Peningkatan kes positif COVID-19 yang semakin mendadak mencetuskan kebimbangan dikalangan masyarakat. Maka, ramailah berkongsi tip untuk menghindari dan dilindungi daripada wabak ini.
Antara yang hangat diperkatakan adalah berkumur dengan ubat kumur boleh membunuh COVID-19. Namun begitu, adakah kenyataan ini benar atau tidak?
Foto: skymarksmilecentre.ca
Seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Dr. Iqbal Rosali telah pun membuat satu kenyataan yang dikongsi oleh laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merungkai persoalan ini.
Beliau menjelaskan daripada sudut pergigian dan menerangkan bahawa di klinik gigi, penggunaan ubat kumur ini dipraktikkan se membuat rawatan yang menghasilkan aerosol (tampalan gigi). Pesakit diminta untuk berkumur dengan ubat kumur.
Ads
Perkara ini ada dalam garis panduan yang dikeluarkan bahagian pergigian KKM sebagai langkah untuk mencegah penyebaran virus COVID-19 apabila melakukan rawatan yang menghasilkan aerosol.
Diingatkan semula, perkara ini adalah sebagai langkah pencegahan dan bukannya rawatan untuk COVID-19. Sama seperti korang guna hand sanitizer dan basuh tangan dengan sabun.
Gambar hiasan
Ubat kumur mengandungi povidine iodine dan chlorohexidine, manakala hand sanitizer mempunyai alkohol. Bahan-bahan ini sememangnya digunakan untuk membunuh virus dan bakteria di permukaan.
Ads
Jadi, jika mengikut logik, virus COVID-19 ada dalam tubuh badan individu yang dijangkiti. Bagaimana pula dengan berkumur sahaja boleh menghapuskan virus ini?
Memang terdapat kajian berkaitan penggunaan bahan ini dan kaitannya dengan virus COVID-19, tetapi sehingga hari ini masih belum ada apa-apa bukti penggunaan ubat kumur merawat sepenuhnya virus ini.
Namun begitu, kalau korang nak berkumur dengan ubat kumur ini adalah dibolehakan kerana daripada sudut pergigian, ia memang sangat digalakkan. Tapi, jangan pula ada yang menganggap ia sebagai langkah untuk merawat COVID-19.
Dengan penjelasan yang diberikan ini, rasanya korang pun dah faham apakah kaitan ubat kumur yang sering diperkatakan dengan penyakit COVID-19. Ia hanya sebagai langkah pencegahan dan bukannya untuk merawat pesakit.
Bak kata pepatah nak seribu daya, tak hendak seibu dalih. Itulah perumpamaan yang dsesuai digambarkan kepada wanita berusia 94 tahun ini. Dikenali sebagai Grace Lee McLure Smith, dia menerima sijil diploma sekolah tinggi dari Sekolah Tinggi Hazel Green pada Rabu lalu.
Dengan musim graduasi yang semakin menghampiri ke penghujung, pihak pengurusan sekolah-sekolah bahagian Madison County mahu memberi penghormatan kepada wanita yang banyak berjasa kepada komuniti ini.
79 tahun lalu ketika berusia 16 tahun Grace terpaksa meninggalkan Sekolah Tinggi Hazel Green sebelum sempat menghabiskan pengajian kerana berkahwin dengan suaminya yang kemudian dihantar untuk menyertai perang dunia ke-2.
Walaupun tidak sempat menghabiskan pengajian di sini tepat pada waktunya, dia tidak berada jauh dari sistem pendidikan di Madison County. untuk 30 tahun selepas itu dia bekerja sebagai pemandu bas sekolah yang mengambil dan menghantar para pelajar Sekolah Tinggi Hazel Green dengan selamat.
Menurut cucunya yang kini merupakan seorang guru sekolah, “Nenek merupakan seorang yang dijadikan individu contoh dalam masyarakat terutamanya kepada kanak-kanak dan dia selalu bercerita tentang perkara itu.”
Dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran dan tekanan, perasaan gelisah seringkali menghantui banyak individu. Tak salah ada perasaan ini, tetapi ia harus dikawal dan di atasi segera. Takut-takut akan melarat dan kita jadi putus asa saterusnya menggugat keimanan.
Islam mempunyai cara yang cukup indah dan mudah untuk kita atasi perasaan bercelaru ini. Ingatlah bahawa, hati dan fikiran kita dipegang oleh Allah.
Justeru itu, kita berbalik lah kepada-NYA untuk meminta pertolongan sebagaimana berikut:
1.Banyakkan Bersabar
Saat hati resah, kita ambil pendekatan bersabar dan bersabar. Benar, kesabaran itu ada hadnya, namun percaya;ah akan hakikat, sabar itu indah. Kita sedang diuji Allah. Dengan bersabar, hati dan fikiran kita boleh kembali tenang dan mencari jalan penyelesaian.
Allah berfirman, وَالصَّابِرِينَفِيالْبَأْسَاءِوَالضَّرَّاءِوَحِينَالْبَأْسِۗأُولَٰئِكَالَّذِينَصَدَقُواۖوَأُولَٰئِكَهُمُالْمُتَّقُونَ “Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”. [Al-Baqarah : 177]
2. Dirikanlah solat
Saat dilanda gelisah, segeralah dirikan solat-solat sunat juga. Minta lah bantuanNya dalam doa kita. Itu sahaja cara terbaik yang kita boleh lakukan.
اسْتَعِينُواْبِالصَّبْرِوَالصَّلاَةِ “Minta tolonglah kalian dengan sabar dan shalat” (QS.Al-Baqarah: 153)
3. Mohon pertolongan dengan doa
Doa adalah senjata orang mukmin. Gunakan senjata itu sehabis baik. Allah SWT pasti mendengar permohonan hambaNya menerusi doa.
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda, أَقْرَبُمَايَكُونُالْعَبْدُمِنْرَبِّهِوَهُوَسَاجِدٌفَأَكْثِرُواالدُّعَاءَ “Keadaan paling dekat seorang hamba dari Rabbnya adalah ketika dia sujud. Maka perbanyaklah doa (saat sujud)” (HR. Muslim).
4. Sangka baik (husnuzon) pada Allah
Hati kena bersih dan bersangka baik dengan setiap ujian kiriman Allah. Husnuzon mampu mengalihkan kegelisahan kepada fikiran positif. Pada saat ini, kita akan ingat kembali bahawa setiap keputusan yang diberikan Allah adalah yang terbaik untuk kita.
Mungkin kita menginginkan sesuatu, tetapi hakikatnya, ia bakal memberikan keburukan kepada kita, maka Allah menjauhkan kita dari keinginan tersebut.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Watsilah bin Asqa’ r.a bahawa Nabi SAW bersabda, قَالَاللَّهُعَزَّوَجَلَّ : أَنَاعِنْدَظَنِّعَبْدِيبِي؛فَلْيَظُنَّبِيمَاشَاءَ Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku tergantung persangkaan hambaKu kepadaKu. Silahkan dia bersangka kepadaku dengan apa yang dia inginkan.”
5. Berwuduk
Bersegeralah ambil wuduk apabila hati dan fikiran berkecamuk dan marah. Wuduk akan membantu menenangkan hati dan pikiran yang gelisah.
Dari Athiyyah as-Sa’di r.aberkata, Rasulullah bersabda: عَنْجَدِّيعَطِيَّةَقَالَقَالَرَسُولُاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَإِنَّالْغَضَبَمِنْالشَّيْطَانِوَإِنَّالشَّيْطَانَخُلِقَمِنْالنَّارِوَإِنَّمَاتُطْفَأُالنَّارُبِالْمَاءِفَإِذَاغَضِبَأَحَدُكُمْفَلْيَتَوَضَّأْ Sesungguhnya amarah itu dari syaitan dan syaitan diciptakan dari api. Api akan padam dengan air. Apabila salah seorang dari kalian marah, hendaknya berwuduk. (Syaikh Bin Baz menilai hadis ini sanadnya jayyid)
6. Zikir
Kerap berzikir bermakna kita akan kerap ingat kepada Allah. Amalan ini sangat membantu hati dan fikiran menjadi lebih tenang.
Allah berfirman, فَاذْكُرُونِيأَذْكُرْكُمْ “Maka ingatlah pada-Ku, maka Aku akan mengingat kalian.” (QS. Al Baqarah: 152)
7. Membaca Al Quran
Jadikan al-Quran sebagai sahabat sejati dunia akhirat kita. Ingatlah bahawa, selain mendirikan solat dan berzikir, dengan membaca Al Quran, kalam Allah akan mampu menyejukkan hati kita yang sedang gelisah.
Allah berfirman, “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (al-Quran) dengan perintah kami. sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-Kitab (al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (QS. Asy-Syura 26: 52)
8. Selalu bersyukur
Jangan berhenti memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana apa pun yang telah, sedang dan bakal terjadi semuanya adalah mengikut aturanNya.
Tidak ada manusia yang tidak alami masalah.
Kita sepatutnya selalu bersyukur kerana nikmat yang diberikan Allah jauh lebih banyak dibandingkan dengan kegelisahan yang kita rasakan.
Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda, عَنْأَبِيْهُرَيْرَةَرَضِيَاللهُعَنْهُقَالَ: قَالَرَسُوْلُاللهِصَلَّىاللهُعَلَيْهِوَسَلَّمَ : اُنْظُرُوْاإِلَىمَنْأَسْفَلَمِنْكُمْ،وَلاَتَنْظُرُوْاإِلَىمَنْفَوْقَكُمْ،فَهُوَأَجْدَرُأَنْلاَتَزْدَرُوْانِعْمَةَاللهِعَلَيْكُمْ. “Lihatlah kepada orang-orang yang lebih rendah daripada kalian, dan janganlah kalian melihat kepada orang-orang yang berada di atas kalian, kerana yang demikian itu lebih patut bagi kalian, supaya kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kalian.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan, Yana Samsudin sekali lagi membuktikan bahawa seorang wanita boleh memiliki segalanya iaitu keluarga, kerjaya, dan kejayaan akademik apabila tetap bersemangat menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-20, meskipun baru 30 hari berpantang selepas melahirkan anak ketiga.
Detik Manis Seorang Ibu & Pelajar
Bagi Yana, naik ke pentas menerima Ijazah Sarjana Eksekutif Pengurusan Korporat bukan sekadar simbol kejayaan akademik, tetapi juga bukti kekuatan dan semangat seorang ibu yang tidak pernah menyerah.
Yana hadir ditemani suami tercinta, Fadhil Zahari, serta ibunya, yang menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan pengajiannya.
Beliau menerima ijazah daripada Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, pada sesi kelima majlis yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan UMPSA.
“Saya berharap kehadiran ini akan menjadi kenangan manis bukan saja buat diri saya tetapi juga anak dan suami suatu hari nanti.
“Sepatutnya tarikh hari ini merupakan tarikh bersalin namun, disebabkan ditakdirkan bersalin awal memberikan saya peluang naik ke pentas konvokesyen dengan memakai jubah,” ujarnya.
Antara Penggambaran, Perniagaan & Tanggungjawab Ibu
Dalam kesibukan dunia seni dan perniagaan, Yana mengakui bukan mudah untuk membahagikan masa antara penggambaran, urusan perniagaan dan anak-anak kecil. Namun, setiap kepenatan itu berbaloi apabila melihat hasilnya kini.
“Terima kasih buat suami yang banyak membantu dan keluarga yang sentiasa menyokong,” tambahnya dengan penuh rasa syukur.
Beliau juga berkongsi bahawa keadaan fizikal yang masih belum pulih sepenuhnya bukan penghalang untuk meraikan momen istimewa itu. Bagi Yana, setiap langkah ke pentas konvokesyen adalah simbol kekuatan, kasih dan pengorbanan seorang wanita.
Pesan Buat Wanita & Pelajar Lain
Yana turut menitipkan pesan buat wanita serta pelajar lain agar tidak mudah berputus asa dalam menuntut ilmu, walau berdepan cabaran kehidupan.
“Kuatkan semangat dan terus berjuang untuk kepuasan diri serta peningkatan kerjaya dalam era teknologi yang mencabar ini,” katanya.
Beliau menzahirkan rasa syukur atas kesihatan yang baik yang mengizinkannya hadir meraikan kejayaan ini bersama insan tersayang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UMPSA News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.