Era pertandingan Miss Universe di mana wakil dari rantau Asia Tenggara mendominasi pemilihan senarai Top 16 dan Top 20 telahpun berakhir setelah Anne Jakrajutatip mengambil alih tampuk kepimpinannya.
Menerusi pentas akhir Miss Universe yang sedang berlangsung dari New Orleans, Amerika Syarikat; hanya sebuah negara sahaja yang menyertai senarai 16 wakil terbaik dan negara tersebut ialah Laos!
Laos boleh dianggap sebagai di antara negara yang baru menceburkan diri di pentas Universe. Penganjuran sulung Miss Universe Laos adalah pada tahun 2017 dan ia dimenangi oleh Souphaphone Somvichith.
Pada tahun 2018 pula, Laos telah mencipta sejarah di pentas Miss Universe apabila wakilnya, On-anong Homsombath memenangi kategori Kostum Nasional Terbaik.
Edisi 2022 ini pastinya memberi kenangan manis buat Laos setelah wakilnya, Payengxa Lor terpilih sebagai 16 peserta terbaik sebentar tadi.
Gadis berusia 21 tahun ini mendapat sokongan yang cukup memberansangkan daripada rakyat di negaranya.
Berdasarkan akaun Facebook Miss Universe Predictions yang sering melaporkan perkembangan serta berita terbaru mengenai pertandingan Miss Universe, Laos disebut sebagai salah seorang wakil yang menerima undian terbanyak setakat 10 Januari 2023 iaitu sebanyak 168,000 poin.
Biarpun Colombia telah diumumkan sebagai wakil yang menerima undian terbanyak daripada peminat lalu melangkah masuk ke Top 16, REMAJA pasti undian yang diterima oleh Laos tidak jauh ketinggalan di belakang.
Sokongan yang diterimanya ini juga besar kemungkinan kerana dia merupakan wanita berketurunan Hmong pertama untuk memenangi sesebuah pertandingan ratu cantik di negaranya.
Ads
Penonton Tinggalkan Lokasi Selepas Top 16 Diumumkan
Biarpun REMAJA gembira bagi pihak Payengza Lor dari Laos, kami seperti rata-rata peminat ratu cantik terkejut dengan ketiadaan negara-negara Asia Tenggara dalam senarai Top 16.
Ini termasuklah negara kegemaran ramai seperti Filipina, Thailand dan Indonesia. Negara yang berjaya menembusi Top 20 pada tahun lalu, Singapura juga gagal mendapat kedudukan pada tahun ini.
Ads
Bagi wakil negara iaitu Lesley Cheam pula, dia berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong Malaysia. Lesley juga gembira dengan kejayaan tiga rakan baiknya yang menempah kedudukan Top 16 termasuklah Laos, Haiti dan Kanada.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tetapi itulah hakikatnya jika korang tersalah sapu bedak asas ataupun foundation. Bedak asas atau lebih dikenali sebagai foundation merupakan salah satu produk mekap paling penting bagi setiap wanita.
Hmmm…tapi tak apa, Senang je nak cantik, belajar di TikTok!
TikTok cukup dikenali dengan trik kecantikan yang genius. Dari viral produk penjagaan wajah ke teknik kerintingkan rambut dengan hairdryer dan bermacam-macam lagi yang diakui keberkesanannya.
Dia mendakwa face roller ini membuat asas lebih sekata, membantu mengecilkan liang-liang, ia memberikan aplikasi yang sangat licin, dan anda akan mendapat litupan yang lebih penuh (kerana roller tidak menyerap sebarang produk). Malah, kesejukan roller menutup pori-pori anda untuk memberikan anda kemasan yang lebih licin daripada menggunakan span atau berus berbulu.
Tapi sebagai pemulaan pastikan korang mendapatkan face roller, contoh jade, rose quartz, amethyst, blue aventurine – mana-mana batu yang sesuai.
Penulis sudah cuba sendiri! Menyapu foundation dengan roller ini ternyata beri kesan yang baik, tidak tebal dan kulit umpama tidak memakai apa-apa tapi terpulang kepada pendapat masing-masing la kan.
Dah tonton? Apa lagi cuba praktis, mana tahu terus jadi expert!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua orang mahu tampil sempurna tatkala memasuki pertandingan ratu cantik, apatahlagi sebuah pertandingan berprestij seperti Miss Universe. Tidak kiralah sama ada peserta itu tinggi, rendah, kurus ataupun gempal, penampilan dari hujung rambut ke hujung kaki pasti sempurna.
Berbeza dengan wanita yang dilahirkan di Cincinnati, Ohio ini yang kini menetap di Stamford, Connecticut. Renee Felicity muncul di pentas akhir pertandingan Miss Conecticut USA 2021 dengan keadaan kulit kepalanya bercapuk botak disebabkan penyakit Alopecia yang dihidapinya.
Alopecia berlaku apabila sistem imun seseorang menyerang folikel rambut yang menyebabkan kebotakan bertompok terjadi. Menurut wanita cantik ini, dia mula menyedari masalah yang dihadapinya pada tahun 2018 apabila melihat gumpalan rambut gugur dengan banyak ketika mandi.
Dalam temubual bersama The Avenue Mag, dia berkongsi, “Sebagai wanita rambut adalah mahkota yang sangat berharga, dan ketika membesar ramai yang memuji rambut saya yang lebat dan hitam berkilat. Untuk memiliki masalah ini membuatkan saya terkejut dan keliru. Ketika itu saya bingung kerana saya tidak pernah mengetahui tentang penyakit ini.”
Dia akui yang kerjayanya sebagai seorang model terjejas selepas menghidapi penyakit ini kerana tidak menepati standard kecantikan yang ditetapkan di dalam industri. Namun begitu perkara ini tidak melemahkan semangatnya. Setelah dia berhubung dengan komuniti National Alopecia Areata Foundation, sedikit demi sedikit dia memahami perubahan yang berlaku dan membina keyakinan diri.
Walaupun tidak berjaya memenangi gelaran Miss Connecticut USA yang akan bertanding di dalam pertandingan Miss USA Universe, kehadirannya di pentas tersebut memberi impak. Atas sebab mesej yang disampaikan, wanita berketurunan Filipina-Amerika ini diberikan anugerah istimewa.
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Semua orang mahu menjadi seorang yang kelihatan menarik tidak kiralah di mana jua mereka berada.
Kelihatan menarik itu sebenarnya bukanlah pada paras rupa semata-mata tetapi bagaimana korang membawa diri. Ada beberapa langkah mudah yangboleh kamu amalkan untuk kelihatan bergaya dan cantik seperti Nur Fazura, Elvina atau Neelofa contohnya.
Oh my god, they’re so flawless and such a bae!
Ini 10 langkah mudah bagaimana korang boleh menjadi seorang yang akan sentiasa kelihatan menarik dan lebih hot gitu.
Minum air dengan cukup
Sentiasa cuci muka pada waktu pagi & sebelum tidur
Negara kita boleh tahan panas ya, jadi gunakan moisturizer setiap masa
Jangan takut mencuba gaya rambut berbeza
Sentiasa menjaga kebersihan kuku
Bersenam sekurang-kurangnya 4 kali seminggu
Sentiasa rancang pakaian & gaya setiap masa
Jangan terlalu obses dengan handphone
Guna perfume sesuai & semburan tidak terlalu banyak
Akhir sekali, yakin diri. Confident is sexy!
So uols beuatiful people, REMAJA ada perkhabaran yang BETUL-BETUL hebat nak dikongsikan! Jangan lupa untuk memeriahkan KARNIVAL KARANGKRAF 2018 #BetulBetulRaya pada 1 hingga 3 JUN 2018 di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam.
Psstt, kami dengar ramai artis nak datang nanti 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuti Noor bukanlah nama asing dalam persada fesyen tempatan.Bertahun-tahun mewarnai kempen fesyen dan pentas peragaan Malaysia dan antarabangsa, supermodel lokal berusia 33 tahun ini...