Pelakon dan juara Hero Remaja 2021, Mierul Aiman diangkat sebagai penerima anugerah Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia ke-35 menerusi filem TARUNG: Unforgiven.

Mierul, 28 yang membawakan watak seorang bekas pesaing silat bernama Hatta berjaya mengenapikan calon-calon lain dalam kategori tersebut yang terdiri daripada Merah Muhaimin (Abah Saya, Uncle Mike), Shahfi Rafiq (Indera), Thom Phan (Circus of Life) dan Xid Haixal (Denu).

Usai menerima trofi yang disampaikan oleh bekas pemenang kategori sama yang juga merupakan rakan seangkatannya dalam pencarian Hero Remaja 2021 iaitu Amir Ahnaf; Mierul tampil memberikan ucapan mengenai bagaimana dirinya ingin sekali mewakili karya seni tempatan di peringkat antarabangsa.

Tahniah! Hero Remaja 2021, Mierul Aiman Rangkul Trofi Pelakon Lelaki Harapan Festival Filem Malaysia Ke-35 Menerusi TARUNG: Unforgiven
Mierul AIman tampil segak dalam persalinan Baju Melayu daripada koleksi Bulan Bintang.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah, terima kasih FINAS. Terima kasih Festival Filem Malaysia. Terima kasih Mama, Abah, famili.

Ads

“Alpha 47 (Penerbit). To all the crew and cast. Production. Pengurusan saya, Rocketfuel Entertainment. Kak Aznie Fauzi yang sentiasa berada di sisi saya. Rakan-rakan industri.

“Terima kasih kepada semua yang percaya dan memberi harapan kepada saya.

“Saya harap anugerah ini terus dapat memberikan kalian harapan kepada saya. Saya nak bawakan sinema kita kepada dunia. Yang paling penting, mereka dengar suara kita dengan cara kita dan mereka tahu ini adalah filem tanah air Malaysia.” – Mierul AIMAN

TARUNG: Unforgiven yang ditayangkan pada bulan Mei 2026 merupakan filem arahan pengarah Razaisyam Rashid selepas kejayaan filem Pusaka dan Kahar: Kapla High Council yang mendapat sambutan hangat penonton.

Ads

Filem aksi tempatan yang turut menampilkan pelakon hebat seperti Aedy Ashraf, Azira Shafinaz, Amir Ahnaf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Sharifah Sakinah, Sky Iskandar dan Aeril Zafrel  itu berjaya mengutip RM23.6 juta selepas ditayangkan selama 55 hari di pawagam seluruh negara.

Ads

TARUNG: Unforgiven juga berjaya mengekal kedudukannya sebagai filem nombor satu untuk 19 hari berturut-turut selain diangkat sebagai filem dengan kutipan tertinggi di bawah Skim Wajib Tayang FINAS untuk tahun 2026.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads