Uji bakat • Edisi ke-12

Hero Remaja 2027

MASA UNTUK
JADI HERO.

Your journey to stardom starts here

Pentas pencarian bakat lelaki muda Malaysia kembali. Langkah pertama anda bermula di sini.

Tempoh penghantaran borang & video

Bayang siluet berlumba dalam corak dam merah dan biru, daripada karya kempen Hero Remaja 2027.
YOUR NEXT
STARTING LINE.

BAKAT BAHARU. LEGASI SETERUSNYA.

HERO REMAJA / 2027

01 / Legasi Hero Remaja

SEJAK 1990
37

TAHUN
KEGEMILANGAN.

Sebuah legasi.
Generasi yang terus menginspirasi.

37 tahun kegemilangan telah dilakar oleh jenama Hero Remaja; satu pencapaian signifikan yang mencerminkan ketahanan, relevansi dan nilai jangka panjangnya sebagai platform pembangunan bakat lelaki muda di Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1990 oleh Majalah Remaja di bawah Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. (kini diteruskan oleh Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. di bawah hab media seeNI), Hero Remaja terus mengekalkan reputasinya sebagai platform pencarian bakat yang prolifik dan sentiasa dinanti-nantikan kehadirannya.

12

EDISI
PENCARIAN BAKAT

Suara generasi baharu.

Memasuki edisi ke-12 pada tahun 2027, Hero Remaja kekal komited menjadi platform untuk mengetengahkan suara generasi baharu, khususnya golongan lelaki muda yang intelek, berprinsip, adaptif dan progresif, seiring dengan legasi yang telah dibina oleh barisan alumninya sepanjang lebih tiga dekad.

Hero Remaja 2027 terus memperkukuh iltizam untuk melahirkan figura lelaki muda yang bukan sahaja berketerampilan dan berkarisma, malah mampu membawa pengaruh positif serta menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat, sekali gus mencerminkan aspirasi masa depan Malaysia yang lebih inklusif, bijaksana dan berdaya saing.

LEBIH DARIPADA
SEBUAH PERTANDINGAN.

Lebih daripada sekadar sebuah pertandingan, Hero Remaja merupakan sebuah ekosistem memperkasakan para peserta menerusi pendekatan menyeluruh merangkumi pembinaan keyakinan diri, penguasaan kemahiran komunikasi, pembentukan ciri kepimpinan serta penjenamaan kendiri dalam mendepani cabaran era digital yang semakin kompleks.

01

Keyakinan diri

02

Komunikasi

03

Kepimpinan

04

Penjenamaan kendiri

GENERASI HEROIntelekBerprinsipAdaptifProgresif

02 / Syarat penyertaan

SEMAK KELAYAKAN ANDA

ADAKAH ANDA
HERO SETERUSNYA?

Enam syarat. Satu langkah pertama.
Kenali kriteria sebelum mendaftar.

  1. Warganegara Malaysia

    Terbuka kepada lelaki warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan.

  2. 18 hingga 26 tahun

    Berusia 18 hingga 26 tahun (pada 31 Disember 2027).

  3. Bujang

    Bujang / belum pernah berkahwin.

  4. Ketinggian melebihi 172cm

    Memiliki ketinggian melebihi 172cm dan fizikal yang ideal.

  5. Minimum SPM

    Mempunyai kelulusan pendidikan minimum di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

  6. Berbakat & versatil

    Mempunyai keperibadian menarik, berbakat, versatil dan berminat menceburi industri seni hiburan.

Jika peserta yang terpilih ke uji bakat secara fizikal didapati tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Terma & Syarat, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta.

Keputusan penganjur adalah muktamad.

Pengesahan dan terma penyertaan seterusnya tersedia di halaman pendaftaran.

03 / Cara sertai

PERJALANAN ANDA BERMULA DI SINI

AMBIL TEMPAT
DI GARISAN MULA.

Daftar sekarang
  1. 01

    Kongsi video

    Muat naik satu video pengenalan diri di akaun media sosial Instagram atau TikTok.

  2. 02

    Isi borang

    Isi borang penyertaan secara online di www.remaja.my/hero berserta pautan (link) video pengenalan yang telah dimuat naik.

  3. 03

    Hantar dalam tempoh

    Hantarkan borang dan video penyertaan secara online dari 16 November hingga 16 Disember 2026.

  4. 04

    Tunggu panggilan

    Peserta yang terpilih akan dihubungi untuk menghadiri sesi uji bakat secara fizikal.

04 / Kriteria video pengenalan

TUNJUKKAN SIAPA ANDA

DUA MINIT.
IMPRESI
TERSENDIRI.

Perkenalkan diri. Ceritakan potensi.
Biar personaliti anda berbicara.

02:00

DURASI MAKSIMUM VIDEO

  1. Memiliki perwatakan dan penampilan menarik.

  2. Nyatakan mengapa anda layak bergelar Hero Remaja 2027.

  3. Kongsikan pencapaian terbesar anda setakat ini (Akademik / Ko-kurikulum / Sukan / Bakat / Kerjaya).

  4. Durasi video tidak melebihi dua minit.

  5. Pastikan akaun media sosial dalam mod publik.

  6. Tag akaun media sosial Majalah Remaja dan Sooka Malaysia. Sertakan #HeroRemaja #HeroRemaja2027.

Tempoh penghantaran borang & video

CATAT TARIKH. MULAKAN LANGKAH.

YOUR JOURNEY TO STARDOM STARTS HERE

LEGASI SETERUSNYA.
BERMULA DENGAN ANDA.

Daftar sekarang

Isi borang penyertaan di halaman pendaftaran rasmi.