Kesibukan menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar dalam bidang teknikal bukan penghalang untuk seseorang mendalami ilmu agama. Malah, dengan disiplin dan pengurusan masa yang baik, kedua-dua perkara itu mampu diseimbangkan.

Itulah yang dibuktikan oleh seorang graduan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Nur Aisyah Irsalina Muhammad Faisal, 24, apabila berjaya mengimbangi komitmen akademik dalam bidang kejuruteraan pesawat terbang bersama usaha menghafaz al-Quran.

Lebih membanggakan, anak kelahiran Tangkak, Johor itu turut menamatkan pengajian dengan cemerlang apabila memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.57 pada Majlis Konvokesyen Ke-23 UniKL.

Kuliah Siang, Hafazan Malam, Bukan Sekadar Cemerlang Akademik, Nur Aisyah Berjaya Seimbangkan Pengajian Kejuruteraan & Hafazan Al-Quran

Korbankan Masa Rehat, Susun Jadual Demi Akademik Dan Hafazan

Menerusi laporan media tempatan, Nur Aisyah yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pesawat Terbang (Avionik) dengan Kepujian dari UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) berkata, perjalanan mengimbangi kedua-dua komitmen itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Menurutnya, cabaran utama yang perlu dihadapi adalah kekangan masa memandangkan dia perlu membahagikan perhatian antara menyiapkan tugasan akademik dan meneruskan hafazan al-Quran.

Justeru, dia mengambil inisiatif menggunakan waktu malam selepas tamat sesi kuliah untuk menghadiri kelas hafazan, manakala hujung minggu pula dimanfaatkan dengan mengulang bacaan bersama rakan-rakan sekampus.

Ads

“Cabaran paling besar sudah tentu membabitkan kekangan masa kerana tumpuan perlu dibahagikan secara adil antara menyiapkan tugasan akademik dan menghafal al-Quran.

“Justeru, selepas tamat kelas akademik pada waktu siang, saya akan mengikuti sesi hafazan pada waktu malam, manakala pada hari Sabtu dan Ahad pula saya manfaatkan untuk menghafal bersama rakan di UniKL,” katanya kepada pemberita.

Kuliah Siang, Hafazan Malam, Bukan Sekadar Cemerlang Akademik, Nur Aisyah Berjaya Seimbangkan Pengajian Kejuruteraan & Hafazan Al-QuranKuliah Siang, Hafazan Malam, Bukan Sekadar Cemerlang Akademik, Nur Aisyah Berjaya Seimbangkan Pengajian Kejuruteraan & Hafazan Al-Quran

Akui Sokongan Tenaga Pengajar Jadi Pembakar Semangat

Mengulas lanjut, Nur Aisyah yang mula berjinak-jinak dengan dunia hafazan sejak di peringkat diploma turut mengakui kejayaannya menyelesaikan hafazan dalam tempoh singkat tidak dicapai tanpa sokongan insan di sekelilingnya.

Ads

Jelasnya, bimbingan serta kata-kata semangat daripada tenaga pengajar, khususnya Ustaz Amini dan Ustaz Asyraf, menjadi antara faktor yang mendorong dirinya untuk terus istiqamah sepanjang perjalanan tersebut.

Komitmen Terhadap Al-Quran Tidak Terhenti Selepas Konvokesyen

Dalam pada itu, meskipun kini sudah melangkah ke alam pekerjaan, Nur Aisyah menegaskan bahawa komitmennya terhadap al-Quran tidak akan terhenti setakat kejayaan yang diraikan di pentas konvokesyen.

Sebaliknya, dia bertekad untuk terus memelihara hafazan dengan memperuntukkan masa lapang bagi mengulang kembali ayat-ayat yang telah dihafaz.

Ads

Pada masa sama, Nur Aisyah turut menitipkan pesanan buat pelajar baharu yang berhasrat mengikuti jejak langkahnya agar tidak pernah malu untuk mendapatkan bantuan atau bertanyakan sesuatu kepada tenaga pengajar mahupun rakan-rakan.

Menurutnya, setiap individu perlu sentiasa berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa demi mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Tahniah Remaja ucapkan buat Nur Aisyah! Semoga terus istiqamah dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk mengejar kecemerlangan dunia dan akhirat.

Kuliah Siang, Hafazan Malam, Bukan Sekadar Cemerlang Akademik, Nur Aisyah Berjaya Seimbangkan Pengajian Kejuruteraan & Hafazan Al-Quran

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: BH online

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads