Baru-baru ini, usaha pelakon Datin Seri Umie Aida dan usahawan kosmetik Datuk Alha Alfa membuahkan hasil apabila berjaya mengumpul dana kutipan sebanyak RM300,000 menerusi program Bersamamu Rafah bagi membantu meringankan beban rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis Israel.
Program itu dianjurkan oleh Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (PEKAA) dengan kerjasama Musolla Aisya. Dan menurut penaung Musolla Aisya, Datin Seri Umie Aida berkata, pihaknya mensasarkan kutipan dana sebanyak RM500,000 untuk Tabung Bersamamu Rafah.
“Alhamdulilah Datuk Alha selalu menyokong dan kami bekerjasama sejak tahun lalu iaitu dalam program bersama berkaitan Palestin juga” – Umie Aida
“Kami berharap agar rakyat Malaysia dapat bersama-sama menjayakan usaha ini. Setiap sumbangan yang diberikan akan membawa sinar harapan kepada saudara kita di Rafah yang menghadapi pelbagai kesukaran” – Umie Aida
Jelasnya lagi, tabung Bersamamu Rafah itu akan mengumpul kutipan dana bermula hari ini sehingga 8 Jun.
Ads
Kredit: Instagram @alhaalfa
Sementara itu, Datuk Alha Alfa selaku penaung Penubuhan Erat Kasih Alha Alfa berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran semua pihak untuk menyertai acara itu dan menyumbang kepada Tabung Bersamamu Rafah. Pihaknya juga turut menyumbang sebanyak RM150,000 hasil kutipan jualan produk di platform Tiktok.
Ads
“Marilah kita berganding bahu untuk membantu mereka yang memerlukan dan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang sesama manusia” – Alha Alfa
Kerjasama strategik ini juga disokong oleh rakan kolaborasi, Cinta Gaza Malaysia dan AICT Global dalam memastikan matlamat kutipan dana ini dapat dicapai. Tidak ketinggalan, pengasas produk, perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang turut serta memberi sokongan terhadap inisiatif mulia ini.
Ads
Program Bersamamu Rafah ini juga diserikan dengan kehadiran 80 orang selebriti dan pempengaruh seperti Zizi Kirana, Kaka Azraff, Beto Kusyairy, Vanidah Imran, Lufya, Fouziah Gous, Lan Pet Pet dan ramai lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 23 tahun, Haqiem Rusli merupakan salah seorang penyanyi dan selebriti yang wajar diberikan pujian atas pelbagai kejayaan yang diperolehinya dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada tahun 2020 saja, Haqiem mencapai sasaran ‘jackpot’ apabila mengungguli dua buah acara anugerah sebagai pemenang utama di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan Anugerah MeleTOP ERA hasil undian peminat.
Kata Haqiem semasa bertemu REMAJA hari ini di sesi penggambaran program Melodi Xtra, 2021 adalah tahun untuknya terus meluaskan lagi cita-cita dan impian dalam industri seni.
Namun Haqiem tidak keseorangan pada tahun ini apabila adiknya, Zali Rusli telahpun mula mengorak langkah dalam bidang lakonan menerusi drama Bidadari Salju yang kini ditayangkan di slot Akasia TV3.
Pada usia semuda 16 tahun, Zali juga pernah mempromosikan lagu berjudul Pewangi pada tahun lalu; menerusi label yang sama dengan Haqiem iaitu FMC Music.
Sebagai abang yang terlebih dahulu telah makan garam, tentunya Haqiem tak terkecuali daripada memberikan nasihat kepada Zali.
“Saya nasihatkannya dia selalu untuk jangan takut dengan orang. Saya faham dia pemalu, saya pun pemalu juga. Tapi apa yang lebih penting untuk berada dalam industri ini adalah niat. Kedua, kalau sesuatu yang kita buat itu adalah perkara yang betul, pertahankan.
“Saya harapkan perasaan malu dia hanya pada peringka permulaan saja, terutamanya bila berada di hadapan kamera. Bila melihat dia sekarang, saya teringat pula dengan diri sendiri dahulu. (Saya) malu juga dulu,” imbas Haqiem.
Selain memberikan sokongan, Haqiem sedikit sebanyak turut memberikan panduan kepada Zali untuk bertapak sebagai pendatang baharu. Perkara sekecil menjaga posting dan feed di media sosial juga dititik beratkan.
“Saya meminta dia melihat perjalanan karier saya dan belajar daripada mana-mana kesilapan (yang pernah dilakukan). Adik kan, mestilah saya perlu sokong dia dari belakang.”
“Sekarang Tiba Giliran Zali”
Menurut Haqiem, cita-cita Zali untuk bergelar anak seni tidaklah terlalu ketara pada permulaan. Minat itu diasah oleh ibu mereka sendiri yang suatu ketika dahulu ingin menjadi seorang penyanyi.
“Pada zaman dulu tak ada banyak peluang seperti sekarang. Jadi bila jatuh kepada anaknya, emak suka. Saya ingat lagi dulu, emak akan bawa saya sertai pertandingan nyanyian sejak darjah dua. Pertandingan nyanyian pertama saya, saya jadi juara.
“Walaupun saya tak nak pada waktu itu, tapi emak yang buatkan saya berminat untuk mencuba. Beliaulah yang membuka mata dan jiwa saya tentang apa itu muzik. Dan sekarang tiba giliran Zali,” kongsinya.
Dorongan dan restu seorang ibu itu ternyata penting dan akan terserlah dalam kejayaan anak-anak. Mana tahu dengan usaha dan bakat yang ada, Zali akan mengikut jejak langkah Haqiem memenangi hati juri dan peminat.
Dalam pada itu, Haqiem meluahkan rasa teruja dengan pelancaran muzik video rasmi untuk lagu terbaru, ‘Mimpi’. Ia juga merupakan runut bunyi utama untuk drama Bidadari Salju yang kian popular di saluran TV3.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seluruh dunia turut berduka diatas pemergian 53 kru kapal selam KRI Nanggala-402 setelah Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengesahkan kapal tersebut telah telah tenggelam. Rentetan daripada kes ini, mungkin ramai yang ingin tahu serba sedikit bagaimana sebenarnya keadaan kapal selam berfungsi di dasar laut.
Bagi memberi gambaran terhadap kehidupan di dalam kapal selam, ada beberapa filem tentang kapal selam yang boleh korang tonton. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Kursk
Filem ini menjadi viral di media sosial setelah berita kapal selam KRI Nanggala-402 diketahui umum. Kursk merupakan filem yang diadaptasi daripada kisah benar tentang bencana kapal selam K-141 yang berlaku pada tahun 2000 semasa latihan tentera laut Rusia di Laut Barents.
Sebuah letupan telah berlaku menyebabkan kapal selam itu tenggelam dan membunuh 118 kru kapal, sementara 23 lagi terselamat. Namun, bantuan tidak datang dengan mudah bagi mereka yang masih hidup kerana pemerintah Rusia menolak bantuan daripada orang asing.
2. Hunter Killer
Filem ini berkisarkan tentang misi kru kapal selam Amerika Syarikat untuk menyelamatkan Presiden Rusia yang telah diculik. Kes penculikan itu telah mencetuskan Perang Dunia Ke-2. Kapten Joe Glass (Gerard Butler) harus menuju ke lokasi di mana kapal Rusia tenggelam.
Filem ini diangkat daripada novel berjudul Firing Point yang ditulis Don Keith dan George Wallace.
3. The Wolf’s Call
Dibintangi oleh Harisson Ford dan Liam Neeson, file mini menceritakan tentang seorang kapten kapal selam, Alexi Vostrikov ditugaskan untuk mengambil alih tugasan komando kapal selam nuclear K-19.
Namun, setelah menggendalikan misi tersebut, banyak masalah yang timbul dan kapal selam itu boleh meletup dan mengancam penumpang.
4. Black Sea
Jude Law berperanan sebagai kapten kapal selam yang menjadi penganggur setelah dipecat oleh syarikat penyelamat. Dia kemudiannya dilantik untuk menyertai misi mencari kapal selam yang tenggelam di dasar Laut Hitam yang dikhabarkan mempunyai muatan emas. Dia mengumpulkan kru pelaut untuk tugas tersebut, namun semakin dekat dengan emas, semakin sedikit kepercayaan yang ada antara satu sama lain.
5. Down Periscope
Tom Dodge (Kelsey Grammer) seorang tentera Angkatan laut yang sering dipandang rendah. Suatu hari, dia dilantik untuk bertanggungjawab dalam menggendalikan sebuah kapal tua. Demi mempertahankan reputasinya di Angkatan laut, Tom harus berhadapan dengan masalah dan individu yang menjadi pesaingnya.
6. Greyhound
Berdasarkan karya C.S Forester “The Good Shepherd”, filem ini berlatar belakangkan pada masa awal Perang Dunia II. Dalam tugas pertamanya untuk memusnahkan kapal Tentera Laut Amerika Syarikat, Greyhound, Kapten Ernest Krause mengetuai 37 kapal bersekutu untuk menyeberangi Altlantik Utara yang berbahaya ketika dikejar oleh kapal-kapal Nazi Jerman.
Okay ada banyak list untuk kita tonton ni. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Francais filem adiwira Avengers oleh Marvel Cinematic Universe (MCU) kembali menemui peminat di pawagam bermula minggu ini.
Selepas trailer Avengers: Infinity War ditayangkan sekitar bulan lalu, ramai yang merasakan tak sabar untuk menontonnya! Seperti kebanyakan filem adiwira, pasti akan ada babak yang korang terlepas atau tak sempat ‘nak tangkap’.
Oleh itu, sebelum ke pawagam nanti, REMAJA nak ‘warning’ korang dahulu mengenai 6 perkara menarik tentang Avengers: Infinity War kali ini.
* * * * *
01
Sut baru Spiderman
Filem Avengers ini akan menyaksikan banyak perkara baru berlaku kepada Peter Parker dan Spider-Man. Antaranya adalah sut baru Spider-Man yang diperbuat daripada iron, iaitu versi updated berbanding imej sut di dalam komik.
Disebabkan oleh material tersebut, ‘Iron Spider’ akan memiliki beberapa kuasa baru namun identitinya masih kekal sama.
* * * * *
02
Hulk Juga Dapat Kostum Baru
Dr Bruce Banner telah memberi amaran bahawa jika dia sekali lagi bertukar menjadi Hulk, dia boleh kehilangan nyawa. Disebabkan situasi tersebut, gajet bernama Hulkbuster telah diperkenalkan oleh Tony Stark agar Banner boleh menggunakannya semasa berhadapan dengan peperangan besar – mungkin dengan Thanos.
* * * * *
03
Cape Milik Thor Kembali
Mungkin disebabkan terlalu fokus kepada wajah kacak Thor lakonan Chris Hemsworth dalam beberapa filem Marvel sebelum ini, ramai yang terlupa akan kewujudan kain adiwira atau cape pada badan Thor.
Namun, kami masih keliru mengapa Thor kehilangan cape-nya dalam Ragnarok tetapi memakainya kembali sebagai senjatanya dalam filem Infinity War ini? Ada yang berkata kemungkinan Thor memperoleh senjata baru yang masih dirahsiakan dalam trailer Infinity War.
* * * * *
04
Siapa Gamora Sebenarnya?
Dalam filem Guardians of the Galaxy, ramai menyangka Gamora adalah seorang villain kerana dia diperkenalkan sebagai anak perempuan kepada Thanos. Namun, cerita di sebalik hubungan Thanos dan Gamora baru diketahui.
Thanos mengambilnya sebagai anak angkat setelah dia melenyapkan kesemua kaum kerabat Gamora untuk merebut takhta. Thanos kemudiannya menjadikan Gamora sebagai deadly assassin.
* * * * *
05
Ini Yang Dicari Oleh Thanos
Setelah Marvel mengesahkan bawah kapal yang ditunjuk dalam adegan post-credit dalam Ragnarok sememangnya merupakan milik Thanos, ada sebab mengapa Thanos kembali semula dalam filem terakhir ini.
Dia inginkan Cosmic Cube iaitu the Tesseract. Namun, Thanos mendapati bahawa Tesseract itu bukanlah Space Stone namun hanyalah container yang mengandungi Space Stone di dalamnya. Disebabkan itulah, Thanos dilihat menghancurkan Tesserect.
* * * * *
06
Korang Pun Boleh Memiliki ‘Senjata’ Avengers Baru
O M G
Mana aci Spiderman, Thor, Iron Man dan yang lain-lain dapat barangan baru, kita pun nak!
Disebabkan ini merupakan filem istimewa Avengers, Acer telah melancarkan koleksi laptop istimewa. Sebanyak 3 buah laptop dengan tema Avengers boleh korang dapati bermula bulan ini.
Ia termasuklah Aspire 6 – Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America; Nitro 5 – Marvel Avenger;s Infinity War Thanos Edition dan Swift 3 – Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man Edition.
Malaysia adalah salah satu daripada 8 negara Asia Pasifik yang terpilih untuk keluaran istimewa ini tau!
Selain daripada rekaan yang menepati citarasa peminat komik Marvel, 3 buah laptop ini juga memenuhi ciri-ciri teknologi yang diperlukan oleh pengguna. Antara termasuklah skrin HD 15.6 inci dengan teknologi IPS dan wide angle viewing. (Captain America Edition – RM3,299)
Acer Aspire 6: Captain America Edition.
Untuk Nitro 5 pula, ia merupakan gajet terbaik bagi para gamer yang inginkan experience bermain yang memuaskan. Selain teknologi bunyi Dolby Audio Premoum dan Acer TrueHarmony, ia juga mempunyai teknologi Acer Coolboost yang merendahkan suhu dengan berkesan. (Thanos Edition – RM4,299).
Acer Nitro 5: Thanos Edition.
Akhir sekali ialah Swift 3 yang memberikan experience menggunakan laptop yang terbaik. Lengkap dengan skrin HD 14-inci, lampu belakang pada keyboard bagi yang suka membuat kerja dalam bilik gelap dan juga Precision Touchpad besar lagi selesa. (Iron Man Edition – RM4,399)
Acer Swift 3: Iron Man Edition.
* * * * *
Bagi korang yang sememangnya tercari-cari laptop edisi istimewa ini, korang boleh ke stor Acer seluruh Malaysia. Bagi yang berada di Lembah Klang tu, jangan lupa juga untuk singgah ke Sunway Pyramid pada 26-29 April ini kerana Acer Malaysia akan berada di sana bersama laptop Avengers ini.
Namun, kalau korang rasa macam – hhm – BERTUAH JE, why not korang join peraduan mudah kami di bawah. REMAJA ingin memberikan sebuah laptop Acer Aspire 6 – Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America Edition.
Terma & Cara Penyertaan
01 Tonton video Facebook Live Review ACER X Avengers: Infinity War di Facebook Majalah Remaja bermula jam 6.30 petang hari ini (25 April 2018).
02Jawab soalan di bawah. Hantarkan jawapan korang serta butiran peribadi secara Direct Message (DM) ke Instagram @majalahremaja.
Soalan 01
Namakan 2 spesifikasi yang disebut tentang laptop Acer Aspire 6 – Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America Edition.
Soalan 02
Nyatakan berapa kali perkataan ACER disebut oleh team REMAJA di dalam video Facebook Live Review tersebut.
Butiran Peribadi
Nama Penuh, Nickname, Nombor Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon, Email, Akaun Instagram, Akaun Facebook.
*Data peribadi hanya untuk simpanan Majalah Remaja. Ia tidak akan digunakan secara melulu untuk tujuan lain.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Mei 2018. Pemenang akan dihubungi oleh pihak Majalah Remaja dan semua keputusan adalah muktamad. Good luck dan enjoy menonton Avengers: Infinity War okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!