Siapa sangka pada usia baru enam tahun, seorang kanak-kanak lelaki bernama D Devakshean sudah mencipta sejarah tersendiri yang cukup luar biasa!
Baru-baru ini, Devakshean berjaya mengenal pasti 65 mata wang pelbagai negara dalam masa hanya satu minit, sekali gus melayakkan namanya tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori ‘Most Foreign Currencies Identified by a Child in One Minute’.
Bukan itu sahaja, si cilik ini juga menerima pengiktirafan antarabangsa daripada British World Recordselepas berjaya mengingati mata wang dari 200 negara dalam masa 11 minit 45 saat. Hebat, kan?
Bakat Sejak Usia Setahun
Menurut ibunya, Devamalar, 37, bakat luar biasa Devakshean mula dikesan sejak usianya baru setahun lagi.
“Sejak dia kecil lagi, memang kami nampak kebolehan luar biasa dia. Bila tunjuk gambar atau bendera, dia cepat ingat. Dari situ kami mula latih dia,” kata Devamalar.
Malah, katanya lagi, ketika Devakshean baru berusia dua tahun, dia telah mencipta rekod dengan mengenal pasti 241 bendera. Dan pada usia empat tahun, dia menyertai cabaran mengenal pasti bendera serta mercu tanda negara pula, sekali lagi mencipta rekod di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Ads
Hafal Sendiri Tanpa Dipaksa
Pasangan suami isteri itu, Devamalar dan A Devakumaran, memberitahu mereka hanya memerlukan sebulan untuk melatih anak mereka sebelum menghadapi cabaran MBOR dan British World Record.
“Kami mula latih dia masa cuti sekolah. Dalam tempoh sebulan, dia sudah bersedia. Jadi kami cuba mohon MBOR dan akhirnya berjaya.
“Dia memang cepat belajar. Kami tak pernah paksa, sebaliknya dia sendiri yang berminat. Kalau kami tak suruh pun, dia akan cari bahan sendiri dan hafal.
Ads
“Daya ingatannya memang luar biasa. Apa sahaja kami tunjuk, dia boleh ingat. Bukan setakat bendera dan mata wang sahaja, banyak lagi yang dia minat. Sebab itu kami mula latih dia sejak umur setahun,” jelas ibunya lagi.
Impian Ke Peringkat Guinness World Records
Devakshean kini sedang mengikuti pendidikan awal kanak-kanak di sebuah sekolah swasta. Namun, keluarganya mempunyai harapan yang lebih besar untuk masa depan si kecil ini.
“Sekarang ini orang belum ramai kenal dia. Saya harap melalui hebahan media ini, lebih ramai tahu tentang dia dan dia dapat peluang ke peringkat antarabangsa.
“Kami juga sedang lihat potensi lain yang boleh dikembangkan. Kami akan kenal pasti bidang apa lagi yang dia minat dan boleh pergi jauh. Kami sudah tahu cara latih dia, jadi kami akan teruskan usaha ini,” katanya penuh semangat.
Majlis pengiktirafan rasmi telah berlangsung di Hotel D’sora Boutique baru-baru ini. Turut hadir, Pegawai MBOR, V Menaga serta Koordinator British World Record di Malaysia, Profesor Datuk Dr S Santharaekaran yang menyempurnakan penyerahan sijil kepada Devakshean.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang pernah mencipta nama menerusi Akademi Fantasia, Nubhan, kembali menjadi tumpuan bukan kerana lagu terbaru, tetapi kerana kejayaan luar biasanya dalam bidang pertanian dan keusahawanan makanan tradisional.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, mendedahkan bahawa beliau kini memiliki ladang seluas empat ekar khas untuk penghasilan produk jenamanya, Sambal Tempoyak Daun Kayu, yang diusahakan bersama ibunya, Mak Jenny.
Hadiah Istimewa Buat Ibu Tersayang
Dalam video tersebut, Nubhan berkongsi momen menyentuh hati apabila beliau membawa ibunya meninjau ladang tersebut yang akhirnya siap dibangunkan setelah hampir dua tahun usaha berterusan.
“Akhirnya Mak Jenny ada ladang sendiri untuk buat Sambal Tempoyak Daun Kayu,” ujar Nubhan sambil memaparkan wajah ibunya yang tersenyum bangga.
Menurutnya, pembukaan ladang tersebut bukanlah suatu proses yang mudah. Pelbagai cabaran termasuk isu tanaman mati dan serangan virus perlu diatasi sebelum mereka benar-benar bersedia menghasilkan sambal secara besar-besaran.
“Saya buat ladang ini sebab kita susah nak dapat daun-daun ini. Jadi kita tanam sendiri. Nak tanam pokok pun kena belajar, pokok mati, pokok kena virus. Tapi sekarang Alhamdulillah, semua cukup untuk pengeluaran produk,” jelasnya lagi.
Akhirnya Mak Jenny dah ada Ladang Sendiri!! Demi utk menghasilkan Sambal Tempoyak Daun Kayu!! 🥰 Jgn lupa masuk live sabtu ni 19hb july jam 8pm ok!! Limited stock tau🙈🙈🙈
Tidak mengambil masa lama, hantaran tersebut mendapat reaksi positif daripada warganet yang rata-rata bangga dan terharu melihat kejayaan anak Melayu yang berjaya mengusahakan sesuatu yang unik dan beridentitikan warisan tempatan.
Ada juga yang menyamakan usaha Nubhan dengan tokoh usahawan muda terkenal, Khairul Aming, yang berjaya membina empayar sambal sendiri.
Inspirasi Untuk Anak Muda
Kejayaan Nubhan ini menjadi satu lagi contoh bahawa anak muda tidak harus takut untuk mencuba bidang baharu, apatah lagi yang berkait rapat dengan warisan makanan dan hasil bumi tempatan.
Dalam era moden yang semakin menghargai kelestarian dan produk organik, pendekatan Nubhan untuk menanam sendiri bahan mentah bagi menghasilkan produk makanan adalah satu langkah bijak dan strategik.
Lebih menarik, beliau bukan sahaja menjaga warisan masakan tradisi seperti Sambal Tempoyak Daun Kayu, malah turut memberi nilai sentimental apabila melibatkan ibu tersayang dalam perjalanan ini.
Anak muda, jangan malu turun ke bendang. Dari tanah, boleh tumbuh impian.
Khabar angin mengenai model terbaharu Perodua Alza 2022 akhirnya terjawab apabila secara rasminya tempahan kini sudah pun dibuka.
Model Alza 2022 ini dilengkapi dengan enjin 1.5 liter 2NR-VE yang dipadankan dengan transmisi D-CVT dengan bacaan penggunaan bahan api 22.0 km/liter (4.5 liter/100km). Ia juga bakal didatangkan dengan ciri brek parkir elektronik (EPB) dan sistem kamera keliling 360 darjah, ciri pertama yang wujud untuk model Perodua. Terdapat tiga varian yang ditawarkan, iaitu X, H dan AV.
Terdapat lima variasi warna iaitu Vintage Brown, Garnet Red, Elegant Black, Glittering Silver dan Ivory White.
Harga jualan pula dianggarkan bermula dari RM62,000 (1.5L X), RM68,000 (1.5L H) dan RM75,000 (1.5L AV), harga yang disebut itu tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Haa, macam mana guys? Kalau kena dengan bajet korang, bolehlah terus buat tempahan model Alza 2022 terbaharu ini ya. Memang berbaloi!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak kurus tapi masih tak jaga pemakanan? Simpan je la angan-angan korang tu kalau susah sangat nak jaga makan.
Menurut apa yang dikongsi oleh Coach Maryam Hafiz, ada 30 menu haram dimakan ketika sedang menjalani program penurunan berat badan yang pastinya membantutkan usaha korang nak kurus.
Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin berkongsi fasa bahagia selepas bergelar isteri, kisah perkenalan dengan Esmeer Mansor serta bagaimana cinta dan kematangan mengubah hidupnya.