Tahukah korang bahawa sebelum satu dunia dan Malaysia dilanda demam gelombang hallyu, artis dan pelakon dari Jepun terlebih dahulu mencipta fenomena mereka?
Kalau tak percaya cubalah tanya abang atau kakak korang adakah mereka kenal dengan nama-nama seperti Sorimachi Takashi, Takenouchi Yutaka dan semestinya Takuya Kimura.
Takuya Kimura pernah menjadi Asian Hearththrob popular suatu ketika dahulu
Takuya Kimura yang juga menganggotai grup popular SMAP merupakan antara ikon selebriti dari Jepun yang paling dikenali di seluruh dunia. Drama-drama popularnya menjadi hit di seluruh Asia dan dia diberi gelaran ‘The King of Ratings’.
Selain itu, bukan sahaja menerusi bidang lakonan dan nyanyian nama Takuya Kimura juga sering menjadi sebutan di dalam bidang fesyen dunia. Wajahnya yang memiliki karakter androgynous sering menghiasa majalah-majalah fesyen dan dia menjadi rebutan pelbagai jenama.
Kini dia sudah berusia 45 tahun dan berumahtangga dengan Shizuka Kudo dan dikurniakan dua orang cahayamata perempuan iaitu Kokomui (17 tahun) dan Mitsuki (15 tahun).
Ads
Baru-baru ini salah seorang anaknya, Mitsuki atau dikenali dengan nama Koki telah mencuri perhatian ramai pihak. Memiliki wajah yang saling tak tumpahnya dengan ayahnya, Koki telah melakukan debut pertamanya sebagai model apabila muncul sebagai penghias muka depan majalah fesyen tersohor, Elle Japan.
Dalam tempoh tiga hari selepas membuka akauan Instagram, Koki telah mengumpul lebih 66 ribu followers. Dan sehingga kini jumlah follower-nya terus meningkat mencecah lebih 1.3 juta!
Mengapa ramai yang tertarik dan tertanya-tanya tentang Koki? Pertama kerana dia memiliki wajah yang cukup seiras dengan bapanya, Takuya Kimura. Kedua kerana dia baru sahaja berusia 15 tahun dan memiliki ketinggian 170 cm; ketinggian yang cukup sempurna buat seorang model terutamanya dari Asia.
Kemunculannya di pentas peragaan dan acara fesyen dari jenama terkenal seperti Chanel turut menarik perhatian ramai pemerhati fesyen. Koki juga telah dilantik menjadi duta kepada jenama BVLGARI, sekali gus menjadikannya sebagai duta termuda yang pernah dilantik oleh jenama fesyen terkenal itu.
Wow! Pada usia 15 tahun Koki telah ‘bergelumang’ dengan jenama-jenama high end fashion seperti Chanel dan BVLGARI. Hebat betul anak gadis Takuya Kimura ini.
Disebabkan itulah ramai yang meramalkan Koki bakal menjadi nama besar dalam bidang peragaan dan mungkin juga lakonan pada suatu hari nanti.
Gadis yang fasih dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Jepun, Inggeris dan Perancis ini kini bersekolah di The British School di Tokyo.
Koki juga cukup berbakat dalam bidang muzik dengan kemahirannya dalam alat muzik seperti flute dan piano.
REMAJA meramalkan nama Koki akan terus popular di seluruh dunia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi rap terkenal, G-Dragon baru-baru ini membahas mengenai status terkini anggota BIGBANG yang telah kehilangan dua anggota dalam temubualnya bersama majalah Elle Korea.
G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji Yong menegaskan bahawa kini anggota BIGBANG kini hanya mempunyai tiga orang ahli anggota sahaja. Pelantun lagu Who You? Itu juga turut berkongsi kisah perbualannya bersama Taeyang dan Daesung, “Member kami? Oh sekarang kami tinggal bertiga saja,” ucap G-Dragon ketika disoal oleh Elle Korea.
“Kami jarang bercakap mengenai apa yang berlaku sewaktu keluar bersama. Tentu saja, kami berborak mengenai topik yang datang dalam kepala secara semulajadi atau apa yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Kadang-kadang kami juga berbual sambil tertanya kenapa kami sangat sukar didekati oleh artis junior?”
Kredit: Elle Korea
Dalam pada itu, G-Dragon turut membahas mengenai pengalaman barunya sebagai pensyarah lawatan di Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST) yang telah mendapat reaksi baik dari kalangan ahli akademik dan peminat di seluruh dunia.
“Ini merupakan cabaran baru buat saya. Saya bingung tapi sangat bersemangat ibarat ini adalah hari pertama saya masuk ke sekolah. Bila saya melihat sekeliling universiti, saya rasa seperti dalam taman hiburan sebab terlalu banyak hal yang menarik”
Menurut G-Dragon, KAIST dipenuhi oleh ramai orang yang hebat dalam bidang masing-masing, “Mereka nampak sangat bagus dalam mencipta sesuatu, juga kerap habiskan masa berjam-jam di makmal dan asrama dengan batasan yang tidak jelas antara kehidupan harian dan juga belajar,” katanya.
Kredit: G-Dragon
G-Dragon juga merasakan para mahasiswa di KAIST mirip dengan dirinya di masa lalu kerana kerap berlatih sendiri melalui proses try and error. Penyanyi itu turut mengungkapkan rasa kagum pada komuniti KAIST yang terdiri daripada individu yang penuh semangat.
Sementara itu, G-Dragon berkongsi bahawa dia sedang bersemangat membuat persiapan untuk keluaran album solonya dan meminta jangkaan tinggi dari orang ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Warganet di Singapura rata-rata terkejut apabila satu video yang menunjukkan sebuah trak melanggar dua buah kenderaan menjadi tular di media sosial para pengguna dari negara itu.
Video yang menunjukkan kemalangan di persimpangan Robinson Road dan McCallum Street itu telah mencetuskan kegusaran dek kerana lokasinya di kawasan Central Business District (CBD) yang sememangnya sibuk pada hari-hari bekerja.
Trak tersebut dilihat dipandu melawan arus trafik di laluan sehala McCallum Street. Manakala dua kereta terbabit dilanggar hingga terkeluar daripada pandangan video.
Rupa-rupanya..
Kemalangan itu hanyalah sebahagian daripada babak penggambaran drama bersiri Korea akan datang berjudul Little Women yang dibintangi oleh Wi Ha-joon (Squid Game, Bad & Crazy) dan Kim Go-eun (The King : Eternal Monarch, Goblin).
(Dari kiri) : Wi Ha-joon dan Kim Go-eun.Sumberr Foto : Straits Times
Demi memastikan keselamatan orang ramai yang berada di situ terjamin, sebahagian daripada Robinson Road dari Capital Tower hingga Lau Pa Sat telah ditutup Ahad lalu.
Disebabkan penggambaran babak ini juga, bas awam yang selalu menggunakan jalan tersebut juga terpaksa ‘melencong’ ke jalan lain selama beberapa jam.
Peminat Tidak Gentar
Sementara itu, menurut laporan Strait Times para peminat dua pelakon tersebut dan peminat dunia K-drama tidak menghiraukan babak menakutkan itu dan dilihat gigih berkumpul di kawasan CBD Singapura dengan harapan dapat melihat kelibat dua pelakon kegemaran mereka.
Pelakon Little Women, Wi Ha-joon (seluar putih) dan Kim Go-eun dilihat berada di sebuah kawasan perumahan kondominium di Singapura pada 1 Julai lalu.
Kim Go-eun yang baru sahaja menyambut hari kelahiran ke-31 dilaporkan berada di Robinson Road dalam persalinan merah jambu. Namun, ada juga warganet yang percaya itu hanyalah pelakon stun bagi wataknya sahaja. Manakala Wi Ha-joon tidak pula ditemui.
Little Women bakal ditayangkan bermula Ogos ini di saluran tvN dan Netflix.
Menarik juga kan apabila produksi K-Drama kini memilih negara-negara Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada lokasi penggambaran mereka. Agaknya, bila pula Kuala Lumpur akan muncul dalam babak K-Drama ya?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk menjadi seorang selebriti di Korea, mereka perlu mengamalkan rutin diet yang sangat ketat bagi mengekalkan bentuk tubuh badan ideal di hadapan peminat.
Yuna ITZY sentiasa terkenal dengan pinggang dan susuk tubuhnya yang ramping, disamping kelincahannya beraksi di atas pentas. Susuk tubuh ‘hour glass’ yang dimiliki sering menjadi perhatian dan menimbulkan iri hati dikalangan peminat wanita.
Walaupun ramai tahu tentang gaya hidup gadis ini yang sentiasa bersenam dan makan makanan berkhasiat, namun penampilan terbaharu Yuna menerusi video fancam menimbulkan kerisauan peminat.
Gadis itu kelihatan lebih kurus kerana sewaktu Yuna menari, peminat dapat melihat tulang rusuknya yang jelas menunjukkan betapa kurusnya penyanyi kpop ini.
Malah peminat berharap agar syarikat pengurusan mereka memantau tahap kesihatan Yuna dengan teliti memandangkan gadis itu masih di usia belasan tahun. Dalam usia yang masih muda, peminat risau sekiranya Yuna berasa tertekan dalam industri hiburan yang begitu mencabar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!