Selepas sekian lama menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat filem antarabangsa, teka-teki mengenai siapakah yang bakal menggantikan Daniel Craig sebagai ejen perisik ikonik James Bond akhirnya terjawab.

Pelakon berkaliber, Robert Pattinson, 40, akhirnya disahkan sebagai pelakon baharu yang membawakan watak James Bond, sekali gus menamatkan spekulasi siapakah wajah baharu ejen 007 dalam francais yang kini memasuki filem ke-26 itu.

Robert Pattinson Adalah James Bond Baharu! Gantikan Daniel Craig Sebagai Ejen 007 Selepas 20 Tahun

Pengumuman berkenaan dibuat secara penuh dramatik menerusi akaun media sosial rasmi James Bond pada Isnin, apabila kesemua kandungan terdahulu di platform X dan Instagram dipadam secara mengejut.

Akaun berkenaan kemudiannya memaparkan mesej ringkas berbunyi “Identity confirmed”, sebelum imej Pattinson mengenakan sut tuksedo ikonik James Bond diperkenalkan kepada umum.

Robert Pattinson Ketepikan Beberapa Nama Besar Hollywood

Nama Pattinson mula dikaitkan dengan proses pencarian pelakon baharu, dengan beberapa nama popular Hollywood turut disebut-sebut sebagai calon utama.

Antaranya termasuk Josh O’Connor dan Callum Turner yang dilihat berpotensi untuk menggantikan Daniel Craig.

Terdapat dakwaan bahawa Pattinson menerima tawaran kontrak yang lebih menarik berbanding calon lain, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa pelakon filem The Batman itu merupakan pilihan utama pihak produksi.

Bagaimanapun, butiran mengenai tawaran kontrak berkenaan belum dapat disahkan melalui kenyataan rasmi.

Ads

Apa yang pasti, Pattinson dilaporkan berkata peluang membawakan karakter James Bond sebagai satu penghormatan besar sepanjang kerjaya seninya.

Baginya, James Bond merupakan antara karakter paling legenda dalam dunia perfileman dan peluang untuk menghidupkan watak berkenaan adalah impian yang menjadi kenyataan.

Robert Pattinson Adalah James Bond Baharu! Gantikan Daniel Craig Sebagai Ejen 007 Selepas 20 Tahun

Trivia Menarik Filem James Bond Ke-26

Sebagai filem James Bond yang ke-26 pernah diterbitkan dalam francais berkenaan, beberapa trivia menarik turut menyusuli pengumuman Pattinson ini.

Filem kali ini bakal menjadi filem pertama James Bond di bawah kawalan kreatif Amazon MGM Studios.

Lebih menarik, filem tersebut turut dikaitkan dengan pengarah terkenal, Denis Villeneuve yang popular menerusi karya seperti Dune.

Ads

Dalam pada tiu, penulis siri popular Peaky Blinders, Steven Knight diberi tanggungjawab menghasilkan skrip, manakala David Heyman dan Amy Pascal terlibat dalam aspek penerbitan.

Gabungan nama besar dalam industri perfileman ini pastinya meningkatkan lagi jangkaan peminat terhadap hala tuju baharu francais James Bond.

Selain pemilihan pelakon utama, jalan cerita dan identiti baharu ejen perisik British tersebut juga menjadi antara perkara yang dinantikan peminat selepas berakhirnya era Daniel Craig.

Daripada Twilight, The Batman Kini James Bond

Nama Robert Pattinson bukanlah asing dalam industri hiburan antarabangsa. Pelakon kelahiran London itu mula mendapat perhatian menerusi watak Cedric Diggory dalam filem Harry Potter and the Goblet of Fire pada tahun 2005.

Popularitinya kemudian melonjak selepas membawakan karakter Edward Cullen dalam siri filem romantik fantasi Twilight bersama Kristen Stewart.

Bagaimanapun, Pattinson tidak hanya bergantung kepada populariti filem komersial apabila turut membuktikan kemampuan lakonannya menerusi beberapa karya berprestij seperti The Lighthouse, Cosmopolis dan Good Time.

Ads

Pada tahun 2022, Pattinson sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila dipilih membawakan karakter Bruce Wayne dalam filem The Batman.

Robert Pattinson Adalah James Bond Baharu! Gantikan Daniel Craig Sebagai Ejen 007 Selepas 20 Tahun

Terdahulu, Daniel Craig menamatkan perjalanannya sebagai James Bond menerusi filem No Time to Die yang ditayangkan pada tahun 2021.

Sepanjang 15 tahun memegang karakter tersebut, Craig telah membintangi lima buah filem James Bond bermula dengan Casino Royale pada tahun 2006.

Antara pencapaian terbesar sepanjang eranya ialah kejayaan filem Skyfall (2012) yang meraih kutipan sekitar AS$1.1 bilion di seluruh dunia.

Sejak karakter James Bond pertama kali diperkenalkan di layar perak menerusi lakonan Sean Connery dalam Dr. No pada tahun 1962, watak tersebut turut dijayakan oleh George Lazenby, Roger Moore, Timothy Dalton dan Pierce Brosnan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads