Organisasi Miss Grand International (MGI) secara rasmi mengumumkan penamatan gelaran Rachel Gupta sebagai Miss Grand International 2024, berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman mengejutkan itu telah dilakukan Presiden MGI, Nawat Itsaragil, menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram peribadinya.

Keputusan drastik itu diambil susulan kegagalan ratu cantik berusia 21 tahun itu memenuhi tanggungjawab yang telah diberikan sebagai pemegang takhta.

Menurut kenyataan itu lagi, beliau didapati enggan menyertai lawatan rasmi organisasi MGI yang telah dijadualkan ke Guatemala.

Ads

Kesalahan yang disebut lagi termasuk penglibatan ratu cantik itu dalam projek luar tanpa mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pihak organisasi MGI.

Miss Grand International Tarik Kemenangan Rachel Gupta, Mahkota Perlu Dikembalikan Dalam Masa 30 Hari
Detik kemenangan Rachel sebagai Miss Grand International 2024.

BACA JUGA: Priyanka Chopra, Sushmita Sen & Tujuh Ratu Ini Buktikan Usia 18 Tahun Bukan Alasan Tidak Bersikap Matang

Susulan tindakan tersebut, MGI menegaskan bahawa Rachel Gupta tidak lagi berhak menggunakan gelaran atau memakai mahkota rasmi yang berkaitan dengan Miss Grand International 2024.

Ads

Organisasi itu juga telah menetapkan bahawa mahkota berkenaan perlu dikembalikan ke Pejabat Utama MGI dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis ini.

Imbas kembali, kemenangan Rachel Gupta yang mewakili India disambut dengan penuh sorakan oleh peminat kecantikan di seluruh dunia.

Ads

Beliau mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wakil India pertama yang memenangi gelaran tersebut.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama MGI melucutkan gelaran pemenangnya. Kira-kira 10 tahun lalu, Anea Garcia yang mewakili Republik Dominika dilucutkan gelarannya sebagai Miss Grand International 2015.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI