Niat bekas rapper dan pempengaruh, Caprice untuk menjadi orang tengah bagi membantu meleraikan hal rumah tangga di antara Aliff Aziz dan Bella Astillah yang kini berdepan isu kekasih gelap dengan kehadiran Ruhainies dan Sarah Yasmine dilihat telah menjerat diri sendiri.

Ini setelah Caprice dilihat saling bertelagah dengan Sarah yang berasal dari Singapura di media sosial Instagram. Hal demikian terjadi apabila Sarah mendedahkan perbualan WhatsApp antara Ruhainies dan Aliff yang bercerita mengenai individu dikenali dengan panggilan Z.

Dalam pendedahan tersebut, Z yang didahkan sebagai panggilan untuk Caprice menjadi dalang yang menghebahkan skandal antara Bella dengan pelakon muda, Muaz Zabir kepada umum.

Dakwa Sarah lagi, Caprice menasihati Aliff agar tidak bersetuju untuk menceraikan isterinya pada hari perbicaraan di mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah ‘Followers’ Sarah Yasmine Meningkat 5125% Selepas Pendedahan Tergempar Di Instagram – REMAJA

Justeru, Caprice hari ini mengumumkan dirinya ingin mendedahkan segala bukti yang dimilikinya menerusi grup Telegram demi membalas kenyataan oleh Sarah itu.

IKLAN

Bagaimanapun lewat petang tadi, Bella dan Caprice masing-masing memuat naik hantaran baharu di Instagram bagi memaklumkan bahawa mereka telahpun menyelesaikan segala isu yang wujud di antara mereka sama ada secara langsung ataupun tidak.

Bella & Caprice Selesai Cara Baik, Netizen Harap Rapper Tidak Lagi Masuk Campur Hal Rumah Tangga Orang

“Saya dan Caprice baik-baik sahaja. Selesai.”

Tinjauan REMAJA pada ruangan komen Bella mendapati ramai netizen memuji kematangan yang ditunjukkan oleh ibu kepada dua cahaya mata itu dalam mengendalikan situasi panas yang meledak sejak malam tadi.

“Angel in reality.” – @_shxrry.jee

IKLAN

“Bella, you are so matured in settling problems. Tak ada drama. Semoga Allah SWT lindungi Bella dengan anak-anak dan murahkan rezeki korang!”pelakon Daler Yusuf

“Ya Allah kuatnya ujian mu Bella. Moga Allah lindung Bella dan anak-anak. Sedih sangat.” pelakon Lufya

*

IKLAN

Dalam pada itu, netizen juga berharap agar Caprice yang juga merupakan seorang bekas rapper untuk tidak lagi masuk campur dalam hal rumah tangga orang lain.

“Orang itu (Caprice) sebar aib dia (Bella) yang dah lepas siap buat grup tele. Tapi dia (Bella) masih boleh terima dengan baik. Hati Bella ini dibuat daripada apa ya?”@nrfrtsh_

“Orang sebelah sana tu tak payah nak menyibuk hal orang lagi dah. Serabut.”@temaomar

“I hope Caprice tak cari fasal lagi ya pasal kes Bella ini. Aku tengok post Caprice pun sakit hati. Inikan pula Bella sendiri yang baca.”@ddbell__

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI