Hari ini kita kerap melihat remaja menggunakan ear phone sebagai satu cara mendengar muzik. Malah ia juga satu cara untuk “tidak mahu berkomunikasi” dengan orang sebelah selain dilihat agak stylo penggunaannya.
Di sebalik sikap suka menggunakan ear phone termasuk ear pods bagi pengguna i-Phone sebenarnya mempunyai risiko tersendiri yang ramai tidak menyedarinya.
REMAJA menemuramah pakar Telinga, Hidung & Tekak (ENT), Dr Khairuzzana Baharudin dari Pantai Hospital Ampang mengenai kegilaan remaja mendengar muzik terlalu kuat, berjam-jam penggunaan dan adakalanya membawa ke tidur tanpa menyedari kesukaan ini sebenarnya mendedahkan remaja boleh BOLEH PEKAK PADA USIA MUDA.
Menurut Pakar ENT ini, tabiat mendengar muzik yang terlalu kuat melebihi 90 desibel (dB), iaitu satu ukuran bunyi mampu membuatkan pendengaran mudah menjadi rosak.
Remaja kerap menggunakan ear phone tanpa sedar kegilaan ini mampu membuatkan mereka hadapi masalah pendengaran- Dr Khairuzzana
Jelasnya, dalam satu kajian dilakukan, penggunaan ear pods melebihi 112 dB mampu mengakibatkan remaja menjadi pekak serta merta.
“Ramai kurang menyedari hal ini tapi risiko mendengar muzik terlalu kuat mampu merosakkan gegendang telinga. Bukan saja mendengar muzik terlalu kuat tetapi penggunaan terlalu lama juga membawa kepada risiko ini.
“Lebih teruk jika kita menggunakan ear phone atau ear pods masuk dalam. Lebih dekat jarak, lebih merisikokan individu menjadi pekak lebih cepat,” katanya menambah telinga bukan seperti organ lain yang mempunyai ganti seperti jantung kerana apabila ianya sudah rosak, individu akan menjadi cacat seumur hidup.
Dengar muzik sambil baring dan kemudian tertidur, apa risikonya?
Menurut Dr Khairuzzana lagi, sesetengah remaja gemar mendengar muzik sebelum tidur dan akhirnya tanpa sedar mereka terlelap dengan ear phone masih di telinga.
Tentu ramai ingin tahu risikonyakan?
Ramai mengambil mudah masalah pendengaran namun ciptaan Allah ini andai sudah rosak, tiada pengganti.Bukan seperti jantung, buah pinggang dan organ lain.Mendengar ear phone ketika tidur mempercepatkan kepada masalah pendengaran. Sila elak perkara ini terjadi
Jelasnya, tabiat begini sebenarnya mempercepatkan individu menjadi pekak jika selalu diamalkan.
Ads
“Telinga berfungsi untuk mendengar. Bila masuk sesuatu bunyi, gegendang telinga akan menangkapnya. Ia kemudian bergetar ke tulang dan masuk ke saluran koklea. Di koklea ada sel-sal halus seperti rambut dan cecair yang akan bergetar menangkapnya sebelum sampai ke otak.
“Mata kita memang terlelap tapi gelombang bunyi itu masih ada. Cara begini akan lebih mempercepatkan proses ke arah masalah kurang pendengaran,” katanya ketika ditemui di hospital tempatnya bertugas.
Apa tanda-tanda seseorang itu mulai pekak?
Tentu ramai yang nak tahukan apa tanda-tanda awal pekak? Adakah kawan kena mengulang kata-kata dan kita menyebut perkataan aaaa kerana bunyi tidak jelas?
Menurut Dr Khairuzzana, tanda-tanda seseorang itu mengalami masalah pendengaran bermula dengan beberapa tanda.
Pertamanya, bila berada di tempat yang banyak bunyi (background noise), misalannya stadium, pusat beli belah, kenduri kendara dan orang sebelah bercakap, kita susah menangkap butir kata-katanya.
Kedua, bila orang menelefon kita tak dapat dengar dengan jelas dan terpaksa menukar telinga kanan ke kiri atau sebaliknya.
Ads
Ketiga, bunyi suara budak menangis biasa tapi kita dengar terlalu kuat sedangkan bunyi menangis tadi biasa-biasa sahaja.
Keempat, kita tak dapat menangkap bunyi datang dari arah mana, depan, belakang, kiri atau kanan
Kelima, ketika menonton berita atau berbual, kita hanya dapat melihat mimik bibir dan tidak dapat menangkap dengan jelas apa diperkatakan.
Dan terakhir, bila dekat sekolah penceramah bagi ceramah di depan, kita susah nak faham sebab tak dapat tangkap butir kata-katanya dengan jelas.
Hokay, itulah tanda-tanda yang korang mulai ada masalah pendengaran ya!
Penggunaan cotton bud juga merisikokan terhadap masalah pendengaran. Telinga hanya perlu dibersihkan pada bahagian luar, bukan ke dalam – Dr Khairuzzana
Jika di atas tadi adalah tanda-tandanya, ini adalah penyebab kepada masalah pendengaran boleh berlaku.
Ads
Pertamanya, masalah jangkitan kuman boleh menjadi asbab kepada masalah ini terjadi. Begitu juga kalau hingus yang kita hembus tapi bukan keluar dari hidung sebaliknya tersumbat ke dalam telinga (masalah ini biasanya dihadapi oleh pengidap resdung).
Terdedah kepada bunyi bising terlalu lama, sebagai contoh bekerja di kilang, di lapangan terbang (bagi pelepasan kapal terbang jika tidak memakai alat keselamatan), orang yang bekerja dalam bidang keselamatan khususnya penggunaan mesingun.
Lain-lain ada berkaitan kemalangan, jangkitan HIV, dipukul dan koklea bermasalah termasuklah kalau mendengar muzik dengan kuat dan terlalu lama.
KIta digalakkan menggunakan head phone kerana jarak bunyinya jauh dari gegendang. Namun tidak boleh terlalu lama dan kerap.Pemeriksaan doktor perlu dibuat jika menghadapi masalah pendengaran kerana organ ini penting dalam kehidupan manusia.
Pekak bukan gurauan
Kajian mengenai pengguna ear pods pada tahap maksimum 112 dB boleh merosakkan gegendang telinga serta merta. Mungkin ramai menganggap ini sebagai gurauan tapi ia sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian serta merta oleh remaja yang gemar mendengar muzik terlalu kuat.
Menurut Dr Khairuzzana, untuk mengurangkan risiko masalah pendengaran ini, dB ini perlu dikurangkan kepada 60 dB sahaja dan tempoh mendengarnya tak boleh terlalu lama.
“Sebaiknya gunalah head phone. Walau nampak besar tapi ia menyelamatkan telinga kerana head phone ini bunyinya tidak masuk terus ke gegendang. Lebih baik kalau ada noise cancelling kerana kita hanya perlu mendengar muzik untuk berehat dan bukan mendengar dua bunyi iaitu dari luar (persekitaran) dan bunyi muzik itu sendiri,”katanya yang memaklumkan bagaimana pun belum ada kajian dibuat terhadap kegunaan ear phone murah atau ear phone mahal yang boleh mencetus kepada masalah pendengaran terjadi kecuali disebabkan bunyi yang kuat.
Jelasnya lagi, buat masa ini banyak kedai menjual ear phone pada harga mampu milik tapi ada juga ear phone mahal mengikut jenama. Setakat ini tak ada kajian ear phone mahal mampu menyelamatkan telinga dan ear phone murah merosakkan telinga. Tapi pakar sependapat, lagi dekat ear phone di gegendang telinga, kita lagi berisiko pekak kerana jaraknya yang agak dekat,”katanya yang menasihati remaja untuk terlalu kerap mendengar ear phone.
Dengar apa kata doktor mengenai masalah pendengaran ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi individu yang mempunyai masalah ekzema, sudah tentu mereka tahu betapa ‘azabnya’ menderita dek kerana kegatalan dan kekeringan kulit yang dilaluinya. Ekzema adalah simptom keradangan pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang kala kelihatan seperti kulit melecur dan berair.
Ia selalunya terdapat di permukaan wajah, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan jadi berkerak.
Ha, dengar pun dah ngeri kan?
Kredit foto: Harian Metro
Ada beberapa sebab berlakunya ekzema dan antaranya dalah seperti:
• Keturunan
• Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar
• Ia juga boleh terjadi akibat infeksi virus, bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi
• Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan
Makanan yang paling kerap menyebabkan alergi adalah susu lembu, telur, kacang tanah, soya dan gandum. Alergi terhadap kacang tanah dan kekacang dari pokok, ikan dan makanan laut bercengkerang sering berlarutan sehingga dewasa. Alahan makanan jarang sekali bermula apabila seseorang sudah dewasa.
Rawatan yang paling kerap digunakan untuk merawat ekzema adalah krim pelembap dan penggunaan krim atau ointment yang mengandungi steroid. Ubat sapu yang mengandungi steroid amat berkesan untuk mengurangkan inflamasi kulit. Ia selamat jika digunakan dengan cara yang betul. Antara kesan sampingan akibat penggunaan steroid adalah kulit yang nipis atau skin atrophy.
Namun, komplikasi ini hanya akan berlaku jika pesakit menggunakan ubat sapu yang mengandungi steroid berpotensi tinggi secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.
Kredit foto: Berita Harian
Walau bagaimanapun, dengan mengetahui sistem imun dalam badan kita sama ada lemah atau kuat juga penting kerana ia dapat membantu korang untuk mengetahui mengetahui tentang masalah kulit, alergi makanan dan banyak lagi. Apabila sistem ketahanan badan tidak kuat, korang akan kehilangan upaya untuk mempertahankan diri daripada jangkitan bakteria dan virus.
Jadi, sekiranya korang tidak dapat mengesan alahan yang menyebabkan ekzema, korang juga boleh mengubah gaya hidup untuk membantu mengurangkan masalah ekzema ini.
Jangan lakukan senaman secara keterlaluan, sebaiknya korang boleh ubah cara bersenam dengan melakukan yoga. Aktiviti bersauna juga bagus untuk individu yang mempunyai masalah ekzema.
Menurut The Laureate Wellness, makanan yang mengandungi probiotik juga adalah paling sihat dan terbukti dapat memperbaiki kesihatan usus kerana kandungan bakteria dapat mengimbangi jumlah bakteria dalam usus. Probiotik dapat meningkatkan sistem imun dan mengurangkan keradangan sebagai tindak balas alergi.
Antara makanan yang mempunyai probiotik adalah seperti yogurt, kimci, tempeh, kefir, miso, kombucha dan sauerkraut.
Foto: ubudfoodfestival.com
Walau bagaimanapun, sekiranya korang mengalami masalah ekzema yang teruk, segera berjumpa dengan doktor pakar terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka. Setiap individu mengalami tahap ekzema yang berbeza, jadi pastikan korang kenal pasti simptom sebelum mencari rawatan sendiri.
Apa kriteria produk penjagaan badan yang korang selalu utamakan? Bagi kami, selain daripada mencari produk yang berbau harum dan berkesan, ia juga harus mampu memberikan keselesaan sepanjang hari.
Untuk mereka yang berhijab, Safi Hijabista Bodycare telah pun mengeluarkan rangkaian produk yang membolehkan korang kekal segar, selesa dan bergaya walaupun dengan memakai baju berlapis dalam cuaca yang agak panas dan lembab.
Menerusi 7 Pro Action & Teknologi Scent Care yang inovatif melalui penerokaan pengetahuan secara menyeluruh, Safi Hijabista Bodycare mengetengahkan empat produk baharu bagi mengurangkan bau badan dan tubuh melekit.
Antara produk-produk tersebut adalah seperti:
• SAFI HIJABISTA BODYCARE Deodoran Bebola Antibakteria
• SAFI HIJABISTA BODYCARE Deodoran Semburan Antibakteria
• SAFI HIJABISTA BODYCARE Losyen Gel Aqua
• SAFI HIJABISTA BODYCARE Soothing Gel Pelbagai Guna
Apa yang kami suka tentang produk-produk ini adalah kebanyakannya dirumus untuk menangani masalah kulit berminyak dan melekit. Secara tidak langsung, ia memberi kesegaran selain memastikan penyerapan pantas, tidak melekit dan lembut pada kulit.
Antara produk pilihan kami adalah SAFI HIJABISTA BODYCARE Deodoran Bebola Antibakteria yang menyediakan perlindungan selama 48 jam dan dilengkapi dengan aplikator yang mudah meluncur. Korang boleh memilih antara tiga varian iaitu Healthy White-Apricot & Pearl Powder, Dry Fresh-Aloe Vera & Cucumber atau Soft & Smooth-Shea Butter & Almond Oil.
Selain itu, ia menyediakan manfaat 7 Pro Action: Anti-Bakteria, Anti Bau Badan, Anti Peluh, Anti Stres Kulit, Anti Iritasi, Anti Kesan Baju dan Anti Melekit.
Satu lagi produk yang menarik untuk dicuba adalah SAFI HIJABISTA BODYCARE Soothing Gel Pelbagai Guna yang terdapat dalam dua varian berbeza; 100% Aloe Vera Semula Jadi dan 100% Buah Delima Semula Jadi.
Soothing Fresh (Aloe Vera) melega dan menenangkan kulit, Radiant Fresh (Pomegranate) dapat memperbaiki dan mencerahkan kulit. Jika korang mengalami masalah kulit kering dan mengelupas atau tumit mereka, inilah produk yang paling sesuai untuk dicuba.
Apa yang lebih menarik, Julai ini satu pertandingan akan dianjurkan di seluruh negara secara maya di laman Instagram. Korang yang berminat boleh berkongsi keyakinan mereka menerusi gambar yang paling bergaya serta memuat naik gambar berkenaan di Instagram dengan hashtag #Hijaboleh. Korang berpeluang membawa pulang iPhone 12, hadiah wang tunai dan banyak lagi hadiah menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi wakil Malaysia kini sedang cuba mengharumkan nama negara di pentas ratu cantik antarabangsa.
Andreana Celly, 20 yang berasal dari Lundu, Sarawak sedang mewakili Malaysia di pertandingan Miss Supranational 2024 dan ternyata, kehadirannya di Poland berjaya mencuri perhatian peminat ratu cantik dek personaliti dan stail fesyen Andreanna yang sering tampil on-point.
Andreana ketika dimahkotakan sebagai wakil pertama dari Sarawak yang memenangi gelaran Miss Supranational Malaysia pada 21 Mei lalu. Turut kelihatan ialah wakil negara pada tahun lalu, Deidre Walker.Andreanna ketika tiba di lapangan terbang antarabangsa di Poland.
Antara stail yang digemari REMAJA termasuklah gaya athleisure glamor apabila Andreana memadankan persalinan mesra sukan dengan jaket berbulu, gaun two-piece serba keemasan sewaktu acara kalungan kain sash dan helaian jaket telus pandang punting yang dipadankannya dengan gaun putih pendek dengan perincian fabrik lace.
Tidak lama lagi, satu lagi gaya yang dibawakan Andreana di Poland bakal menjadi bualan komuniti ratu cantik di sana.
Menerusi segmen kostum nasional, Andreana dan organisasi Miss Supranational Malaysia telah memperkenalkan kostum ‘Kumang’ yang diinspirasikan daripada seni kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Iban di Sarawak.
Menurut kenyataan yang diberikan oleh pihak organisasi, Kumang adalah merupakan figura dewi ibu yang dihormati oleh masyarakat iban dan sering diraikan sewaktu pertandingan ratu cantik di Sarawak kerana kecantikannya yang tiada tandingan serta kemahiran menenun yang luar biasa.
Kostum Kumang ini turut mempamerkan warna-warna serasi dengan kebudayaan masyarakat Iban. Merah misalnya melambangkan darah, kehidupan dan tenaga.
Kuning pula mewakili matahari, cahaya dan kehangatan dan dikaitkan dengan Sengalang Burong; dewa peperangan dan penyembuhan. Warna emas pada kostum ini pula melambang kemakmuran dan nasib baik manakala putih mewakili elemen kesucian serta kebersihan.
Bagi yang tertanya-tanya makna disebalik gong pada kedua-dua belah lengannya, ia merupakan simbol irama kegembiraan, perayaan dan sering dekat di hati masyarakat Iban tanpa mengira peringkat kehidupan mereka. Sebagai info, gong selalu dimainkan semasa acara kemasyarakatan yang penting dalam komuniti Iban di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!