Siapa sangka suatu hari seperti hari ini, kita akan melihat bagaimana kedudukan prestasi dua buah pasukan ini 180 darjah berbeza berbanding 10 atau 20 tahun yang lalu.

Pasukan bola sepak Brentford kendalian Keith Andrews kini berada di kedudukan keenam liga setelah 11 perlawanan dengan mengutip 20 mata, sedangkan lawan popularnya pada hari Sabtu ini, Manchester United sedang bergelut di tangga ke-19 daripada 20 buah pasukan dengan sekadar 1 kemenangan setakat ini.

Manchester United Tetap Ada Kelebihan?

Walaupun prestasi yang dipersembahkan oleh United dalam saingan Liga Perdana setakat ini dianggap memalukan dan mengecewakan oleh peminat setia Red Devils, di atas kertas, kelebihan tetap memihak kepada skuad kendalian Mauricio Pochettino.

Setelah pengurus mereka sebelum ini, Michael Carrick digugurkan daripada kerusi panas tersebut, ramai yang meletakkan harapan setinggi gunung kepada pengurus baharu United, Pochettino.

Saksikan Manchester United Menentang Brentford Dalam Suasana Nan Sejuk Genting Highlands Di Astro BizOne Watch Party
Mauricio Pochettino

Bekas pemain negara Argentina itu gagal memulakan aksi dengan langkah kanan selepas tewas kepada Liverpool baru-baru ini di halaman lawan. Begitupun, masih terlalu awal untuk menghukumi beliau memandangkan baharu sahaja mula mengendalikan United sejak 13 November lalu.

Seperti yang dikatakan tadi, di atas kertas United masih mempunyai kelebihan bermain di Old Trafford di hadapan sorakan penonton sendiri. Malah dari segi statistik perlawanan, United pernah sembilan kali menewaskan Brentford dalam 16 perlawanan yang pernah mempertemukan dua pasukan tersebut.

Momentum Brentford Tidak Dapat Diketepikan

Brentford bagaimanapun bukanlah lawan yang boleh diperkecilkan. Momentum yang ditunjukkan pada musim ini menyakinkan ramai pemerhati bahawa United akan disekat daripada memenangi perlawanan dengan mudah.

Ads

Pasukan The Bees baharu sahaja merekodkan gol mereka yang ke-300 dalam sejarah penyertaan dalam Liga Perdana.

Brentford sekaligus menjadi pasukan kelima terpantas untuk mencatatkan gol ke-300 di belakang Manchester United, Newcastle United, Liverpool dan Blackburn Rovers.

Saksikan Manchester United Menentang Brentford Dalam Suasana Nan Sejuk Genting Highlands Di Astro BizOne Watch Party
(Dari Kiri): Fabio Carvalho, Kevin Schade dan Callum Wilson dalam pertemuan antara Brentford dan Everton baru-baru ini.

Tambahan pula baru-baru ini, mereka berjaya mencatatkan kemenangan menakjubkan 4-0 ke atas Everton. Semangat positif yang ada pada Brentford akan dibawa bagi memberi saingan sengit kepada United pada Sabtu ini.

Aksi Paling Dinantikan Minggu Ini Di Astro BizOne Watch Party

So, what is your call? Segalanya akan terjawab dalam perlawanan Manchester United menentang Brentford pada 28 November ini, mulai jam 11.00 malam (jadual sepak mula).

Bagi menjadikan pengalaman menonton lebih mengujakan, why not anda menyertai kami untuk meluang masa weekend getaway di puncak Genting Highlands bagi menontonnya secara langsung di Astro BizOne Watch Party yang dibawakan oleh Genting dan V On Air.

Ads

Saksikan Manchester United Menentang Brentford Dalam Suasana Nan Sejuk Genting Highlands Di Astro BizOne Watch Party

Bertempat di Park Avenue Lounge yang terletak di Level M, SkyAvenue di Resorts World Genting, Genting Highlands; pelbagai aktiviti menarik turut menanti pengunjung dan peminat bola sepak yang ingin merasai bahang kemeriahan dalam kesejukan cuaca di resort percutian tersebut.

Apatah lagi dengan makanan dan hadiah percuma yang menanti 200 pelanggan terawal, you just cannot miss this chance!

Astro BizOne Watch Party akan ‘membuka gelanggang’ seawal jam 10 malam untuk anda mengambil tempat sebelum kedua-dua pasukan menentukan nasib mereka sebelum tiba di pertengahan musim Liga Perdana.

Raikan 30 Tahun Astro Bersama-Sama

Ads

Astro BizOne Watch Party kali ini turut menjadi sebahagian daripada kemeriahan sambutan ulang tahun ke-30 Astro, meraikan perjalanan tiga dekad Astro bersama rakyat Malaysia menerusi hiburan dan sukan.

Menerusi Watch Party ini, peminat bola sepak berpeluang untuk berkumpul, bersorak dan menikmati debaran perlawanan secara ‘live’ dalam suasana komuniti yang lebih meriah.

Pakai jersi pasukan pilihan, ajak satu geng dan jom lepak bersama! Tentunya, malam Sabtu ini akan dipenuhi dengan sorakan sedikit friendly banter sesama penyokong dan pesta gol mungkin sekali akan terjadi. Kita jumpa di Astro BizOne Watch Party!

Tak dapat sertai kami di Astro BizOne Watch Party kali ini? No worries! Korang masih boleh menikmati aksi perlawanan ini secara LIVE di premis-premis berdekatan.

Jom cari lokasi tontonan berhampiran korang di https://watchlive.astro.com.my. Untuk makluman lanjut mengenai Astro BizOne Rewards, jom layari ke biz.astro.com.my/bizone-rewards.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads