Muhamad Ashraf Mohamad Haisham bukan nama asing dalam sukan olahraga paralimpik. Atlet olahraga negara ini menjadi kebanggaan negara dengan kejayaan meraih perak di temasya Sukan Para Asia 2018, selain empat emas, dua perak dan satu rekod Sukan Para ASEAN (APG) setakat ini.
Acara 1,500m lelaki (T46) pada temasya Sukan Para ASEAN 2022 Solo di Stadium Manahan hari ini. (Foto Via Sinar Harian)
Pada hari ini, beliau mengungguli acara 1,500m lelaki T46 (kecacatan anggota) dengan mencatatkan 4 minit dan 33.180 saat di Stadium Manahan, manakala pesaing dari Vietnam Tran Van (4:34.300s) dan King James (4:34.880s) dari Filipina masing-masing mendapat perak dan gangsa.
Ia merupakan pingat keduanya di Solo, selepas merangkul perak acara 5,000m semalam dalam penampilan pertama bagi acara itu.
Keyakinan Untuk Teruskan Hidup
Siapa sangka disebalik kejayaannya, pemuda ini pernah mengakui hampir hilang semangat dan setahun tidak keluar dari rumah akibat kehilangan tangan kirinya, iaitu tangan dominannya lebih kurang 10 bulan sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ads
Malah, Muhamad Ashraf mengatakan kehidupan menjadi sangat mencabar untuk dua tahun seterusnya.
“Mulanya agak susah, saya tidak ke sekolah kerana malu dengan tangan sebelah sebab kawan-kawan yang lain normal. Saya pergi ke (pusat) rehabilitasi, belajar untuk menulis dengan tangan kanan selama enam bulan untuk menduduki SPM.
“Apabila saya menyertai sukan para, (sukan bagi orang kurang upaya – OKU), saya dapat melihat ada yang lebih teruk dari saya, lumpuh, berkerusi roda… Dari situ saya dapat keyakinan untuk meneruskan hidup. Jadi saya nak pesan kepada OKU yang rasa rendah diri, cuba tonjolkan diri, mungkin ada bakat terpendam yang belum terserlah.
Ads
“Apabila kita keluar bergaul dengan orang senasib, kita mendapat motivasi yang lebih. Saya dah lalui perkara ini, jadi saya cuba tonjolkan diri untuk memberi semangat kepada mereka yang senasib,” katanya yang bakal mempertahankan emas acara 800m esok.
Pada penampilan pertamanya di APG Singapura 2015, beliau meraih emas bagi acara 800m dengan rekod kejohanan 2:03.67s dan perak bagi 1,500m, manakala kali terakhir APG diadakan di Kuala Lumpur pada 2017, Muhamad Ashraf menang emas acara 800m dan 1,500m, manakala perak bagi acara 400m.
Tak sabar rasanya untuk melihat Asyraf bertanding nanti!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang ingat lagi tak kisah tragis dan mendebarkan setahun lalu, apabila 12 remaja dan juga pemain bola sepak pasukan Wild Boars bersama jurulatih mereka terperangkap di dalam gua selama 18 hari akibat hujan lebat berterusan sehingga laluan gua dinaiki air.
Foto 12 kanak-kanak yang terperangkap dalam Gua pada tahun 2018
Terperangkap selama 18 hari di dalam gua yang gelap gelita menjadikan kisah mereka sebagai antara kejadian luar biasa dan memberikan inspirasi hebat kepada masyarakat dunia terutamanya golongan remaja. Sikap mereka yang sentiasa positif walaupun berada di dalam situasi yang boleh mengancam nyawa merupakan kini dijadikan inspirasi buat belia di seluruh dunia.
Terkini, salah seorang daripada 12 kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam gua selama lebih dua minggu pada 2018 dilaporkan meninggal dunia di United Kingdom.
Duangpetch yang berusia 17 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di asramanya di Leicestershire pada Ahad.
Duangpetch yang kini berusia 17 tahun dan menyertai akademi bola sepak di United Kingdom
BBC melaporkan bahawa remaja itu menyertai akademi bola sepak di United Kingdom dan meninggal dunia di hospital pada Selasa. Bagaimanapun, punca kematian belum diketahui.
Media sebelum ini melaporkan remaja itu mengalami kecederaan di kepala.
Duangpetch, sebelum ini merupakan kapten “Wild Boars”, bersama 11 rakan sepasukan yang lain serta jurulatih mereka terperangkap dalam Gua Tham Luang di Chiang Rai selama lebih dua minggu.
Duangpetch mendaftar di Akademi Bola Sepak Kolej Brooke House di Leicester akhir tahun lepas selepas mendapat tajaan biasiswa. Sementara itu, Kedutaan British menyampaikan ucapan takziah kepada rakan-rakan dan keluarga Duangphet.
“Sangat sedih atas kehilangan bakat seperti itu,” menurut kedutaan itu menerusi laman Facebooknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya, klip video paling ditunggu oleh peminat bintang pop, Arianna Grande akhirnya dilancarkan awal pagi tadi untuk penonton di Malaysia.
Bukan saja video ‘Thank You, Next’ berdurasi 5 minit ini menjadi perbualan kerana lirik beremosi yang ditulis oleh Ari, tetapi kerana ia dikatakan mempunyai beberapa paparan babak menarik hasi gabungan filem popular remaja seperti ‘Mean Girls’, ’13 Going On 30′, ‘Legally Blonde’ dan ‘Bring It On’.
Setelah menonton video ‘Thank You, Next’ (well, kami dedikasikan masa untuk menonton lebih daripada 10 kali – thank us later), ada 6 perkara tersorok atau easter eggs yang mungkin korang tak perasan. Jom tengok!
Ricky Alvarez
Semasa menyelak ‘Burn Book’ yang menyimpan gambar-gambar bekas teman lelaki dan musuhnya (ref: Mean Girls), Ari berada di muka surat teman lelaki, Ricky yang juga merupakan penari latarnya.
Tertulis komen seperti ‘Good Dancer’, ‘Good Times Man’ dan ‘Friends Forever’. Aww! Walaupun kata-kata tersebut sweet, tetapi Ari tak mengambil masa lama untuk menyelak muka surat seterusnya.
Sis memang dah move on!
Big Sean
Seorang lagi bekas teman lelaki Ari iaitu Big Sean di dalam ‘Burn Book’. Tertulis komen ‘So sweet’ dan ‘So cute’ – typical Arianna. Normal.
Apa yang TAK NORMAL adalah komen seterusnya iaitu ‘Could still get it’. Ouhh, mungkinkah Big Sean akan diberi peluang kedua?
Pete Davidson
Ya, ya. Kalau korang merupakan peminat setia Arianna Grande, pasti korang pernah terdengar mengenai khabar angin tentang betapa – hhm – bertuahnya Pete kerana memiliki ‘aset’ yang besar.
*Okay blushing!*
Ari tak berselindung apabila dia menulis HUUUUGE pada muka surat Pete. Ada juga komen ‘sry I dipped’, lalu menjawab persoalan sama ada Ari yang memutuskan pertunangan mereka, 2 bulan lalu.
Yes she did.
Lagu Baru
Ari juga memperkenalkan beberapa tajuk lagu baru sepanjang klip video ini, kerana dia sememangnya gemar untuk berbuat sedemikian.
Antaranya termasuklah single bertajuk ‘Needy’ (diambil daripada baju-T dengan ayat ‘A Little Bit Needy’ semasa dia berjalan di koridor sekolah.
Semasa Ari tiba di Harvard pula (Ref: Legally Blonde), nombor kenderaan Ari ‘7 Rings’ juga merujuk kepada single barunya.
I’m A Cool Mom!
Yayy! Kris Jenner turut membintangi klip video ini sebagai ibu kepada Regina George.
Penulis pasti, Kris hanya perlu menjadi diri sendiri je untuk babaknya dalam ‘Thank You, Next’ kerana dia sememangnya merupakan seorang Cool Mom, not yout regular mom!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seramai 13,842,928 individu di Malaysia atau 42.4 peratus populasi keseluruhan negara sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat 25 Ogos 2021. Lega sedikit hati bila mengetahui semakin ramai rakyat Malaysia sudah menerima vaksin mereka bagi mengurangkan penularan wabak pandemik ini.
Namun begitu, khabarnya syarikat farmaseutikal Pfizer memohon kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat bagi suntikan atau ‘booster shot’ vaksin COVID-19.
Ha, siapa disini Pfizer clan?
Gambar hiasan
Pfizer menjelaskan suntikan ketiga itu mampu mendorong peningkatan imunisasi tiga kali ganda terhadap virus COVID-19.
Pfizer-BioNTech menyasarkan untuk menyelesaikan penyerahan dokumen permohonan kelulusan menggunakan suntikan ketiga pada individu berusia 16 tahun ke atas pada akhir minggu ini.
Menurut mereka, seramai 306 individu diberikan dos ketiga vaksin antara lima hingga lapan bulan selepas dos kedua menunjukkan tahap imunisasi meningkat tiga kali ganda lebih tinggi selepas suntikan kedua.
Kajian yang belum diterbitkan itu juga turut mendapati kesan sampingan dos ketiga serupa dengan dos kedua, antaranya keletihan ringan dan sederhana serta sakit kepala.
Gambar hiasan
Beberapa negara telah meluluskan suntikan ketiga untuk meningkatkan perlindungan terutamanya golongan rentan.
Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpendapat data mengenai manfaat dan keselamatan berkaitan dos ketiga masih belum dapat disimpulkan.
WHO juga berharap suntikan ketiga ini dapat ditangguhkan bagi memastikan semua negara mendapat akses vaksin yang sama rata.
Khabar ini mendapat reaksi ramai dan masing-masing mempunyai pendapat mereka sendiri.
Apa-apa pun tunggu sahaja keputusan akhir yang diterima nanti ya. Janganlah kita nak berdebat siapa betul dan siapa salah.