Di sebalik kecemerlangan dan dunia glamor milik penyanyi pop Amerika Syarikat, Britney Spears, seluruh dunia dikejutkan dengan kisah sebenar yang perlu dihadapi oleh penyanyi kesayangan ramai itu selama 13 tahun yang lalu.
Setelah episod ‘meltdown’ Britney sekitar tahun 2007, di mata peminat, Britney telah ‘dilindungi’ oleh ayahnya Jamie Spears dan beliau kembali bangkit setahun dua selepas itu untuk terus menjadi Britney yang kita kenali sekarang.
Namun, dalam tempoh kebangkitan Britney selama ini, rupa-rupanya beliau terperangkap dalam pengurusan ayah dan keluarganya sendiri hinggakan dia tidak mampu mempunyai keputusan sendiri dalam pelbagai aspek kehidupan.
Jun lalu, Britney mula menentang ayahnye menerusi perbicaraan mahkamah secara maya telah berkongsi pengalaman negatifnya selama ini. “Saya ingin didengari, saya inginkan perubahan dan saya ingin ke hadapan. Saya layak menerima perubahan, saya hanya inginkan kehidupan saya semula.”
Ads
“Cukuplah 13 tahun ini..”
“Lebih banyak keburukan daripada kebaikan yang telah saya perolehi.. saya terasa seperti dipergunakan oleh mereka (keluarganya), saya terasa dibuli.. dipinggirkan dan kesunyian. Saya sudah penat merasa sunyi,” keluhnya.
Kempen #FreeBritney atau Bebaskan Britney mula kedengaran sejak pertengahan tahun ini. Britney turut menggunakan akaun media sosialnya terutama di Instagram untuk membongkarkan satu-persatu perkara yang tidak dipersetujui olehnya selama diuruskan oleh ayahnya.
Akhirnya selepas berbulan-bulan cuba untuk melepaskan diri daripada cengkaman mereka yang bertindak pentingkan diri sendiri serta menjadikan Britney sebagai ‘objek’ penjana pendapatan dalam dunia hiburan, semalam Britney menerima berita gembira. Lapor Variety, Britney kini tidak lagi berada di bawah penjagaan ayahnya, Jamie.
Ads
Bagaimanapun, itu tidak bermaksud ia akan berkuatkuasa serta-merta. Kata Jamie Spears, dia hanya akan melakukannya apabila ‘sampai waktu tepat’.
Keputusan ini sekurang-kurangnya memberi harapan kepada peminat Britney yang sedaya upaya menghidupkan kempen #FreeBritney selama ini untuk melihat idola pop mereka itu bebas. Apa yang REMAJA fahami sekarang, Jamie sedang dalam tempoh transisi untuk menyerahkan tugas penjagaan Britney kepada pihak lain.
Sementara itu, siasatan terhadap tuduhan kononnya ayah Britney dan keluarga mengambil berjuta-juta dollar daripada aset estet Britney tetap akan diteruskan oleh wakil peguamnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berbakat besar, Amir Ahnaf mendedahkan dia hanya diberi masa tiga minggu sahaja untuk menguasai bahasa Indonesia bagi menjayakan filem terbaharu lakonannya, The Parcel yang bakal ditayangkan kelak.
Menurut pelakon berusia 24 tahun itu, walaupun menzahirkan kerisauan dengan penerimaan penonton, dia bagaimanapun tidak sabar untuk karya seram tersebut ditayangkan di kedua buah negara.
“Ada satu filem seram lakonan saya iaitu The Parcel di mana karya itu saya berlakon di Indonesia dan seluruh jalan cerita saya akan ‘ngobrol’ dalam bahasa Indonesia.
“Ya, sudah semestinya saya agak risau juga dengan penerimaan penonton tetapi pada masa sama saya tidak sabar untuk filem itu ditayangkan di pawagam Malaysia dan Indonesia,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, bekas peserta Hero Remaja 2021 itu turut berkongsi dia mengambil masa seminggu untuk merasai kehidupan di sana selain mempelajari bahasa ibunda negara seberang itu.
“Sebenarnya, saya diberi masa lebih kurang dalam tiga minggu sahaja untuk menguatkuasa bahasa Indonesia.
“Selain itu, saya ambil satu minggu ke sana untuk script reading dan merasai kehidupan di sana.
