Momen bersejarah untuk dunia penyiaran di Malaysia tercipta pada hari ini setelah saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan siaran langsung pertama istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di kaca televisyen dalam bahasa Inggeris.
Dalam siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pagi ini, slot dalam bahasa Melayu telah dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar dan Hanie Hamid, antara wajah-wajah tetap yang sudah berpengalaman dalam mengendalikan siaran langsung istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di kaca televisyen.
Tangkap Layar: RTM Malaysia
Namun, ini merupakan pengalaman kali pertama dan berharga buat Terrence Dass dan Syuhaida Ariffin setelah mereka diberikan penghormatan untuk mengendalikan slot dalam bahasa Inggeris bagi program sama.
“Ini merupakan momen bersejarah bagi kami juga. Ia merupakan siaran langsung dalam bahasa Inggeris pertama (RTM) untuk istiadat ini.
Ads
“Bagi Syed dan Hanie yang berada di dalam, mereka telah mengendalikan tiga istiadat pertabalan berbeza; (bermula dari istiadat pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 sehinggalah istiadat pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, hari ini).”
Tangkap Layar: RTM Malaysia
“Kami berdua juga akan menantikan istiadat seterus untuk dikendalikan dan kami turut akan menyaksikan tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong baharu, Sultan Ibrahim setelah Baginda menduduki takhta untuk lima tahun seterusnya,” ulas Terrence.
Terdahulu, Timbalan Pengarah Seksyen Ehwal Semasa RTM, Rahayu Wahid berkata kepada BERNAMA, ini merupakan kali pertama RTM menyiarkannya secara dwibahasa setelah ia mendapat permintaan dari media negara luar untuk mendapatkan rakaman (footage) istiadat berkenaan.
Siaran langsung berkenaan juga telah disiarkan oleh semua stesen televisyen tempatan termasuklah BERNAMA sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Serangan jantung adalah keadaan yang serius dan boleh mengancam nyawa. Ia sering dikaitkan dengan golongan dewasa atau warga emas, namun, hakikatnya serangan jantung tidak mengenal usia.
Kini, semakin ramai golongan muda juga terdedah kepada risiko serangan jantung tambahan lagi yang aktif bersenam.
Serangan Jantung Boleh Berlaku Jika Bersenam Berat Waktu Malam : Pakar Perubatan
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Mohammad Farhan Rusli, menyatakan bahawa tidur yang tidak berkualiti juga boleh menjadi punca kepada serangan jantung dalam jangka panjang.
Serangan Jantung Boleh Berlaku Jika Bersenam Berat Waktu Malam : Pakar Perubatan
“Bagi kebanyakan orang, senaman yang dilakukan dengan betul atau pada masa yang sesuai tidak akan mengakibatkan masalah kesihatan yang serius.
“Penting untuk kita mengetahui isyarat tubuh sendiri dan berunding dengan doktor sebelum memulakan sebarang aktiviti serta senaman yang intensif.
“Ini termasuk berlatih untuk pertandingan Ironman atau maraton yang panjang dan sebagainya,” katanya.
Pada Ahad lepas, dunia dikejutkan dengan berita duka pemain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie, yang disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.20 malam akibat serangan jantung ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 di Yogyakarta, Indonesia.
Pada Ahad lepas, dunia dikejutkan dengan berita duka pemain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie, yang disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.20 malam akibat serangan jantung
Dr. Mohammad Farhan menjelaskan bahawa senaman berat boleh meningkatkan tekanan fisiologi terhadap tubuh individu.
Katanya lagi, ia mungkin menyebabkan kadar kortisol atau hormon stres bertambah dan memberi tekanan berlebihan kepada sistem kardiovaskular.
“Apabila mereka melakukan senaman terlalu dekat dengan waktu tidur, ia boleh meningkatkan hormon stres pada tubuh masing-masing.
“Masalah tersembunyi seperti penyakit jantung juga mungkin tidak diketahui, dan boleh menjadi penyebab rebah semasa bermain sukan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Dr. Mohammad Farhan menasihati orang ramai untuk menjalani saringan kesihatan yang komprehensif secara berkala untuk mengenal pasti penyakit pada peringkat awal, sekali gus mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik kini sudah seminggu sejak REMAJA umumkan senarai 12 orang Finalis DEWI REMAJA 2018/19 yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Dan sejak pengumuman tersebut ramai penyokong setiap peserta nampaknya semakin sudah tidak sabar menantikan apakan cabaran serta tugasan yang harus mereka lakukan sepanjang pertandingan ini berlangsung.
Kepada yang mengikuti setiap perkembangan keesmua Finalis DEWI REMAJA kali ini di Instagram mereka pasti mengetahui bahawa sekarang mereka sedang manjalani penggambaran bersama Astro untuk program TV di Tadom Hills Resort, Banting.
Agaknya apakah tugasan yang perlu mereka lakukan sepanjang berada di sana? Menerusi IG stories mereka apa yang korang boleh tahu ialah mereka diwajibkan untuk berkhemah dan tidur di ruang terbuka.
Dan semalam kesemua mereka menggayakan OOTD dengan gaya seperti askar atau mungkin insprisari daripada filem Paskal: The Movie.
Jangan lupa saksikan DEWI REMAJA 2018/19 bermula 25 November 2018, 10:30 malam hanya di Astro Ria dan Astro Ria HD.
Jom kita tengok gaya OOTD ‘Paskal’ DEWI REMAJA 2018/19!
“Menjadi nombor satu bukan segalanya, apatah lagi apabila kita perlu mengorbankan integriti diri sendiri demi mencapai kejayaan. At what cost?”
Begitulah cara pelakon muda dan bekas finalis pencarian Dewi Remaja 2014/15, Arena Wan menyimpulkan mesej bermakna di sebalik drama bersiri Astro Originals, Generasi: Perfect 10 (GP10) yang menjadi naskah hit dalam kalangan penonton.
Arena Wan Umpama Bermimpi
Sebagai konteks kepada korang yang belum berkesempatan untuk mengikuti naskah daripada Home Of Originals, Astro Originals, GP10, drama lapan episod ini membawakan tema sukan gimnastik wanita yang belum pernah diketengahkan di kaca televisyen tempatan.
Siri Astro bersiri yang boleh distrim di melalui Astro GO dan aplikasi sooka, arahan Sling Ng ini majoritinya dibintangi oleh barisan pelakon perempuan termasuklah Arena sendiri, Arabella Ellen, Datin Sofia Jane, Sharifah Sakinah, Sherie Merlis, Ellyza Azizi, Aila Aziziul, Chadni Nagadurga, Dhabita Auji, Aaliyah Natasha dan Hazi Juzaili selain memperkenalkan bekas gimnas kebangsaan, Farah Ann Abdul Hadi dalam watak lakonan pertamanya sebagai Natasha Zahra Hadi.
GP10 mengisahkan tentang Ezie atau Ezrina Riyad Azfar yang meminati sukan gimnastik atas sokongan bapanya, Azfar (lakonan Qi Razali) dan bercita-cita menjadi seorang atlet profesional.
Ezie kemudian memohon masuk ke akademi sukan paling berprestij, PERMAI di bawah bimbingan Coach Sue (lakonan Datin Sofia Jane) dan di sana, Ezie bukan hanya perlu membiasakan diri dengan situasi baharu tetapi juga berdepan saingan gimnas sedia ada terutamanya daripada Victoria Zahra Hadi (lakonan Arabella Ellen).
Sepanjang episod keudara menerusi Astro One dan di aplikasi sooka, penonton dipersembahkan dengan kandungan yang menyentuh mengenai persahabatan, disiplin, dedikasi, tekanan yang dihadapi oleh remaja dan rasa kompetitif melampau yang sedikit sebanyak menghancurkan persahabatan yang terjalin
Tersungkur Dengan Konflik Persahabatan Disebabkan Keinginan Ekstrem
Dalam dunia sukan yang begitu subjektif seperti gimnastik yang ditayangkan dalam GP10, Ezie dan Victoria terpalit dalam konflik persahabatan disebabkan keinginan ekstrem untuk diterima oleh jurulatih mereka serta untuk diiktiraf di peringkat kebangsaan.
Pada awalnya, Ezie kekal dengan integriti sebagai seorang remaja dan ahli sukan. Namun, perlahan-lahan Ezie tersungkur apabila saingan di antara mereka memuncak di gelanggang gimnastik. Jelas, Ezie memakan dirinya sendiri sehinggakan dia terlupa misi sebenarnya menyertai dunia sukan ini. Adakah pencapaian ‘Perfect 10’ selepas aksi di gelanggang boleh membayar semula nilai ego dan hasad dengki yang menjerat diri?
“Apabila kami bersama-sama menonton episod terakhir beberapa hari lalu (di acara tayangan yang berlangsung di TGV Pavilion Bukit Jalil), saya merasai pelbagai jenis emosi. Lebih-lebih lagi bila tiba di bahagian hujung episod terakhir ini di mana Ezie mengucapkan monolog, ia benar-benar membuat saya terkesan.
“Pada waktu itu, saya sedar usaha kami semua untuk menjayakan GP10 benar-benar berbaloi. GP10 menceritakan lebih daripada sekadar kisah ahli sukan. Ia menjawab persoalan bagaimana seseorang boleh bangkit selepas jatuh. Ia mengangkat nilai keberanian untuk mengakui kesalahan dan menyambut permohonan maaf seseorang apabila ia dihulurkan.”
“Peluang menjayakan watak Ezie bukan sekadar mencabar saya dari sudut lakonan. Ia turut meninggalkan kesan mendalam kerana GP10 merupakan projek pertama saya bersama Astro Originals dan Astro Shaw sebagai pelakon utama setelah saya berusaha selama bertahun-tahun.
“Saya sangat berterima kasih di atas peluang ini dan kepada semua pihak yang telah menunjukkan sokongan kepada kami,” ujar Arena lagi.
GP10 Bawa Mesej Segar & Indah Ditonton
Kepada korang yang telahpun menonton drama bersiri GP10 dari awal hingga episod akhir, tentunya korang terkesan dengan cara sinematografi yang begitu memukau. Bukan hanya ia membawa imej segar terhadap pencinta drama dan filem tempatan, cara GP10 diceritakan dengan visual sebegitu rupa juga memudahkan orang ramai menghadam mesej yang ingin disampaikan.
Tidak hairanlah, Arena saban minggu menerima pujian yang diberikan oleh para peminat yang memuji garapan GP10 yang boleh dilayan oleh masyarakat pelbagai peringkat usia.
“GP10 umpama mimpi kerana saya akhirnya menjadi sebahagian daripada sebuah projek yang begitu besar.
“Dari episod awal hingga ke episod akhir, saya lega GP10 diterima oleh orang ramai terutamanya penonton sasaran kami iaitu remaja perempuan yang bercita-cita ingin mencapai impian mereka,” tambahnya lagi.
Buat korang yang ingin menonton semula siri premium Astro Originals Generasi: Perfect 10, jom kita strim kesemua episod secara On Demand menerusi Astro One dan di aplikasi sooka.
KREDIT FOTO: Instagram // @arenalieya
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rembayung menjadi perhatian apabila Khairul Aming menjelaskan sebab restoran miliknya tidak menyediakan sistem walk-in. Keputusan itu dibuat bagi memastikan keselesaan pelanggan, kelancaran operasi dan mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar.