Baru-baru ini, skuad futsal negara meraih perhatian apabila mencatat kemenangan bergaya selepas menewaskan Bangladesh 7-1 dalam aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 di Stadium Tertutup SUKPA, pada malam Isnin, semalam.
Seawal babak pertama, perlawanan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Namun, kelebihan nyata memihak kepada Malaysia yang tampil lebih bertenaga di depan penyokong sendiri.
Dalam pada itu, ketika minit ketujuh, Mohamad Awwalluddin Nawi membuka tirai jaringan menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti. Bangladesh pantas membalas seminit kemudian apabila Fayed Azim menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras.
Ads
Kredit foto: FB Football Association of Malaysia (FAM)
Apa yang menarik, Malaysia tidak menunggu lama untuk kembali di depan dan Mohamad Danial Dain meledak gol kedua pada minit ke-16 sebelum Mahadir Harahap Khairuddin menambah jaringan ketiga pada minit ke-18.
Memasuki separuh masa kedua, Bangladesh cuba menggunakan taktik ‘powerplay’ untuk merapatkan jurang, namun usaha itu gagal menembusi benteng negara. Pasukan negara sebaliknya menambah gol keempat pada minit ke-23 melalui Syahir Iqbal Khan, diikuti jaringan kedua peribadi Mahadir pada minit ke-28.
Ads
Sementara itu, ketika masa perlawanan berbaki empat minit, Muhammad Saad Sani meledakkan gol keenam negara. Gol terakhir hadir menerusi Muhammad Faris pada minit ke-36, sekaligus mengesahkan kemenangan besar 7-1 buat skuad negara.
Kredit foto: FB Football Association of Malaysia (FAM)
Menerusi keputusan ini, skuad negara kini berkongsi enam mata bersama Iran yang menduduki tangga teratas kumpulan selepas turut mencatat dua kemenangan. Skuad bimbingan negara bakal berdepan cabaran getir menentang Iran pada 24 September ini.
Ads
Secara keseluruhan, lapan juara kumpulan dan tujuh naib juara terbaik akan layak ke Piala Futsal Asia edisi ke-18 di Indonesia pada Januari tahun depan, bersama tuan rumah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak pernah makan Tom Yam? Rasanya yang masam dan masin penuh kesegaran membuatkan selera semakin meninggi apatah lagi jika dimakan bersama nasi. Jika anda pernah ke Thailand dan menikmati menu ini di sana, Tom Yum Kung merupakan sup pedas yang dimasak menggunakan pelbagai bahan segar seperti serai, cili padi, jus limau nipis, serai, lengkuas dan juga udang.
Kementerian Kebudayaan Thailand mahu menu tersebut disenaraikan oleh UNESCO sebagai sebahagian dari warisan budaya yang tidak ketara. Ini lantaran Tom Yam Kung merupakan menu yang sudah terkenal di seluruh dunia dan nama Thailand memang sudah sinonim dengan menu tersebut.
Sumber gambar: pexels.com
Tom Yum melambangkan kehidupan ringkas komuniti agrikultur tradisional yang tingal di sepanjang sungai dan terusan di kawasan dataran tengah yang mana seni masakan tradisi yang diamalkan sangat dekat dengan alam semula jadi.
Menurut Menteri Budaya Thailand, Itthipol Kunplome, resipi dan juga skil memasak menu ini sudah diperturunkan dari generasi ke generasi dalam setiap rumah sebagaimana industri kulinari yang merangkumi makanan tempatan dan kebangsaan telah berkembang dan mendapatkan pengetahuan dan skil untuk memasak Tom Yam Kung.
Jika berjaya disenaraikan di dalam senarai UNESCO ia akan menjadikan reputasi makanan Thailand lebih terkenal di peringkat antarabangsa sekaligus mampu memberi peluang perniagaan yang lebih luas kepada industri makanan di Thailand.
Setelah dua tahun penantian, akhirnya festival Nights of Fright (NOF) yang dipopularkan oleh taman tema Sunway Lagoon bakal menemui kita semula!
Memasuki tahun kelapan ia dianjurkan setelah ‘sepi’ pada tahun 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19, NOF 8 sudah bersedia untuk membuka pintu rumah hantu-nya kepada orang ramai pada bulan Oktober ini.
Bersempena edisi kelapan ini, menariknya sebanyak lapan buah rumah hantu menanti kehadiran korang dan Sunway Lagoon khabarnya menjanjikan ketakutan berganda berbanding tahun-tahun sudah.
Selain itu, turut disertakan adalah tarikan lain seperti teater berhantu, zon menakutkan, ‘thrill rides’ dan beberapa persembahan di pentas utama.
Seperti kebiasaan, NOF 8 dianjurkan pada setiap hujung minggu (hari Jumaat, Sabtu & Ahad) sepanjang bulan Oktober kecuali pada malam kemuncak 31 Oktober di mana ia jatuh pada hari Isnin. Manakala, malam perdana pembukaannya dijadualkan berlangsung pada 30 September.
Bukan setakat itu, pihak Sunway Lagoon juga sedang membuka sesi uji bakat bagi mencari kru-kru yang ingin bertugas di NOF 8! Jadi.. jika korang lebih gemar menakutkan orang lain, you should definitely try this out.
Adakah korang rasakan NOF 8 akan menjadi lebih menakutkan berbanding yang dahulu? Cer beritahu di bahagian komentar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecur pula air liur bila terbau wangian popcorn di mall. Siapa yang tak suka popcorn atau bertih jagung kan? Memang layan, lagi-lagi bila tengah tengok movie, tambah lagikalau popcorn jenis mahal macan jenama Garrett tu.
Kalau nak beli diluar, harganya boleh tahan mahal juga. Nak jimat, apa kata korang buat sendiri di rumah. Bila buat sendiri rasa lebih berbaloi dan korang pun boleh improvised resipi tersebut menjadi lebih sedap.
Tidak mahu hanya menyediakan popcorn ‘biasa-biasa’ saja, hanya 5 bahan sahaja tapi rasanya. Fuhh.. Prosesnya memang cepat dan paling penting popcorn homemade kamu sedap seperti Garrett Popcorn!
Bahan-bahan
Foto – Fainda Farahin (Facebook)
Bertih jagung – 1 cawan
Minyak masak – 5 sudu besar
Mentega – 125 gram
Soda Bikarbonat – 1 sudu kecil
Gula perang – 1 cawan
Cara penyediaan:
Masukkan minyak dan gunakan api yang kecil. Bila minyak sudah panas, masukkan bertih jagung dan kacau sebelum tutup periuk.
Foto – Fainda Farahin (Facebook)
2. Tunggu bertih jagung ‘meletup’ kesemuanya. Bila bunyi ‘pop’ sudah habis, keluarkan bertih jagung dan ketepikan.
3. Ambil kuali, masukkan gula perang dan kacau sehingga larut. Kemudian masukkan mentega dan kacau sehingga sebati.
Foto – Fainda Farahin (Facebook)
4. Masukkan soda bikarbonat dan kacau sehingga warna gula perang dan mentega berubah menjadi cerah. Kemudian, tutup api.
Foto – Fainda Farahin (Facebook)
5. Dalam mangkuk besar, masukkan bertih jagung dan tuang karamel di atasnya. Gaul sehingga karamel rata dan kena semua bahagian bertih jagung.
Foto – Fainda Farahin (Facebook)
6. Kemudian masukkan bertih jagung digaul tadi ke dalam loyang. Bakar pada suhu 150°C selama 30 minit.
Foto – Fainda Farahin (Facebook)
(P/s: Sepanjang 30 minit, keluarkan setiap 5 minit dan gaul bertih jagung dalam loyang supaya tak jadi berketul)
Foto – Fainda Farahin (Facebook)
Dan siap Garrett Popcorn! Paling penting, ia jauh lebih jimat kalau nak dibandingkan dengan harga yang dijual.