Jennifer Barreto dari Puerto Rico dinobat sebagai Miss Universe 2026, manakala Melissa Nuñez dari Republik Dominika meraih gelaran naib juara dalam acara penuh gemilang yang berlangsung di Angel O. Berrios Performing Arts Centre di Caguas, Puerto Rico.
Jennifer mencipta sejarah sebagai wanita kedua dari Puerto Rico untuk memenangi gelaran Miss Universe di tanah air mereka selepas Denise Quiñones pada tahun 2001.
Bukan itu sahaja, Jennifer juga merupakan epitome kepada perubahan inklusiviti yang ingin ditonjolkan oleh Miss Universe apabila buat julung kalinya, organisasi berkenaan menobatkan seorang ibu seperti Jennifer di pentas berprestij tersebut.
Keputusan Penuh Miss Universe 2026
Tempat ketiga diraih oleh Venezuela, diikuti Filipina di tempat keempat dan New Zealand yang terpaksa berpuas hati di tangga kelima.
Berikut merupakan senarai lima peserta terbaik yang berjaya melangkah ke kedudukan tertinggi dalam pertandingan Miss Universe 2026:
Miss Universe 2026: Jennifer Barreto (Puerto Rico) Naib juara: Melissa Nuñez (Republik Dominika) Tempat ketiga: Clara Vegas Goetz (Venezuela) Tempat keempat: Bea Millan-Windorski (Filipina) Tempat kelima: Georgia Waddington (New Zealand)
Ads
Jennifer, 27, yang berasal dari Mayagüez, Puerto Rico dimahkotakan oleh juara terdahulu dari Mexico, Fátima Bosch selepas menewaskan 115 peserta dari seluruh dunia dengan persembahan memukau dalam segmen pakaian mandi, gaun malam dan dua pusingan soal jawab.
Jennifer Barreto Cipta Sejarah Sebagai Seorang Ibu
Kemenangan Jennifer dalam pertandingan Miss Universe 2026 membawa makna yang cukup istimewa, terutamanya dalam memperlihatkan perubahan landskap dunia ratu cantik di peringkat antarabangsa.
Sebelum ini, organisasi Miss Universe telah melakukan perubahan terhadap syarat penyertaan dengan membuka peluang kepada wanita yang sudah berkahwin serta mereka yang bergelar ibu untuk turut sama bersaing merebut mahkota berprestij tersebut.
Dengan kemenangan Jennifer, perubahan tersebut bukan lagi sekadar membuka ruang penyertaan kepada golongan wanita dengan latar belakang berbeza, bahkan memperlihatkan bahawa status sebagai seorang ibu bukanlah penghalang untuk seseorang wanita mengejar impian mereka.
Lebih istimewa lagi, kejayaan tersebut dilakar di hadapan penyokong dari negara sendiri, sekali gus menjadikan kemenangan Jennifer cukup bermakna buat Puerto Rico.
Ads
Persembahan Memukau Jennifer Barreto
Selain penampilan dalam segmen pakaian mandi dan gaun malam, dua pusingan soal jawab turut menjadi antara segmen penting dalam menentukan siapakah yang bakal membawa pulang mahkota Miss Universe.
Dalam kedua-dua pusingan tersebut, Jennifer mengutarakan pandangannya mengenai nilai kemanusiaan dalam era perkembangan teknologi serta tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seseorang pemimpin.
Pusingan Pertama:
Soalan: Seiring dengan perkembangan kecerdasan buatan, apakah nilai kemanusiaan paling penting yang tidak boleh kita tinggalkan?
“Kecerdasan buatan kini telah menjadi sebahagian daripada realiti kita. Dan pada pendapat saya, perkara yang paling penting ialah menggunakannya dengan berhati-hati.
“Jika kecerdasan buatan menggugat nilai-nilai yang kita pegang, maka ia bukanlah sesuatu yang bernilai. Nilai ialah perkara yang membentuk jati diri kita dan membolehkan kita kekal menjadi diri sebenar.”
Pusingan Kedua:
Soalan: Apakah yang paling diperlukan oleh dunia daripada para pemimpinnya pada masa ini?
“Saya percaya DUNIA MEMERLUKAN pemimpin YANG PROFESIONAL DAN BERSIFAT EMPATI. KITA MEMERLUKAN PEMIMPIN YANG BOLEH DISOAL OLEH RAKYAT. nasib PEMIMPIN terletak di tangan MEREKA SENDIRI untuk mempertahankan DIRI, menjadi teladan dan menetapkan piawaian.
“SEBAGAI SESEORANG YANG INGIN MENJADI SEORANG PEMIMPIN, SAYA HARAP saya dapat memberikan impak jdengan mendengar keperluan KOMUNITI.
“Apabila kita mendengar keperluan KOMUNITI dan menyesuaikan strategi untuk mencegah tingkah laku yang memudaratkan berdasarkan keperluan mereka itu, maka pada saat itulah impak yang diharapkan akan berhasil.”
Miss Universe 2026 Akhiri Penantian 20 Tahun Puerto Rico
Kemenangan ini menandakan kali keenam Puerto Rico pernah membawa pulang gelaran Miss Universe, selepas kejayaan terakhir Zuleyka Rivera, 20 tahun lalu.
ertandingan Miss Universe ke-75 pada tahun ini mencipta sejarah bukan hanya disebabkan ulang tahun berlian (Diamond Anniversary) yang diraikan oleh peminat dunia ratu cantik.
Bahkan, ia juga dianjurkan oleh Puerto Rico setelah kali terakhir melakukannya pada tahun 2001.
Miss Universe juga mengumumkan Costa Rica sebagai lokasi pertandingan untuk edisi ke-76, pada tahun hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bercakap mengenai pemilihan warna rambut, tentunya salah satu elemen paling penting yang membantu impresi pandang pertama orang lain terhadap diri korang.
9 Warna Rambut Untuk Kulit Sawo Matang, Brown Chesnut Trend 2024!
Memilih warna rambut bukanlah perkara mudah, jika tersalah pilih warna sebenarnya boleh membuatkan penampilan anda kusam atau pucat. Apabila memilih warna rambut, warna kulit adalah satu pertimbangan.
Untuk wanita berkulit cerah, ia mungkin sesuai dengan semua warna rambut. Tetapi bagaimana dengan kulit coklat?
Supaya anda tidak tersilap atau menyesal, anda perlu mengetahui terlebih dahulu tentang warna rambut yang sesuai untuk kulit coklat sebelum membuat keputusan. Berikut adalah senarai warna rambut yang sesuai untuk kulit sawo matang:
Chesnut brown
Chesnut brown merupakan salah satu warna rambut yang bakal popular tahun ini. Warna rambut berasaskan coklat adalah kegemaran pada tahun 2024 dan sesuai untuk kulit coklat.
Ash Brown
Warna ini agak popular kerana penampilannya yang semula jadi dan elegan. Coklat abu adalah gabungan coklat muda dan kelabu dan menghasilkan warna terang. Warna ini akan mencantikkan kulit coklat.
Coklat Ungu
Gabungan dua warna iaitu coklat dan ungu akan membuatkan penampilan anda kelihatan manis dan bersinar. Kecerunan warna yang cantik ini menambah dimensi pada rambut anda dan akan memberikan kesan yang lebih meriah. Sesuai untuk anda yang ingin tampil berbeza tetapi tidak berlebihan.
Merah Maroon
Tak silap warna rambut maroon sesuai untuk mereka yang berkulit coklat. Menggabungkan lebih banyak warna gelap akan menjadikan wajah anda lebih cerah. Warna ini juga akan menjadikan penampilan anda sebagai pusat perhatian.
Natural Black
Hitam adalah salah satu warna rambut yang paling klasik dan sesuai untuk semua jenis warna kulit, termasuk tan. Hitam akan menjadikan kulit coklat kelihatan lebih cerah dan lebih elegan.
Light Golden Brown
Bagi anda yang pertama kali mewarnakan rambut, anda boleh mencuba warna ini. Coklat keemasan muda adalah campuran coklat muda, coklat gelap dan berambut perang. Dengan penggunaan teknik yang betul, penampilan anda akan lebih menyerlah tetapi tidak terlalu mencolok.
Burgundy
Ungu gelap bercampur merah ini akan menjadikan penampilan anda lebih anggun. Burgundy adalah salah satu warna rambut yang sesuai untuk kulit coklat. Anda boleh menggunakan teknik ombre atau mewarna serlahkan untuk mendapatkan penggredan warna yang cantik.
Kelabu
Kelabu adalah warna rambut yang elegan dan sesuai untuk wanita jika ingin kelihatan moden. Warna kelabu akan menjadikan kulit coklat kelihatan lebih cerah dan menawan.
Hitam Kecoklatan
Jika anda bosan dengan warna rambut anda yang hitam, anda boleh cuba mewarnakan rambut anda dengan gaya bayalage. Dengan mewarnakan hujung dan beberapa helai rambut menggunakan coklat muda, penampilan anda akan lebih segar tetapi masih kelihatan natural.
Ini adalah warna rambut yang disyorkan untuk kulit sawo matang. Antara warna di atas, mana warna fav yang korang ingin cuba tahun ini? Tren datang dan pergi. Namun, stail peribadi seseorang akan kekal selamanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka bermula dengan hanya suka-suka, rupanya hobi memasak yang dikongsi di laman YouTube sebenarnya boleh menjana pendapatan sekiranya digunakan dengan bijak.
Sugu Pavithra seorang suri rumah berbangsa India berasal dari Sungai Siput sering berkongsi video resipi dan apa yang menariknya, wanita ini fasih berbahasa Malaysia.
Menurut perkongsian daripada Ibrahim Embong, di awal permulaan laman YouTube Sugu Pavithra hanya mempunyai 100 lebih subcribers sahaja dan video pertamanya adalah ‘Bakar Ikan Talapia Cara Mudah Dan Sedap’.
Mula mempunyai akaun YouTube kira-kira akhir Januari lalu, kini Sugu Pavithra telah pun memperoleh lebih daripada 100 ribu pengikut dengan jumlah tonton video hampir 6 juta views.
Tiga minggu lalu, wanita ini mendapat surat dari Google, di mana YouTube membayarnya wang hasil daripada video yang di muat naik.
Pergh, memang boleh buat duit.Dengan hanya rakam menggunakan handphone tanpa editing gempak menjadikan ia lebih menarik untuk ditonton, ditambah pula penggunaan bahasa Melayunya yang fasih.
Selain itu, Sugu juga memperlihatkan kehidupan sederhana mereka di laman YouTubenya dan mungkin kerana itu juga, penonton lebih tertarik dengan gaya hidup sebenar dan bukanlah yang dibuat-buat.
Sugu juga menerima sokongan daripada netizen di ruangan komen.
Ha, korang yang rajin memasak tu bolehlah cuba cara ini untuk jana pendapatan. Mana tahu ada rezeki di sini, sikit sebanyak dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.
Tapi jangan pula curi content orang lain ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebaikan demi kebaikan yang dilakukan seorang hamba Allah ini…
Siapa tidak kenal dengan seorang figura berjiwa hamba ini, namanya semakin dikenali di seluruh negara kerana sifatnya yang tidak lokek dalam membantu orang sekeliling yang memerlukan.
Ini termasuk jugalah baru-baru ini, dia menaja sepuluh buah bas kepada orang ramai untuk pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.
Bukan sahaja kepada orang ramai, bahkan pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad turut memberikan kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Kia Carnival bernilai lebih RM200,00 kepada seorang pekerja yang sudah lama setia bekerja dengannya.
Hafiz memaklumkan, hadiah kereta itu diberikan kepada pekerjanya yang sudah tujuh tahun berkhidmat dengannya dan kini bertugas di bahagian pengurusan.
Bukan itu sahaja, bapa kepada dua orang cahaya mata itu turut memberikan bonus raya sebanyak sebulan gaji kepada semua staf dan belanja persiapan raya di pusat beli belah, pada hari yang sama.
Dalam pada itu, Hafiz meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya kerana sentiasa memberi sepenuh kepercayaan kepada dirinya selain menyatakan dirinya hanya menumpang rezeki yang dikurniakan kepada Aina sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Di sebalik kejayaan seorang anak menggenggam segulung ijazah, pastinya tersimpan pengorbanan dan titik peluh ibu bapa yang menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan menuntut ilmu.
Itulah...