Bukan mudah apabila seseorang itu bergelar anak kepada adik seorang superstar bernama Britney Jean Spears.
Disebabkan tekanan yang boleh dirasai itu, Maddie Aldridge mengambil jalan untuk tidak mendedahkan diri secara keterlaluan di media sosial. Baik di Instagram mahupun TikTok, kelihatannya seakan tiada akaun rasmi yang dimiliki oleh Maddie. Mungkin inilah langkah terbaik untuk ahli keluarga Spears menjauhi tekanan daripada kontroversi yang selalu melanda keluarga mereka.
Mengenali dari jauh insan bernama Maddie Aldridge ini, remaja berusia 13 tahun ini merupakan anak sulung kepada Jamie Lynn Spears (adik penyanyi, Britney Spears) dan Casper Aldridge. Kalau korang masih ingat padazaman kegemilangan Britney dahulu, Jamie dan Casper pernah mencetuskan berita terhangat di Hollywood setelah Jamie hamil dengan kandungan sulungnya pada usia 16 tahun. Pejam celik, bayi tersebut telahpun menginjak ke alam remaja!
Ads
Baru-baru ini, Jamie Lynn telah berkongsi foto bersama Maddie bersempena majlis graduasinya daripada ‘middle school’ di sana berserta kapsyen, “High Schooler”. Jarang-jarang sebenarnya foto Maddie muncul dalam akaun Instagram ibunya itu.
Ads
Jelas, Maddie telah membesar dengan cukup sempurna dan kini berdiri pada ketinggian melebihi ibunya sendiri! Rasanya, ketinggian Maddie juga jauh melebihi ketinggian ibu saudaranya, Britney Spears.
Ibu saudara Maddie, Britney Spears sewaktu berusia 13 tahun.Jamie Lynn Spears pada usia 13 tahun. Sama tak dengan anak daranya?
Terdahulu, Maddie juga pernah muncul dalam satu lagi foto Instagram Jamie Lynn bersempena pencapaian Maddie dalam acara sukan. Kongsi Jamie Lynn, anaknya itu sememangnya gemar bersukan dan bijak membahagikan masa antara pelajaran dan kegiatan aktif.
Ads
Kesemua perkembangan positif mengenai Maddie ini hadir selepas tempoh lima tahun daripada detik hitam yang pernah berlaku kepadanya.
Pada tahun 2017, Maddie terlibat dalamsatu kemalangan semasa menunggang kenderaan lasak ATV di mana dia dilaporkan terperangkap di bawah air dan hampir menempah maut. Dalam satu kenyataan oleh Jamie Lynn, Maddie yang terselamat tanpa sebarang kecederaan tetap pada bahagian otak dan fizikal merupakan sebentuk ‘wake up call’ untuk keluarganya saling menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain.
REMAJA berharap agar Maddie dan adiknya, Ivey Spears terus terhindar daripada kesan populariti Hollywood yang menghantui keluarga tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut nama Spider pasti akan teringat-ingat lagu Relaku Pujuk yang sangat popular satu ketika dahulu sehinggakan lagu itu dinobatkan sebagai lagu terbaik Anugerah Juara Lagu ke-19.
Sebentar tadi menerusi laporan Astro Awani, bekas pemain bass kumpulan Spider, Tony Iskandar, telah meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi ketika sedang berehat di Studio Luncai Emas milik komposer dan penyanyi terkenal, Dato’ M. Nasir.
Berita tersebut telah dikongi rakan artis, Along Exist dalam satu hantaran di Instagram. Menurutnya, “Inna Lillahi wa inna ilayhi aji’un. Al-fatihah buat Tony Iskandar pemain bass kumpulan Spider telah meninggal dunia. Saya sedang melawat jenazah di Luncai Emas dan menunggu pihak hospital tiba, semoga semuanya dipermudahkan urusan.”
.
Ketika zaman kemuncak kumpulan Spider, selain Tony, kumpulan itu turut dianggotai oleh Tam selaku vokalis, Aie selaku pemain dram, dan Nafi selaku pemain gitar utama. Antara lagu-lagu lain yang dipopularkan oleh kumpulan ini seperti Kasihku Latifah dan Laukku Cukup Masin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Datin Intan Najuwa tampil berkongsi detik awal percintaan bersama suami tercintanya, Datuk Ahmad Azraf Azman.
Menerusi satu sesi soal jawab (Q&A) bersama sebuah jenama produk suplemen, pelakon drama popular Saat Kau Takluk Cinta Ini memaklumkan dia mula berkenalan bersama cinta hatinya itu menerusi satu pertemuan bersama rakan-rakannya.
“Saya kenal dengan suami dari kawan dan kenalan rapat, kami berjumpa dan dari situlah kami mula berkenalan.
“Sudah tentu suami saya yang mengorat saya dahulu. Hello, kita perempuan, kenalah lelaki mengorat kita dulu,” kongsinya.
Ketika ditanya mengenai perancangan untuk menimang cahaya mata, gadis berusia 27 tahun itu memaklumkan dia mahu menimang sekurang-kurangnya tiga orang zuriat.
“Saya nak anak maksimum tiga orang tetapi kita bergantung kepada rezekilah,” jawabnya lagi.
Sekadar informasi, Intan dan Azraf selamat mendirikan rumah pada tanggal 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah terletak di Johor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kontroversi besar melanda dunia fesyen dan sukan baru-baru ini apabila model terkenal, Bella Hadid telah dipecat dari Adidas atas kontroversi yang melibatkan sokongannya terhadap Palestin.
Ia susulan Adidas melancarkan iklan terbaru mereka sempena peringatan Olimpik Munich 1972, di mana Bella Hadid dipilih sebagai model untuk mempromosikan kasut sukan SL72 yang pertama kali dilancarkan pada acara tersebut.
Walau bagaimanapun, kempen yang sepatutnya meriah itu berubah menjadi sebuah kontroversi apabila Israel mengkritik pemilihan Bella Hadid sebagai model Adidas.
Kredit: Elle
Kritikan itu berlandaskan 11 atlet Israel dibunuh oleh penyerang Palestin ketika suatu tragedi berlaku di Munich. Israel turut menuduh Bella Hadid sebagai anti-semitik dan menyatakan bahawa pelantikannya sebagai model itu tidak patut berlaku.
Disebabkan desakan dan tekanan daripada pelbagai pihak, termasuk di media sosial yang menyuarakan rasa kurang senang terhadap jenama terkenal itu. Adidas telah mengambil keputusan mendadak dengan ‘memecat’ atau membatalkan Bella Hadid dari mana-mana kempen iklan mereka.
Dalam pada itu, sebarang bentuk promosi yang melibatkan Bella, bermula dari poster hingga video telah ditarik semula secara berperingkat.
Kredit: Page Six
Jenama Adidas juga turut mengeluarkan permintaan maaf kepada model berusia 28 tahun itu atas insiden yang berlaku. Mereka turut menyatakan bahawa mereka khilaf dan tidak sedar implikasi sensitif daripada pemilihan Bella sebagai model.
Meskipun begitu, Bella Hadid tetap mendapat sokongan dari orang ramai dan kini Adidas pula telah mendapat kritikan ramai pihak.
Susulan itu, Bella Hadid dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang selepas dipecat sebagai model Adidas. Model itu turut berpendapat bahawa Adidas telah gagal bertanggungjawab atas keputusan mereka dan telah memburukkan nama baiknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persahabatan WOODZ Jennie akhirnya terbongkar selepas 10 tahun, mendedahkan kisah sebenar hubungan mereka sejak zaman sekolah yang menyentuh hati peminat.