Sebut saja nama Avengers mahupun Marvel, pastinya ramai akan mengerumuni untuk mendapat tahu perkembangan terbaru mengenai jenama perfileman dan komik ikonik itu.
Kini buat julung kalinya, jenama aksesori kegemaran ramai Pandora Malaysia (Pandora) telahpun melancarkan koleksi collector’s edition MARVEL x Pandora. Diinspirasikan oleh hero-hero ikonik Marvel, koleksi ini pastiya tidak boleh dilepaskan oleh peminat tegarnya.
REMAJA yang berkesempatan mengikuti pelancarannya di Genting SkyAvenue baru-baru ini telah melihat sendiri koleksi berkenaan secara lebih dekat lagi bersama-sama Pengerusi Eksekutif HABIB Group dan PANDORA Malaysia & Brunei Darussalam; Dato’ Sri Meer HABIB.
Ulasnya mengenai kolaborasi ini, ia merupakan sesuatu yang istimewa buatnya memandangkan negara baru saja berdepan dengan situasi pandemik COVID-19 selama dua tahun. Kita sewajarnya meraikan hero-hero tempatan yang telah berhempas-pulas berjuang untuk masyarakat baik dari sektor perubatan, perkhidmatan, penghantaran dan banyak lagi yang berdedikasi serta tidak kenal erti putus asa. Bagi Dato’ Sri Meer, mereka inilah superhero Malaysia.
Bercakap mengenai koleksi MARVEL x Pandora ini, ia menawarkan beberapa jenis aksesori mengikut keinginan pembeli DAN karakter kegemaran mereka.
Karakter Iron Man, The Incredible Hulk, Black Widow dan Black Panther hadir sebagai charm berbentuk figura itu.
Manakala karakter lain seperti Thor, Thanos dan Captain America pula diwakili charm objek ikonik masing-masing seperti tukul, shield dan gauntlet.
Turut menarik perhatian kami adalah cincin dan charm Infinity Stones serta gelang berlogo Avengers.
Paling menarik bagi REMAJA adalah charm Iron Man Arc Reactor berwarna biru. Biarpun sekilas pandang ia kelihatan ringkas namun di sebaliknya tertera tulisan ‘I Love You 3000’ yang merupakan ayat ikonik dari filem Avengers Endgame.
What a perfect gift for your loved ones!
Koleksi MARVEL x Pandora kini boleh didapati di kesemua butik Pandora dan secara atas talian DI SINI.
P.S: Tapi di mana Spider Man kami..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.