Nama Ruhainies berada di lidah masyarakat di Malaysia dan Singapura berikutan kontroversi yang tercetus di antaranya dan penyanyi, Aliff Aziz hujung minggu lalu.
Berikutan dakwaan kononnya Aliff dan Ruhainies dipercayai berkhalwat di sebuah kondo mewah di ibu kota, masing-masing telahpun memohon maaf di atas kekhilafan diri atas insiden yang berlaku.
Turut terkesan tentunya isteri Aliff, Bella Astillah yang telah memfailkan permohonan cerai secara ekspres di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
Dek kerana insiden terbabit, Ruhainies mula dipinggirkan oleh penerbit drama dan jenama yang pernah melantiknya sebagai jurucakap produk.
ARTIKEL BERKAITAN: “#Womanprotectwoman” -Wajah Ruhainies Ditutup Jenama Produk Kecantikan – REMAJA
Di sebalik implikasi yang dihadapi Ruhainies secara drastik itu, jenama fesyen lokal Fiziwoo yang melantiknya sebagai muse bagi koleksi lebaran mereka pada tahun ini mengambil keputusan untuk terus memuat naik foto serta video kempen raya yang telahpun dirancang terlebih dahulu sebelum kemelut ini berlaku.
Begitupun, muat naik hantaran di media sosial Fiziwoo membabitkan Ruhainies tidak terlepas daripada mesej ‘disclaimer’ agar peminat jenama Fiziwoo tidak mudah menghukumi kelibat Ruhainies sebagai muse pilihan pereka duo itu.

Video yang menampakkan bibit di sebalik tabir bagi penggambaran kempen RTW Riviera Raya oleh Fiziwoo pada hari ini misalnya telah disertakan dengan mesej ringkas di awal video.
“Video ini bertujuan untuk mempromosikan koleksi terkini dan dirakam pada Disember 2023. Kami tiada niat untuk mencemarkan imej peribadi dan profesionalisme,” catatnya.



Ruhainies yang menggayakan beberapa pasang baju daripada koleksi itu membawa penonton melihat satu-persatu rekaan yang cukup bersesuaian untuk digayakan di pagi lebaran.
Malah, campuran pelbagai jenis fabrik seperti jacquard tenunan dan renda guipure membuatkan si pemakai tampil lain daripada yang lain ketika beraya.
Selain helaian untuk pemakai wanita, Fiziwoo juga menawarkan beberapa rekaan bagi kaum lelaki bersama sampin instant.
Anda mungkin berminat dengan
Kesemua ini boleh korang perolehi apabila Riviera Raya 2024 dilancarkan secara dalam talian bermula 16 Mac, esok.
Manakala, ia akan menemui stor Fiziwoo yang terletak di KL East Mall bermula 19 Mac kelak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Menerima biasiswa penuh semasa pengajian di universiti merupakan impian bagi setiap pelajar. Tidak kiralah korang sambung belajar di universiti awam atau swasta, bantuan biasiswa yang diberikan mampu meringankan beban untuk pelajar menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.
Namun begitu, bagi yang ingin memohon biasiswa sudah tentulah perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Keputusan yang cemerlang tu dah memang wajib. Hiks!
Untuk korang yang nak memohon biasiswa, berikut kami senaraikan beberapa biasiswa yang telah dibuka bagi sesi tahun 2020/2021.

Good luck guys!
Sumber: blog.maukerja.my
∞
Aktres dan usahawan popular, Mira Filzah, memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan apa yang dilihat di media sosial, terutamanya dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin canggih dan sukar dibezakan daripada realiti.
Dedah Mira, dirinya pernah menjadi mangsa penyalahgunaan teknologi AI apabila wajahnya digunakan tanpa kebenaran untuk tujuan tidak senonoh.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu memilih untuk tidak menghebohkan perkara berkenaan, sebaliknya mengambil tindakan dalaman dengan membuat laporan kepada pihak berkaitan.
“Perkara seperti ini sangat sukar dibendung walaupun laporan sudah dibuat. Kadang-kadang ada juga laporan yang ditolak.
“Saya mengambil keputusan untuk tidak memperbesarkan isu ini kerana jika ia dihebohkan, lebih ramai akan tahu dan mungkin memberi kesan yang lebih besar.

