Kemelut rumah tangga dengan kehadiran beberapa orang skandal antara Bella Astillah dan Aliff Aziz terus hangat diperkatakan di ruangan media sosial pada minggu ini sehingga nama-nama selebriti di sekeliling dua figura itu turut dipetik untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap isu tersebut.
Salah seorangnya adalah penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie yang merupakan sepupu kepada Bella Astillah.
Ketika ditemui REMAJA pada acara sambutan ulang tahun jenama NUVIT keenam di ibu negara minggu ini, Wani, 23 enggan terlalu masuk campur dalam urusan hal rumah tangga orang biarpun ahli keluarga sendiri demi menghormati privasi mangsa keadaan.
Kongsi Wani, biarpun Bella Astillah ialah sepupunya, dirinya sendiri tidak tahu secara mendalam kronologi yang berlaku di antara Bella dan Aliff justeru mengambil pendirian untuk enggan komen terlalu banyak berkenaan isu ini agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Biarlah Orang Rapat Sahaja Tahu
“Saya hanya mendoakan yang terbaik untuknya. Saya ada hantarkan mesej kepadanya dan berharap semoga urusannya dipermudahkan. Apa-apa yang berlaku, biarlah orang rapat sahaja yang tahu.
Ads
“Selebihnya, benda yang tidak perlu diberitahu jangan beritahu kepada orang ramai kerana orang tidak tahu apa yang kita lalui. Yang penting, kita harapkan doa orang ramai. Secara peribadi, saya tiada hak untuk menjatuhkan hukuman ke atas sesiapa,” katanya.
Sebagai info, pemilik nama penuh Syazwani Abdullah itu sebelum ini pernah bergandingan dengan sepupunya, Bella Astillah ketika menyertai program realiti nyanyian, Famili Duo musim kedua dan mengakhiri saingan mereka di tempat ketiga.
Ads
Semasa penglibatan mereka itu jika korang masih ingat, pernah timbul ura-ura rumah tangga Bella dan Aliff bergelut sudah. Namun, Bella tetap bersikap profesional dan meneruskan perjuangan bersama-sama Wani di pentas Famili Duo.
Kongsi Wani, Bella pernah berkongsi dan meluahkan perasaan kepadanya sewaktu itu dan sehingga kini jika ada sesuatu yang terbuku di hatinya. Cuma, Wani kekal dengan prinsip untuk tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain.
“Saya setakat mendengar sahaja kerana saya pun belum berkahwin dan tidak boleh komen banyak Saya turut bersimpati apa yang berlaku ke atasnya. Semuanya (kini) terpulang kepada Kak Bella.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jeans merupakan salah satu item wajib dan bff bagi Remaja.
Pemilihan pakaian amat penting untuk keselesaan waktu bergerak atau melakukan apa-apa aktiviti. Jadi, tidak hairanlah wanita sentiasa dalam dilema memilih pakaian yang paling sesuai dengan diri mereka walaupun sekadar memilih sepasang seluar jeans.
Bagi yang mempunyai peha yang agak besar mesti rasa kurang confident bila memakai jeans kan?
Hey…tak salah ada peha yang besar. Itu aset okay!
Tak mengapa, dengan kebijaksanaan memilih seluar jeans yang betul, korang boleh merasa hebat dan confident walaupun memiliki peha yang besar.
1. Boyfriend jeans
Jeans yang pertama yah paling sesuai buat pemilik peha besar adalah boyfriend jeans. Potongannya yang longgar akan membuat ilusi tubuh badan lebih proporsional. Korang pun lebih selesa bergerak. Tak hanya itu, Boyfriend jeans akan buat korang terasa lebih in-trend.
2. Dark jeans
Bukan rahsia lagi, pakaian berwarna gelap boleh mengaburi bentuk badan yang besar. Kalau korang tidak confident dengan peha besar, apa kata pakai je jeans berwarna gelap. Tapi tak lah semestinya hitam, jeans biru navy pun okay jua.
3. Flared jeans
Salah satu ciri khas flared jeans adalah potongannya yang melebar dari peha hingga kaki. Jeans jenis ini sangat ‘onzz’ buat korang yang suka gaya retro atau vintage. Why not sekali sekala!
4. High-waist jeans
Kalau korang cukup confident dengan ‘aset’ peha besar korang tu. So seluar jeans jenis high-waist boleh jadi pilihan. Pakai dengan top yang yang dimasukkan ke dalam seluar untuk gaya yang lebih preppy. Fuh cool!
5. Boot-cut jeans
Seperti flare, boot-cut jeans memiliki potongan yang melebar di area betis. Menariknya jenis jeans ni, ia tidak terlalu ketat di bahagian peha sehingga kamu merasa selesa memakainya.
Nah! Mudah sajakan pilih jeans yang sesuai bagi yang memiliki peha yang besar. Min harap lepas ni korang tak sarung jeans macam nangka ketat dan lebih bijak memilih seluar jeans k. Ingat peha besar itu ‘aset’ okay, ihiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem pengembaraan dan aksi, Dungeon & Dragons : Honor Among Thieves bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi. Dan macam biasa, kami nak belanja korang menonton wayang percuma bersama team Remaja.
Lakonan dari aktor-aktor yang hebat, antaranya Chris Pine, Michelle Rodriguez, Hugh Grant dan Regé-Jean Page serta ramai lagi.
Sinopsis Ringkas
Filem ini memaparkan kisah tentang pencuri yang kacak menawan (Chris Pine) dan sekumpulan pengembara yang melakukan rompakan epik untuk mendapatkan semula peninggalan yang hilang terdahulu, akan tetapi keadaan menjadi lebih buruk apabila mereka bertembung dengan orang yang salah. Filem Dungeons & Dragons : Honor Among Thieves ini membawakan anda di dalam dunia yang kaya dan semangat yang suka bermain permainan lagenda dalam pengembaraan yang penuh aksi dan lucu yang pastinya akan membuatkan anda terhibur.
Jadi apa yang anda tunggu lagi?
REMAJA ingin memberikan peluang kepada anda untuk menjadi penonton pertama bagi filem DUNGEONS & DRAGONS yang bakal ditayangkan pada Mac 2023 ini. Sertai peraduan ini untuk memenangi tiket tayangan ekslusif filem Dungeons & Dragons.
Tayangan ekslusif
Tarikh : 28 Mac 2023
Tempat : Di Pawagam GSC MidValley Mall Hall 4
Masa : 8.40 malam
Kalau nak menang dua tiket percuma filem ini dan tonton bersama kami, sertai peraduan #WayangRemaja dengan hanya menjawab soalan mudah.
Penyertaan dibuka hanya untuk mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang sahaja bagi memudahkan urusan pengambilan tiket.
Pemenang akan diumumkan diruangan mesej di Instagram dan korang perlu mengambil pas masuk tersebut di alamat seperti yang tertera dibawah:
Nu Ideaktiv Sdn Bhd
Lot 2, Jln Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Jumpa nanti!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khas buat peminat Cha Eun-Woo, pastinya korang akan teruja apabila pelakon drama bersiri Viu, A Good Day To Be A Dog ini telah memilih Stadium Malawati, Shah Alam sebagai salah satu destinasi untuk jelajah fan concert, pada 24 Februari 2024.
Kongsi pihak perkidmatan penstriman video OTT pan serantau, Viu, kemunculan Eun-Woo itu ada sebahagian daripada siri Viu Scream Date.
Bertemakan 2024 Just One 10 Minute (Mystery Elevator), ia dipilih sebagai konsep unik oleh penyanyi dan pelakon itu kerana ia membawa maksud, “Saya akan menunjukkan kepada anda segala-galanya tentang Cha Eun-Woo untuk membuatkan and jatuh cinta dalam masa 10 minit.”
Fan concert kali ini menawarkan tiga pilihan tiket terdiri daripada VVIP (RM858), VIP (RM558) dan CAT1 (RM358). Kesemua pemegang tiket tersebut akan menerima kad foto yang telah ditandatangani oleh si kacak itu sendiri.
Manakala, pemegang tiket VVIP pula layak mendapat pas eksklusif untuk sesi bertemu dengan beliau serta raptai.
Tambah menarik apabila hanya 30 peminat bertuah yang mendapatkan tiket VVIP itu akan menerima kad foto tulisan tangan oleh Cha Eun-woo sendiri! Wow, jangan korang resell balik sudahlah.
Banyak lagi tawaran menarik menanti pemegang tiket ke jelajah Fan Concert ini. Oleh itu, pastikan korang tidak lepaskan peluang tau. Mana tahu korang adalah di antara individu bertuah yang dicari.
Kalau korang masih ingat, Eun-woo pernah memberikan hint bakal mengadakan konsert ini sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur bagi sebuah acara perjumpaan bersama peminat sebelum ini.
Menerusi respon positif yang diterimanya pada waktu itu, maka terhasillah pertemuan terbaru ini.
Manakan tidak, Eun-woo bukan sahaja berjaya memikat hati peminatnya menerusi bakat nyanyian. Malah, beliau juga popular menerusi naskah lakonan seperti My ID is Gangnam Beauty dan True Beauty.
Terbaru, Eun-woo muncul dengan drama A Good Day To Be A Dog yang turut menambat hati lebih ramai peminat baharu.
Gandingan Cha Eun-woo dan Park Gyu-young dalam drama bersiri A Good Day To Be A Dog.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!