“Setiap malam saya keluar, santai dan mengambil pendekatan untuk berborak dengan orang tempatan apabila saya berpeluang untuk menaiki Grab,” kongsinya lagi.
Selain Amir, The Parcel juga menampilkan seorang lagi pelakon dari Malaysia, Nora Danish dan turut dibintangi oleh pelakon Indonesia berkaliber seperti Atiqah Hasiholan, Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan.
Terdahulu, beberapa bekas finalis Hero Remaja dan Dewi Remaja juga pernah diberikan kesempatan untuk membuka langkah ke Indonesia termasuklah Meerqeen dan Anna Jobling.
Pelakon terkenal Korea Selatan, Jang Geun Suk baru-baru ini berkongsi bahawa dirinya telah didiagnosis penyakit kanser tiroid pada tahun lalu dan selamat menjalankan pembedahan dengan hasil yang lebih baik.
Hal tersebut pernah dinyatakan oleh pelakon berusia 37 tahun itu melalui video di Youtube peribadinya yang bertajuk ‘Hai Ini Jang Geun Suk, Ada Yang Ingin Saya Akui’.
Difahamkan, video tersebut telah dirakam dan dimuat naik dua(2) minggu selepas Geun Suk selesai menjalankan pembedahan dan menyatakan dia tidak mahu berkongsi hal tersebut lebih awal kerana tidak mahu membuat para peminat risau dengan keadaannya.
Kredit: Youtube Jang Geun Suk
Dalam pada itu, agensi Jang Geuk Suk, Craft 42 Entertainment turut mengeluarkan kenyataan berbunyi,
“Pelakon Jang Geun Suk telah didiagnosis penyanyi kanser tiroid pada Oktober lalu. Selepas mendapatkan konsultasi dengan doktor. Geun Suk segera menyelesaikan sebahagian aktiviti yang dijadualkan.”
Tambah mereka di dalam sebuah kenyataan, “Dia juga sudah menjalankan pembedahan pada bulan Mei dan kini berada dalam keadaan yang baik.”
Sementara itu, Geun Suk berkata, “Saya sudah selesaikan semuanya dengan baik dan keadaan kesihatan saya sudah kembali pulih. Sekarang, saya juga akan lakukan yang terbaik untuk menjaga kesihatan dengan menjalankan ujian secara rutin (3 bulan sekali) untuk memantau keadaan dari masa ke semasa.”
Dalam perkembangan terkini, Jang Geun Suk kembali dalam siri original terbaru Netflix 16 episod yang sudah pun ditayangkan sejak 6 Ogos berjudul ‘The Influencer’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berkaliber Azhar Sulaiman, tampil berpendapat sekiranya ada selebriti yang merosakkan perniagaan Bazar Raya, penyelesaiannya adalah dengan menyaman mereka mengikut undang-undang.
Perkara tersebut dikongsikan Azhar menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.
“Kalau mana-mana selebriti telah merosakkan perniagaan Bazar Raya anda? Saman selebriti itu,” tulisnya.
Pelakon naskhah hit Projek: High Council itu juga menzahirkan rasa hairan dengan sikap orang ramai yang terus memberikan sokongan kepada artis atau selebriti yang tiada integriti dan berkelakuan tidak bermoral secara terbuka di tempat umum.
Dalam pada itu, Azharturut mempersoal tahap rasional pihak penganjur yang berterusan menjalinkan kerjasama dengan artis bermasalah.
“Behar (panggilan Azhar) sangat pelik kenapa masyarakat masih memberikan tempat dan ruang kepada artis atau selebriti yang tidak mempunyai akhlak yang baik dan sentiasa mencarut dan memaki hamun orang lain di media sosial.
“Kenapa kamu semua masih bagi dia muka? Awak rasa dia kelakar kan?
“Dalam hal ini, orang yang mash berkolaborasi dengan artis itu yang kena buat pemeriksaan kepala. Awak sakit!” coretnya panjang.
Sebelum ini, tular sebuah klip video yang menampilkan Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA sedang melakukan persembahan tarian ala dangdut Arab di atas pentas pada bulan Ramadan.
Ekoran penularan video tersebut, Karvival Fiesta Raya Baling 2024 di Kedah terpaksa ditutup sekaligus menyebabkan ramai peniaga kerugian ribuan ringgit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Azhar Sulaiman
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!