Sejak jenama aksesori popular, Pandora memperkenalkan koleksi kolaborasi khas bersama MARVEL dua tahun lalu, ramai peminat MARVEL Cinematic Universe (MCU) yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan aksesori terbaru yang ditawarkan di bawah koleksi ini.
Menariknya, ia bukan sekadar ‘fan merchandise’ yang dikumpul oleh peminat. Malah, barisan karakter yang dijadikan sebagai charm, rantai, gelang tangan, cincin dan sebagainya ini merupakan simbol kepada personaliti yang ada dalam diri sang pemakai. Be your own superhero!
Pada tahun 2023, Pandora sekali lagi memberikan hadiah istimewa buat peminat MCU dengan aksesori ikonik lagi unik untuk korang miliki.
Captain Marvel
Kehebatan karakter Captain Marvel dalam MCU tidak boleh disangkal lagi. Jikalau diminta untuk meletakkan tiga watak paling kuat dan signifikan dalam dunia fantasi itu, pastinya Captain Marvel akan tercalon di antara mereka. #GirlPower!
Dengan cogan kata ‘Higher Futher Faster’, Captain Marvel diangkat sebagai salah satu karakter terbaru bagi koleksi MARVEL X Pandora ini dalam bentuk Insignia charm dan rantai Octogram Star Two-tone.
IKLAN
Seperti karakternya dalam buku komik dan filem tersebut, kedua-dua aksesori Captain Marvel ini merupakan lambang kekuatan dan tidak gentar untuk mencuba sesuatu yang korang inginkan walaupun ia merupakan percubaan di luar kotak.
Scarlet Witch
Diilhamkan oleh karakter ‘Mistress of Magic’ ini, charm berupa Scarlet Witch ini merupakan lambang kepada keperibadian yang mysterious. Dari luaran, pemakainya mungkin kelihatan tenang namun apabila dikaji, dirinya mempunyai personaliti yang cukup unik, tidak mudah mengalah serta mempunyai tarikan tersendiri sebagaimana karakter Wanda Maximoff sendiri.
IKLAN
Pandora menawarkan MARVEL Scarlet Witch Charm dan MARVEL Scarlet Witch Ring; terpulang kepada jenis aksesori yang korang sukai.
Loki
Siapa lagi yang lebih ‘nakal’ dan sentiasa mempunyai strategi melainkan Loki! Sebagai God of Mischief, Loki terkenal dengan taktik yang tidak putus-putus serta merupakan seseorang yang menggemari peluang terbaik dalam menggenggam impiannya. Biarpun pada mula Loki digambarkan sebagai karakter antagonis, namun apabila didalami jalan ceritanya, Loki juga mempunyai sifat-sifat positif yang ada dalam diri korang.
Selain tiga karakter MARVEL Cinematic Universe ini, Pandora juga menawarkan charm baharu bagi melambangkan karakter Doctor Strange!
Jadi, di antara keempat-empat karakter tersebut, yang mana satu akan korang dapatkan?
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sakit belakang tidak boleh dipandang ringan kerana kesannya mungkin mendatangkan bahaya kepada individu tersebut.
Biasanya, tidak kira sama ada mereka seorang yang mempunyai gaya hidup aktif atau hanya duduk seharian di rumah, individu ini juga berpotensi untuk berhadapan dengan rasa sakit belakang.
Lebih-lebih lagi bila sudah terlalu lama duduk di rumah tanpa melakukan aktiviti luar, maka simptom sakit belakang biasanya akan dirasai oleh sesetengah individu.
Jika hanya sakit biasa, korang boleh melakukan beberapa senaman ringan yang dapat membantu meredakan sakit belakang yang dialami.
Senaman 1
Dengan posisi membengkokkan badan ke hadapan dan tangan ke belakang, lakukan senaman ini selama 30 saat.
Senaman 2
Dalam posisi baring, hulurkan tangan kanan ke arah kanan. Rengangkan kaki kiri supaya lurus dan cuba halakan lutut kaki kira ke arah sebelah kiri agar ia hampir menyentuh tangan kiri korang. Kekal posisi ini dalam masa 20 saat. Ulangi senaman ini sebanyak 2 kali kepada kedua-dua lutut.
Senaman 3
Hulurkan kaki dalam posisi menegak, capai sehingga hujung kaki jika mampu.
Senaman 4
Lakukan posisi seperti dalam gambar, bergilir-gilir dengan menukar arah kaki dan lakukan setiap arah selama 20 saat.
Senaman 5
Dalam posisi baring, bengkokkan kaki seperti dalam gambar. Lakukan selama 20 saat atau selama beberapa saat yang korang mampu.
Senaman 6
Angkat badan sedikit dan tangan diletakkan pada bahagian punggung. Lakukan seperti dalam gambar selama 15 saat jika mampu.
Senaman 7
Angkat kedua-dua kaki seperti dalam gambar. Lakukan dalam kiraan 20 saat.
Senaman 8
Angkat posisi kaki menghadap ke dinding dan lakukan selama 20 saat
Senaman 9
Akhir sekali, duduk bersila seperti biasa, dan pusingkan badan sedikit ke belakang selama 15 saat dan tukar posisi sebelah kanan dan kiri.
Namun begitu, sekiranya sakit belakang korang berlanjutan, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapat nasihat daripada pakar. Senaman ini khusus buat mereka yang mengalami sakit biasa sahaja.
Remaja yang dalam fasa akil baligh akan mengalami perubahan ketara termasuk dari segi suara, emosi dan fizikal. Antara perubahan besar yang perlu dihadapi adalah peluh berlebihan.
Peluh terhasil daripada 2 jenis kelenjar iaitu kelenjar ekrin yang menghasilkan peluh untuk menyejukkan tubuh badan dan satu lagi ialah kelenjar apokrin. Kelenjar apokrin terdapat di bahagian bawah lengan, dan lebih aktif semasa akil.
Apabila peluh bergabung dengan bakteria pada kulit, ia boleh menyebabkan bau badan! Ada sestengah remaja yang tidak menyedari bau badan ini dan menyebabkan orang di sekiling berasa tidak selesa. Antara punca peluh ialah keadaan cuaca, perasaan gemuruh dan aktif bersukan.
Ramai remaja tidak menyedari masalah peluh yang berbau kerana beranggapan ianya normal dan masa yang sama remaja perlu dibekalkan dengan pengetahuan tentang penjagaan diri yang baik supaya mereka dapat mengatasi masalah peluh dan bau badan dengan betul.
Jangan tidak tahu fakta ini ya. Wanita dikatakan mempunyai 75 peratus lebih banyak kelenjar peluh manakala lelaki pula berpeluh dua kali lebih banyak.
Bagaimana pun kajian menunjukkan SAIZ terutama badan lebih mempengaruhi jumlah peluh berbanding jantina. Namun jangan bimbang kerana masalah peluh ini dilalui oleh semua orang, tidak kira kanak-kanak, remaja, lelaki mahu pun wanita dewasa.
Demi memastikan badan badan tidak merosakkan suatu perhubungan dengan rakan antara langkah yang perlu dibuat ialah mandi dua kali sehari, tukar pakaian yang kering dan bersih selain gunakanlah deaodoran. Mudah je kan!
Tapi lebih cool kalau korang dapat gunakan dua jenis deadoran ini iaitu Nivea Pearl & Beauty yang mengandungi ekstrak mutiara untuk kulit bawah lengan lebih licin dan cerah serta mampu tahan 48 jam dan Deadoran Nivea Men Cool Powder yang memberikan senasasi dingin segera, keselesaan talkum dan kekeringan berpanjangan telah dilancarkan khas untuk mengatasi masalah bau badan.
Mr Ng Hock Guan, Puan Misliah Kulop (pengetua) dan Puan Faridah Yang Razali (Ketua Penolong Pengarah (polisi) KPM yang hadir ke sekolah SMK (P) Sri Aman bagi pelancaran”Langkah Berkeyakinan” bersama NiveaPelajar riang dengan aktiviti bersama Nivea
Dalam mendidik remaja memahami keperluan penjagaan diri, Nivea telah melancarkan satu kempen jangka panjang “Penjagaan Diri Terbaek” yang bertujuan mendidik pelajar sekolah menengah di seluruh negara cara-cara untuk memupuk tabiat penjagaan diri yang terbaik.
Kempen yang bersifat jangka panjang ini akan membabitkan satu pasukan khas yang akan melawat sekolah menengah di bandar-bandar seluruh Malaysia. Mereka akan berkongsi ceramah selama 45 minit tentang aspek penjagaan diri termasuk di bahagian bawah lengan dan dandanan diri.
Lebih best lagi, dua artis popular iaitu Khai Bahar dan Nabila Razali dilantik menjadi duta bagi kempen Nivea ini menerusi lagu Langkah Berkeyakinan. Rentak muziknya juga catchy dan videonya juga sangat menarik.
Tapi apa yang lebih besat, pelajar yang ingin memasuki pertandingan muzik video “Penjagaan Diri Terbaek’ NIVEA dan boleh berkongsi video mereka di platform digital seperti facebook dan Instagram.
Syaratnya, hanya perlu muat naik video lagu “Langkah Beryakinan” Nivea mengikut kreativiti masing-masing atau menggunakan aplikasi kongsian muzik popular seperti MUsical.ly, Tik Tok dan Smule dan kongsikan di akaun media sosial masing-masing menggunakan hashtag #myNIVEA dan #LangkahBerkeyakinan.
Pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia kembali bagi edisi 2022 setelah negara tidak menghantar wakil bagi edisi ke-70, tahun lalu.
Dalam sebuah sidang media yang dianjurkan oleh organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) hari ini, 15 orang jelitawan yang hadir daripada pelbagai latar belakang serta memiliki kelayakan pendidikan yang tinggi telah diumumkan sebagai finalis kali ini.
Menurut Pengarah Nasional MUMO iaitu Datin Elaine Daly, tempoh hampir dua tahun ini telah digunakan oleh organisasi tersebut untuk mencipta strategi agar persiapan wakil Malaysia kelak akan tampak tersusun, kuat dan sedia mencetuskan impak di pentas Miss Universe 2022.
MUMO juga katanya tidak sabar lagi untuk menjadi mentor dan pasukan yang membimbing 15 finalis ini untuk menyerlah dari segi kecantikan dalam dan luaran sehingga ke pentas penentuan nanti.
Jom kita lihat siapakah 15 orang finalis yang terpilih untuk Miss Universe Malaysia 2022.
1. (Dari Kiri) Ajunee Simreet Kaur Khangura, 20. Ajunee ialah pelajar tahun kedua jurusan undang-undang yang ingin mewakili advokasi pencegahan jenayah yang selalu menjadikan wanita sebagai mangsa.
2. Annatasha Shantu Jeremiah, 25. Asha berasal dari Sabah dan mempunyai latar belakang keluarga India-Kadazan. Pelajar jurusan kejuruteraan petroleum ini pernah menyertai sebuah lagi pertandingan ratu cantik iaitu Miss Malaysia Earth pada tahun 2016.
3. Buganna S. Saravana Kumar, 24. Buganna merupakan seorang pakar diet komuniti yang gemar memulakan harinya dengan aktiviti yoga dan meditasi. Dia ingin sekali menjadi seorang sukarelawan untuk membantu golongan yang hidup dengan HIV/AIDS dari segi nutrisi mereka.
4. (Dari Kiri) Catherine Lai Hui Yi, 27. Catharine ataupun Kate merupakan pemegang ijazah PhD dan kini bertugas sebagai seorang Pembantu Penyelidikan. Kate juga mempunyai pengalaman dalam dunia ratu cantik.
5. Chantal Yuen Tng, 27. Chantal merupakan seorang mahasiswa ijazah sarjana di Berlin School of Economics & Law dan pernah berkhidmat dalam bidang penerbangan sebagai anak kapal.
6. Cheam Wei Yeng, 26. Lesley merupakan graduan jurusan Farmaseutikal dan Sains Kesihatan daripada University of Nottingham dan kini bertugas dalam aliran pemasaran produk. Menerusi pertandingan ini, dia ingin membawa mesej kesedaran mengenai isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat Malaysia.
7. (Dari Kiri) Clarissa Tay Wei Qi, 24. Clarissa merupakan seorang pegawai pembangunan perniagaan dan pernah terlibat dalam sukan gimnastik berirama sewaktu kecil. Pernah bergelar pemenang tempat ketiga dalam sebuah pertandingan ratu cantik pada tahun 2016 ingin menyampaikan mesej kesedaran kesihatan mental.
8. Joann Tiong Hau Ping, 21. Gadis kelahiran Sarawak ini merupakan seorang mahasiswi jurusan Sains Komputer dan Psikologi di University of St. Andrews. Pada musim pandemik, dia telah mengambil keputusan untuk menghentikan pengajian selama setahun dan memulakan perniagaan bakery bersama rakannya.
9. Kasshvini Mathuraiveran, 26. Kasshvini memiliki kelulusan sarjana muda perundangan daripada Northumbria University, Newcastle dan meruupakan seorang penari Bharatanatyam sejak usia 6 tahun. Kini, Kasshvani bergelar seorang guru Yoga dan ingin sekali bekerjasama dengan organisasi yang membantu wanita mempertahankan hak mereka.
10. (Dari Kiri) Kaverrna Nair Sukumaran, 26. Kaverrna mempunyai kelulusan jurusan Ekonomi dan Kewangan dari Monash University dan kini berkhidmat sebagai pegawai pemasaran. Kaverrna merupakan seorang yang cukup aktif melakukan pelbagai hobi dengan bakatnya dan kini ingin bekerjasama dengan organisasi Teach for Malaysia bagi membantu pelajar kurang berkemampuan.
11. Phan Jing Mun, 26. Gadis dari Ipoh, Perak ini mesra dengan panggilan Jingle dan kini berkerja dalam industri kewangan. Sejak tahun 2018 lagi, Jingle telahpun menyertai lima pertandingan ratu cantik di Malaysia dan menerusi penyertaan dalam Miss Universe Malaysia 2022, dia ingin menyebarkan kesedaran mengenai isu penderaan domestik.
12. Tee Wan Ying, 25. Pada ketinggian 176cm, Wan Ying merupakan salah seorang finalis tertinggi pada tahun ini dan pernah mewakili Malaysia dalam sukan bola tampar pada usia 17 tahun. Selain tugasnya sebagai pengurus operasi, dia juga aktif bergelar model sejak 2018.
13. (Dari Kiri) Thevambbikai G.K Kasinathan, 27. Theva merupakan pemilik ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan awam dan merupakan pemain bola jaring sejak zaman sekolah hingga ke universiti. Theva juga menyertai sebuah lagi pertandingan ratu cantik pada tahun 2016.
14. Varyne Foo Augustine, 20. Varyne merupakan gadis kacukan Cina-India dan kini bergelar mahasiswi dalam aliran muzik di Freude Music Academy. Minatnya terletak pada bidang nyanyian, tarian dan bermain piano serta melakukan remix lagu-lagu pop. Ilham penyertaannya ini hadir daripada ibunya sendiri yang pernah menyertai pertandingan ratu cantik sewaktu muda.
15. Wong Siu, 25. Siu Jane mendapatkan pendidikan dalam jurusan Perakaunan dan Kewangan daripada The London School of Economics & Political Science. Kini berkhidmat dalam industri perbankan, Siu Jane merupakan seorang pelajar bijak yang sering ‘skor’ dalam peperiksaannya dan berharap pengalaman dalam Miss Universe Malaysia akan memberi peluang untuknya memperkasakan kesedaran mengenai isu perbezaan pendapatan di Malaysia.
Selepas sidang media pengenalan finalis pada hari ini, mereka akan menjalani sesi Bootcamp Week di mana pelbagai sesi latihan seperti sesi makeover, fitness, catwalk, solekan, photo shoot dan cabaran lain akan dilakukan.
REMAJA harapkan mereka semua sudah bersiap sedia secara mental, fizikal dan emosi agar persona mereka lebih menyerlah untuk merebut gelaran Miss Universe Malaysia dan peluang memakai tiara bernilai RM2.38 juta tajaan Habib Jewels.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kisah penjagaan kulit wajah sememangnya tidak mengenal peringkat usia dan jantina. Dari usia pra-remaja ke peringkat remaja dan sehingga dewasa nanti sekalipun, kulit wajah...