Pentas akhir pertandingan Miss Universe 2022 yang berlangsung pada hari ini telahpun menobatkan R’Bonney Gabriel dari Amerika Syarikat sebagai juara edisi ke-71 sebentar tadi.
R’Bonney, 28 yang berasal dari Houston, Texas telah mengenepikan saingan terdekat daripada naib juara, Andrea Rubio dari Venezuela. Manakala, tempat ketiga pula disandang oleh Dominican Republic, Andreina Martinez Founier.
Kali terakhir wakil Amerika Syarikat dinobatkan sebagai juara Miss Universe adalah pada tahun 2012 menerusi Olivia Culpo. (Kebetulan pula, Olivia juga bertugas sebagai hos program Miss Universe 2022 pada hari ini).
(Dari kiri): Andrea Rubio dari Venezuela, Anne Jakrajutatip yang merupakan pemilik organisasi Miss Universe, Miss Universe R’Bonney Gabriel dan Andreina Martinez Founier dari Dominican Republic.
Gadis berdarah kacukan Amerika Syarikat – Filipina ini telah dimahkotakan oleh juara edisi ke-70, Harnaaz Sandhu dari India dengan mahkota baharu bernilai USD5.58 juta.
Mahkota ini juga merupakan mahkota paling mahal dalam sejarah penganjuran Miss Universe.
Kemenangan R’Bonney di New Orleans, Amerika Syarikat ini sekaligus menutup mulut segala spekulasi dan tohmahan negatif yang terpaksa ditelan oleh R’Bonney susulan kemenangannya di pertandingan Miss USA 2022 oleh rakan-rakan seangkatannya sendiri.
Menariknya mengenai kemenangan R’Bonney sebentar tadi adalah persamaan di antara jawapannya sewaktu pusingan Top 5 dan mesej yang disampaikan pada bahagian belakang cape yang dipakai R’Bonney semasa pusingan pakaian mandi.
Ads
Dalam jawapannya yang diberikan semasa pusingan Q&A tersebut, R’Bonney berkata satu perubahan yang diharapkan olehnya di pentas Miss Universe adalah faktor usia. Pada usia 28 tahun, sebahagian daripada semangat yang diperolehi R’Bonney untuk melakukan yang terbaik bagi menggapai impian adalah disebabkan usianya itu.
“Jika bukan sekarang, bila lagi? (If not now, then when?),” soal R’Bonney. Mesej yang sama juga terpapar pada bahagian cape yang dipakai olehnya. Dia sekaligus kini merupakan salah seorang juara paling berusia dalam sejarah penganjuran Miss Universe.
Sedikit info menarik mengenainya, R’Bonney bergelar gradual daripada University of North Texas dengan sijil sarjana muda rekaan fesyen dengan minor dalam kepakaran fiber.
Ads
Kini aktif bergelar seorang pereka fesyen yang memartabatkan elemen kelestarian alam sekitar dalam penghasilan pakaian, R’Bonney turut mencatat sejarah pada tahun lalu selepas menjadi peserta pertama berketurunan Filipina yang memenangi Miss USA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Charles & Keith antara jenama fesyen sepatu, aksesori dan beg tangan mampu milik yang menampilkan rekaan premium dan terkini. Menjadi kegemaran wanita yang sukakan fesyen, butik ini semestinya satu hentian yang wajib setiap kali membeli-belah.
Baru-baru ini Remaja sempat berkunjung ke pembukaan butik konsep baharu jenama ini yang merupakan butik seperti itu yang ketiga di buka di dunia. Yang pertama di Hong Kong dan yang kedua dibuka di Taiwan.
Mengekalkan skema warna yang bersih dan minimum menjadi ciri estetika jenama ini, butik konsep baharu itu diberi sentuhan yang lebih lembut dengan ciri-ciri lengkungan dan serlahan garisan yang menghiasi keseluruhan butik.
Direka bentuk dengan tujuan untuk menjadi ruang yang membolehkan pelanggan menikmati proses menyemak beli-belah, kedai baharu itu direka dan dihias untuk memberikan para pelanggan sebuah pengalaman yang maksimum.
Menampilkan lekapan aluminium bersalut serbuk, lamina batu travertine dan alas berlamina marmar statuario putih, hiasan yang menarik dan mewah melengkapkan dengan sempurna koleksi bergaya yang dipersembahkan termasuklah untuk keleksi Charles & Keith premium.
Untuk memberikan pelanggan pengalaman susun atur, setiap bahagian butik direka dengan tujuan untuk menyampaikan cerita. Daripada kasut dan beg kepada aksesori gaya hidup, pelanggan digalakkan untuk meneroka pilihan produk yang pelbagai dan menemui trend terkini sambil menikmati perkhidmatan yang sempurna di butik konsep tersebut.
Kini koleksi terbaharu Holiday 2021 sedang dipertontonkan untuk jualan, apa yang pasti setiap rekaan menepati citarasa masa kini terutamanya untuk golongan muda yang sukakan gaya yang tidak rigid.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersenam memang merupakan aktiviti terbaik yang boleh kita lakukan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Namun begitu, berlaku sebaliknya apabila dua orang pelajar diaporkan telah dimasukkan hospital disebabkan mengalami masalah kegagalan buah pinggang selepas bersenam.
Menurut laman The Diagnosa yang ditulis oleh Dr. Latif Saad, kes ini berlaku di China dan sehari sebelum kejadian itu, kedua-dua pelajar tersebut telah membuat satu cabaran yang dikenali sebagai ‘Squat Challenge’. Cabaran ini memerlukan mereka untuk melakukan squat secara berterusan sehinggalah salah satunya mengalah.
Gambar hiasan
Akhirnya, mereka melakukan senaman ini selama 2-3 jam dan salah seorang daripada pelajar tersebut telah mengalah. Secara jangkaan, mereka telah melakukan pergerakan itu sebanhyak 1000 kali.
Keesokan harinya, kaki mereka terlalu sakit sehingga mengalami masalah untuk membengkokkan kaki. Bahagian otot paha dan betis pula menjadi keras dan terasa sakit bila ditekan. Simptom yang paling ketara adalah air kencing mereka menjadi warna coklat yang sangat pekat.
Apabila dirujuk ke hospital, keputusan darah menunjukkan terdapat kegagalan buah pinggang akut kerana bacaan urea dan creatine menunjukkan bacaan yang sangat tinggi.
Menurut doktor, jika dilihat daripada perbuatan pesakit yang membuat senaman squat yang berlebihan ini dan kemudian diikuti dengan masalah pada buah pinggang, kemungkinan besar pesakit ini mengalami masalah rhabdomyolysis.
Apa itu rhabdomyolysis?
Berlaku disebabkan kerosakan yang teruk pada otot hingga menyebabkan pengeluaran bahan berbahaya daripada sel otot ke dalam salur darah. Selalunya, protein myoglobin daripada sel otot yang rosak akan masuk ke dalam saluran darah dan berkumpul di bahagian buah pinggang. Protein ini akan menyebabkan sumbatan pada bahagian penapis buah pinggang hingga menyebabkan kegagalan buah pinggang berlaku.
Punca masalah ini
• Kemalangan seperti accident, jatuh bangunan dan sebagainya
• Renjatan elektrik atau disambar petir. Ini boleh menyebabkan kematian pada sel otot
• Dipatuk ular. Bisa ular tersebut boleh menyebabkan sel otot mati dan mengeluarkan myoglobin
• Sawan
• Jangkitan bakteria atau virus
• Senaman yang melampau
Berbalik kepada dua orang pesakit tadi, doktor menjelaskan mereka diberi air terus ke dalam saluran darah dan untuk mengelakkan buah pinggang menjadi semakin rosak. Mujur rawatan ini berkesan untuk mereka dan fungsi buah pinggang menunjukkan ia semakin pulih.
Gambar hiasan
Jika fungsi buah pinggang semakin teruk, pesakit perlu menjalani dialisis (cuci buah pinggang) untuk mengelakkan keadaan pesakit menjadi semakin teruk.
Jadi, nasihat daripada doktor ini, elakkan daripada bersenam secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah rhabdomyolysis yang boleh merosakkan buah pinggang korang. Senaman tu tak salah, tapi yang salah bila korang lakukan secara berlebihan.
Maksudnya, janganlah jadikan ini sebagai alasan untuk korang malas bersenam ya. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berpunca daripada jadual penggambaran drama back-to-back, finalis Dewi Remaja 2009/10 iaitu Izara Aishah mengalami masalah kulit wajah selepas terdedah kepada solekan untuk tempoh terlalu lama.
Untuk pengetahuan, Izara terlibat dengan penggambaran drama bersiri Jodoh-Jodoh Annisa untuk saluran Astro Prima yang melibatkan 100 buah episod. Tentunya, ia memerlukan komitmen Izara untuk bukan sahaja berlakon tetapi perlu disolek hampir setiap minggu (atau hari).
Tanpa berpeluang merehatkan diri dan kulit wajahnya daripada solekan, Izara teruskan dengan sebuah lagi projek mini siri berjudul Ombak Rindu yang baru saja selesai.
Di set penggambaran Ombak Rindu.
Jadi cuba bayangkan, betapa kerapnya Izara ‘terdedah’ dengan solekan di set penggambaran dan ternyata, too much make up can do you harm.
Kongsinya dengan rakan media di Gempak, “Ketika penggambaran Jodoh-Jodoh Annisa selama setahun, kulit saya menjadi teruk especially bila babak di sebuah kilang yang penuh dengan habuk.
“Di set Ombak Rindu pula, saya perlu menyelam di dalam sungai dan kulit muka saya naik penuh dengan biji-biji tak lama selepas itu.”
Disebabkan isu kulit bermasalah ini, Izara dinasihatkan oleh doktor agar berehat sebentar daripada projek lakonan dan usah mengenakan solekan yang lama. Ini kerana jadual penggambaran yang terlalu lama membolehkan minyak dan kandungan kimia bahan solekan meresap ke dalam kulit.
Korang pernah alami masalah sama disebabkan solekan?
Ini 3 petanda yang menunjukkan korang juga mempunyai dilema kulit sensitif sama seperti Izara, disebabkan alat solekan.
01
Kulit Kering
Alat solekan menganggu proses pembaharuan sel semulajadi kulit. Lebih-lebih lagi jika korang lewat membersihkan solekan, ia boleh menyebabkan sel kulit mati untuk berkumpul. Akibatnya, kulit wajah menjadi kering dan kusam.
Oh no! Umur tak sampai 25 tahun tetapi garis halus ketara pada bahagian mata, tepi hidung dan mulut.
Menurut dermatologis Dr Robin Evans dari Amerika Syarikat, produk solekan yang korang gunakan untuk menutupi garis halus dan cela kulit boleh membuatkan kulit menjadi lebih teruk pada kawasan yang ditutupi dalam jangka masa panjang.
Ia akan ‘sebati’ dengan garis halus dan hanya menonjolkan lagi kawasan yang ingin disembunyikan.
03
Sakit Kepala
Eh, apa kena-mengena rasa sakit kepala dengan alat solekan?
Ia disebabkan oleh trend produk yang kini datang dengan bau-bauan. We know you love your scented make up products, girls. Namun bahan kimia yang ada padanya boleh menyebabkan simptom sakit kepala.
Menurut dermatologis Dr Frank Lipman, alat solekan adalah salah satu punca utama kepada serangan asma. Apa yang korang boleh buat adalah memilih produk yang mengandungi minyak essential dan bukannya ‘parfum’.
*
We wish Izara Aishah a speedy recovery, okay!
TONTON JUGA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.