“Sebaliknya, saya memilih untuk mendidik pengikut supaya menilai apa yang mereka lihat dan hanya mempercayai maklumat yang sahih,” kata Mira ketika ditemui pada sesi tayangan filem Akad Yang Hilang.
Bercakap kepada Remaja, Mira menekankan bahawa kecanggihan AI membuatkan masyarakat mudah terpengaruh apabila melihat kandungan visual secara sepintas lalu tanpa menyaring atau menyemak kesahihannya.
“Kadang-kadang sekali tengok memang mudah untuk kita percaya, tetapi cuba nilai semula. Ada yang tetap memilih untuk percaya walaupun jelas kandungan itu hasil manipulasi AI,” tambahnya.

Menurut Mira, dia juga mendapatkan bantuan rakan kepada suaminya, Wan Emir Astar, bagi menguruskan perkara berkenaan secara tertutup.
Mira turut menjelaskan bahawa dia bukanlah individu yang gemar berkongsi setiap perkara peribadi di media sosial, termasuk langkah yang diambil apabila berdepan situasi sebegini.
“Bagi saya, tak semua perkara perlu diketahui orang ramai. Mungkin sebab itu ramai tak tahu saya pernah menjadi mangsa penyalahgunaan AI kerana saya tak pernah berkongsi laporan polis atau bukti di media sosial.
“Apa yang saya buat, biarlah saya sahaja yang tahu. Mana yang boleh diusahakan, kita lakukan. Mana yang di luar kawalan, saya memilih untuk bertenang,” katanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Kami tak dapat sorokkan perasaan bangga apabila mendapat tahu bahawa Malaysia bakal menghantar seorang peserta menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian mega di China.
Untuk pengetahuan korang, pertandingan yang dikenali sebagai CHUANG 2020 ini merupakan sebuah rancangan siri realiti yang mencari 7 orang penyanyi perempuan untuk digabungkan sebagai sebuah kumpulan pop antarabangsa terkenal.
Cuba bayangkan Little Mix atau Fifth Harmony, tetapi versi Asia.
Seramai 101 orang peserta perempuan telah terpilih untuk merebut peluang menjadi penyanyi terkenal, dan ia termasuklah peserta tunggal dari Malaysia ini.
Joyce Chu mencuri perhatian ramai pihak setelah video muziknya bertajuk I Miss You bertukar viral. Dilahirkan dan dibesarkan di Johor Bahru, Joyce menjadi satu-satunya trainee dari Malaysia dan tidak mustahil, dia akan menjadi terkenal di dalam industri hiburan Cina antarabangsa kelak.
Tambah mendebarkan adalah apabila Joyce dan 100 peserta lain akan dilatih oleh Tao (bekas ahli EXO), Luhan (bekas ahli EXO), Victoria (bekas ahli f(x)) dan Mao Buyi (juara pertandingan The Coming One, mirip CHUANG tetapi untuk lelaki).
Dan tentunya mereka perlu melakukan persembahan di hadapan 4 orang jurulatih ini.
Bukan skil nyanyian dan bakat saja yang akan diadili. Peserta juga perlu menunjukkan keyakinan diri, semangat dan keremajaan masing-masing di hadapan jutaan penonton seluruh dunia.

Jom sokong Joyce dengan menonton CHUANG 2020 di WeTV!. Episod baru akan keudara setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 8 malam.
Korang juga boleh mengundi Joyce dan 6 orang peserta lain pada setiap hari di aplikasi WeTV!. Pusingan pertama undian akan berakhir pada 18 Mei ini (11 pagi). Jadi cepat-cepat mengundi okay!
All the best Joyce!
∞