tahu, jamu-jamu tradisional atau ubat kurus juga boleh menyebabkan gangguan kitaran haid ini.
Mesti ada yang risau dan tertanya-tanya kalau mempunyai masalah haid tidak teratur, adakah bermaksud korang tidak subur atau tidak boleh mengandung?
Nah, doktor telah menjelaskan walaupun tidak datang haid, tidak bermakna korang tidak subur. Dapatkan nasihat doktor untuk penjelasan ini.
9. Mungkin juga sukar untuk hamil
Walaupun doktor telah menjelaskan bahawa tak datang haid tidak bermakna korang tidak subur, tapi kejayaan untuk hamil kadang-kadang agak sukar. Rawatan tetap ada untuk yang menghadapi masalah seperti ini. Jangan risau, dapatkan saja nasihat daripada doktor.
10. Menopos
Putus haid atau menopos adalah keadaan dimana seorang wanita itu tidak lagi datang haid. Purata umur mencecah 50 tahun dan untuk korang tak perlulah nak risau tentang ini. Namun begitu, ia tetap juga penting sebagai panduan untuk korang kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun ia merupakan antara aksesori terkecil yang boleh kita gayakan, jam tangan adalah petunjuk kepada gaya dan personaliti seseorang. Kadangkala ia juga memberi gambaran kepada status si pemakai itu.
Tidak hairanlah apabila ramai yang mementingkan rekaan jam tangan dan selalunya, rekaan yang ‘fashionable’ memerlukan korang untuk melaburkan sejumlah wang yang besar bagi memilikinya dan kebanyakan daripada kita terpaksa berputih mata saja kerana kekangan bajet.
Berita baik bagi korang yang inginkan jam tangan bergaya namun tidak pada harga premium apabila jenama Time Zone di bawah kelolaan kumpulan Habib baru-baru ini memperkenalkan rangkaian jam tangan terbaru yang memang BERSTAIL!
Koleksi yang berasal dari Belgium ini dikenali sebagai KOMONO dan ia mengekalkan kualiti dan rekaan paling trendy di Eropah. Bagi korang yang selalu tertarik dengan gaya minimal ala Skandinavia, KOMONO menggabungkan teknologi dan rekaan pada jam tangan yang mampu dimiliki oleh remaja di Malaysia.
REMAJA berpeluang untuk melihat sendiri rekaan yang disediakan bagi pasaran Malaysia dalam acara previu oleh pihak Time Zone, baru-baru ini. Jom lihat koleksi apa ada untuk kita semua.
The KATE
Rangkaian : Classic Kate, Kate Animal, Kate Croco & Kate Royale
Rangkaian harga : RM339 – RM379
The MONO
Rangkaian : Mono, Mono Clear, Mono Orbit & Mono Tag.
Rangkaian harga : RM339
The KONRAD
Rangkaian : Metropolis & Midnight Retrograde.
Rangkaian harga : RM549
*
Menarik bukan!
Bukan itu sahaja, KOMONO turut hadir dengan aksesori bingkai kaca mata yang ‘lari’ daripada rekaan konvensional. Pastinya mereka yang inginkan kelainan akan OBSES dengannya.
Bagi korang yang sedang tercari-cari jam tangan baharu pada akhir tahun ini, korang boleh saja mencuba sendiri rangkaian rekaan jam tangan daripada KOMONO di beberapa lokasi berbeza di sekitar Lembah Klang. Ini termasuklah di Vernakular Store Bangsar, Time Zone Gallery Ampang, Time Zone IOI City Mall Putrajaya dan Time Zone Sogo Kuala Lumpur.
Atau korang boleh memilikinya secara atas talian di www.thewatchlibrary.co, www.timezone.com.my, laman web e-dagang Lazada, Shopee dan Zalora.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap berus mekap yang dihasilkan mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Malah untuk solekan yang sempurna penggunaan berus mekap adalah diperlukan.
Pernah heboh dahulu tentang kewujudan berus yang diperbuat daripada bulu khinzir. Ternyata, ramai masih terlepas pandang dan tak ambil endah tentang pemilihan berus mekap.
Bulu sintetik vs bulu binatang
Kebiasaannya kita akan memilih bulu daripada sintetik untuk digunakan. Bulu sintetik ini diperbuat daripada sumber plastik dan nilon yang dicipta untuk menyerupai helaian rambut atau bulu binatang.
Tapi banyak juga yang dijual di pasaran berus yang menggunakan bulu binatang seperti kambing, anak kudai, tupai cuma yang ditakuti kita terbeli dan terpakai bulu daripada binatang yang ‘haram’ digunakan untuk Muslimah.
Jadi macam mana mahu mengenal pasti bulu sintetik dan bulu binatang terutama yang haram? Sebelum beli sila lihat ciri ini pada berus mekap yang dijual.
Cara kenal pasti berus daripada bulu binatang termasuk khinzir
1. Ia boleh dikenal pasti melalui istilah yang mungkin tertera pada label produk seperti “Hog Bristle”, “Pig Bristle” atau “Boar Bristle”.
2. Ada beza berus daripada bulu sintetik dan juga bulu binatang seperti khinzir. Bulu sintetik biasanya akan dilihat lebih bersinar daripada bulu binatang. Jadi anda boleh mengenal pasti dengan cara ini tanpa perlu menyentuhnya.
3. Selain itu berus mekap dari bulu binatang juga akan lebih mudah dicabut berbanding bulu sintetik yang lebih kuat.
4. Berus mekap yang berasaskan bulu binatang juga lebih lembut teksturnya berbanding berus sintetik.
4. Bulu daripada khinzir juga boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri. Paling jelas bulu khizir biasanya bercabang. Jadi elak dari membelinya.
5. Selain itu jika sudah terbeli dan meragui ia adalah bulu daripada binatang, anda boleh membakarnya. Jika terbau seperti daging terbakar bermakna ia adalah bulu binatang.
Di samping berus mekap, bulu daripada binatang ini juga boleh digunakan untuk membuat berus pembersih rumah mahu pun berus cat. Korang boleh mengenal pastinya dengan cara yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Digelar sebagai ‘anugerah Grammys’ versi Korea Selatan, acara Golden Disc Awards 2022 selamat dilangsungkan pada hari Sabtu lalu dengan kemenangan besar berpihak kepada kumpulan sensasi K-pop yang telah menguasai dunia hiburan antarabangsa, BTS.
Namun sebelum mereka muncul dalam acara yang disiarkan secara langsung di aplikasi Astro Go khas buat penonton di Malaysia itu, masing-masing telah berjalan di karpet merah terlebih dahulu untuk memperagakan gaya fesyen masing-masing.
Pada tahun ini, antara nama besar yang disebut-sebut terdiri daripada BTS, IU, Seventeen, AESPA, Stray Kids, Jeon Somi dan pengacara trio; Lee Da Hee, TXT, Lee Seung Gi dan Sung Si Kyung serta ramai lagi.
Pelakon, Lee Da Hee tampil penuh berkarisma dalam persalinan gaun moden ala Cleopatra dengan pilihan warna emas pada bahagian bawah.
Sementara itu, penyanyi yang membawa pulang salah satu anugerah pada petang itu iaitu Jeon Somi berani membawakan kelainan dengan persalinan dress paras lutut yang menjadi meme popular.
Jeon Somi
Ini kerana ia kelihatan seakan bentuk telur bergerak pada siluet bahagian skirtnya yang menggelembung. Moden itu pasti, tapi adakah korang dapat menerima gaya Jeon Somi ini? Komen di bawah okay!
Seperti biasa, penyanyi solo popular IU kelihatan chic dalam persalinan blazer dress dengan perincian butang keemasan manakala seorang lagi penyanyi solo, Heize cukup ‘garang’ apabila mengenakan persalinan serba hitamnya dengan but putih serta bang.
IUHeize
Beberapa kumpulan lelaki muncul di karrpet merah dalam persalinan suit & tie kemas seperti kumpulan ENHYPEN, TXT, Stray Kids dan Seventeen. Biarpun elegan, bagi penulis, ia dilihat sedikit membosankan memandangkan terlalu ramai selebriti lelaki yang memilih stail seakan sama.
TXTENHYPENStray Kids
Pujian bagaimanapun harus penulis berikan kepada kumpulan Stray Kids yang bijak mengenakan stail yang mengikut potongan badan terutama dengan tali pinggang yang mengikat bahagian pinggang.
Menariknya, beberapa selebriti seperti Lee Seung Gidan Seventeen telah membuat mimik ‘gaya harimau’ dengan tangan masing-masing. Ia mungkin bersempena zodiak harimau dalam kalendar masyarakat Cina yang bakal disambut sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Lee Seung Gi bergurau dengan gaya harimaunya.
Hi Seventeen!
Sung Si Kyung.
Comel kan!
Siapa selebriti ‘best dressed’ korang di Golden Disc Awards kali ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!