Penyertaan seseorang wakil negara majoriti Muslim di pertandingan ratu cantik antarabangsa pasti akan menjadi tumpuan pemerhati sedunia disebabkan stereotaip yang selalu dikaitkannya.
Ini juga menjadi antara sebab mengapa kebanyakan jelitawan dari bahagian Timur Tengah tercicir daripada mewakili negara masing-masing biarpun mereka mempunyai kelayakan dan tentunya, bercirikan rupa paras menawan.
Terkini, wakil dari Bahrain di pertandingan Miss Universe 2022 telah menjadi wakil yang hangat diperkatakan setelah berakhirnya pusingan preliminary semalam.
Evlin Khalifa
Bahrain yang diwakili oleh Evlin Khalifa, 24 telahpun melaungkan mesej lantang sewaktu pusingan pakaian mandi. Sebagai konteks, setiap wakil telah diberikan fabrik cape untuk mereka hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
Evlin mengambil kesempatan ini untuk mempertahankan keputusan Bahrain menghantar wakil kedua ke Miss Universe setelah wakil sulungnya bertanding di Eilat, Israel bagi edisi 2021.
Sambil memperagakan persalinan burkini (sama seperti wakil tahun lalu), fabrik cape Evlin mempunyai mesej berbunyi, “Wanita Arab harus diwakili. Wanita Muslimah juga boleh menjadi Miss Universe.”
Ads
Perkataan ‘kesaksamaan’ ataupun equality dalam tulisan Arab juga dapat dilihat pada cape tersebut.
Menurut Evlin dalam temu bualnya dengan The National, “Ada banyak faktor yang menyakinkan saya untuk bertanding bagi pertandingan ratu cantik terbesar seperti Miss Universe. Salah satunya adalah untuk meruntuhkan tembok stereotaip,” ulasnya selepas segmen preliminary semalam.
“Wanita Arab rata-ratanya baik, berwawasan dan berani. Mereka sudah bersedia untuk menerima cabaran-cabaran dalam kehidupan. Mereka boleh menjadi ratu cantik yang elegan tapi pada masa yang sama masih berimej sederhana.
Evlin kemudiannya keluar semula ke pentas bagi segmen gaun malam. Memilih gaun silver metalik yang khabarnya direka khas oleh pereka fesyen dari Filipina iaitu Furne One, ia menampil ciri khas berselendang.
Sedikit info mengenai Evlin, gadis yang berdarah kacukan (ayah dari Bahrain dan ibunya dari Rusia) ini merupakan seorang pelatih pemain piano dan juga aktif terlibat dalam seni tarian serta seni mempertahankan diri Taekwondo.
Ads
Graduan jurusan Kewangan dan Perbankan ini juga kini sedang mengikuti kursus dalam talian dalam bidang psikologi di samping cuba memperbaiki skil komunikasi bahasa Arab serta Inggeris.
Terdahulu, Evlin mencuri tumpuan pada minggu lalu setelah tiba di New Orleans, Amerika Syarikat apabila dia tampil dalam persalinan abaya moden – berbeza dengan wakil negara lain yang kebanyakannya memilih gaun, skirt ataupun pantsuit.
Evlin kemudian dipilih oleh penaja Miss Universe, MUBA Cosmetics sebagai salah seorang daripada lima orang wakil yang menyertai photoshoot khas bagi jenama itu. Empat wakil lain yang terpilih ialah Thailand, Filipina, Sepanyol dan Afrika Selatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini telah tular gambar Datin Seri Dayang Noor Camelia Abang Khalid yang dimuat naik jurusolek terkenal Malaysia, Khir Khalid di media sosial. Menerusi kapsyen hantaran tersebut, wanita anggun itu telah dijemput untuk mengadakan persembahan di Majlis Santapan Malam sempena memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-259 di Istana Negara.
Menerima lebih enam ribu tanda suka, pujian demi pujian diberikan kerana Camelia masih lagi kekal anggun seperti permulaannya dalam dunia seni suatu ketika dahulu. Apatah lagi wajahnya dirias oleh jemari jurusolek terkenal itu.
Menarik perhatian penulis adalah busana yang digayakan oleh pemenang Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik Malaysia 1998 ini. Beliau tampil mewah dan memukau dalam persalinan Gajah Oleng, busana ini merupakan pakaian tradisi atau busana adat persandingan Melayu Sarawak.
Seperti yang dijelaskan oleh Danny Zulkifli yang merupakan pemilik jenama dkeringkam yang bertanggungjawab menata gaya Camelia dalam satu hantaran di Instagram, “Walaupun terdapat pelbagai pengaruh dari pelbagai budaya di sekitar Nusantara, busana ini tetap memiliki identiti tersendiri melambangkan budaya Melayu Sarawak.
“Perhiasan mahkota bertingkat-tingkat yang mempunyai identity tersendiri dengan bentuknya seperti telinga gajah dan perhiasan kecilnya yang teroleng-oleng atau bergoyang kemungkinan besar busana ini digelar Gajah Oleng.”
Busana tradisi yang menyerlahkan aura mewah ini menggunakan fabrik Kain Berunei yang merupakan songket tenun Melayu Sarawak dan dilengkapkan dengan pemakaian keringkam.
Jelasnya lagi, “Busana ini mempunyai beberapa komponen penting dari perhiasan kepala hingga kaki. Semunya mesti diatur mengikut aturan tertentu. Rambut mestilah disanggul lipat pandan. Busana ini dipakai sedemikian rupa sejak dahulu sehingga ke hari ini. Tukang hias atau tukang dandan mewarisi ilmu ini dari generasi ke generasi.”
Gaya pemakaian Gajah Oleng pada sekitar tahun 1960an. Kredit foto: Kuching In And Out
Menurut artikel yang disiarkan oleh laman sesawang kuchinginandout.com, kewujudan Gajah Oleng dalam masyarakat Melayu Sarawak boleh dibuktikan melalui rekod yang diterbitkan seawal pertengahan abad kesembilan belas, semasa pentadbiran James Brooke.
Ia disebut oleh Harriette McDougall dalam bukunya, Sketches of Our Life at Sarawak (1882) ketika dia menghadiri majlis perkahwinan cucu Datu Temenggong, Matussin dengan anak perempuan Nakhoda Sadum.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita sedang menyaksikan seorang lagi ikon fesyen remaja – in the making.
Ramai peminat Marvel kini yang tidak sabar-sabar lagi untuk menonton filem Ms. Marvel di platform Disney+ Hotstar, dan pelakon utamanya membuatkan perasaan tersebut semakin membuak-buak menerusi kemunculannya di acara pelancaran Ms. Marvel di sekitar Amerika Syarikat bermula awal Jun lalu.
Iman Vellani, 19 yang memegang watak Kamala Khan aka Ms. Marvel bukan saja bijak berkata-kata, mempunyai personaliti menarik malah kini dilabel sebagai seorang ikon fesyen remaja – in the making.
Ini setelah Iman tampil dalam beberapa gaya menarik dan di luar kotak sewaktu acara pelancaran Ms. Marvel.
Terbaru sewaktu berada di Los Angeles pada minggu lalu, Iman telah memadankan gaun ungu gelap elegan ciptaan Gaurav Gupta dengan – well – sneakers!
Gaun yang mempunyai perincian ruffle pada bahagian bahu, dada dan pinggul itu tidak langsung ‘menenggelamkan’ pelakon berketinggian 1.68cm ini. Malah, ia kelihatan manis terletak pada Iman yang memilih gaya rambut beralun persis rekaan gaun tersebut.
Namun apa yang menjadi tumpuan (sekali lagi) adalah pemilihan kasut Iman. Dia memilih sepasang loafers jenama Stella McCartney yang mempunyai kemasan berkilat dengan platform tebal.
Biarpun idea penggayaan ini sedikit di luar kotak, ia dilihat amat bertepatan dengan usia Iman yang masih remaja.
Ini bukanlah kali pertama Iman mengenakan sneakers di karpet merah. Sebelum ini, dia pernah memakai Converse dengan gaun merah meleret sewaktu acara tayangan istimewa Ms. Marvel.
Untuk pengetahuan korang, siri Ms. Marvel bakal menemui semua peminat dunia MCU di platform Disney+ HotStar bermula 8 Jun.
Ia menceritakan tentang seorang remaja Muslim di Jersey City, Amerika Syarikat bernama Kamala Khan yang merupakan seorang gamer tegar, pembaca ‘fan-fiction’ dan peminat super hero terutamanya Captain Marvel.
Begitupun, karakternya agak janggal di sekolah dan kadangkala di rumah; Kamala sukar untuk menyesuaikan diri dengan orang di sekeliling hinggalah dia memperolehi kuasa istimewa seperti super hero yang diminatinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecanggihan dunia teknologi sekarang membolehkan semuanya dilakukan hanya di hujung jari sahaja. Berikutan dengan penularan virus COVID-19 yang berlaku sekarang, satu inisiatif terbaik telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu mereka mewujudkan website khas untuk masyarakat memeriksa tahap risiko untuk terkena jangkitan
Inisiatif ini wajah dipuji kerana dengan kebimbangan yang melanda masyarakat Malaysia, setidak-tidaknya cara ini dapat mengurangkan rasa ketidakpastian mereka sama ada mempunyai simptom COVID-19 atau tidak.
Lebih-lebih lagi mereka yang baru sahaja pulang ke luar negara, kami pasti inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu korang bagi memastikan keadaan kesihatan sebenar.
Bagaimana caranya?
Korang boleh layari laman website doctoroncall.com.my dan jawab beberapa soalan yang diberikan tentang situasi yang korang hadapi.
1. Pilih Bahasa
2. Isikan ruangan umur
3. Jawab soalan-soalan yang diberikan
Berikut adalah antara soalan yang ditanya
4. Masukkan alamat email korang
5. Tunggu keputusan..
Mudah kan?
Namun begitu, ini hanyalah pemeriksaan awal sahaja. Sekiranya keputusan yang korang dapat agak meragukan, segeralah berjumpa dengan doktor.
Dan jika korang tak begitu yakin juga, sebaiknya dapatkan nasihat pakar.