Wah, mesti kesemua rakyat Johor berbangga dengan kemenangan tersebut.

 

Anugerah Stadium of the Year merupakan sebuah anugerah yang telah diadakan sejak 11 edisi yang lalu.

Pada setiap tahun, ahli komiti daripada Stadium DB akan menyenaraikan stadium-stadium baharu dari seluruh dunia yang dilengkapi dengan kemudahan canggih, rekaan menarik dan moden serta segala ciri-ciri yang dicari oleh para pemain, pasukan dan penonton bagi menyaksikan perlawanan bola sepak dengan selesa.

Istimewanya bagi edisi 2020, stadium pertama dari Malaysia telah dicalonkan untuk anugerah tersebut. Stadium mana lagi kalau tidak lain tidak bukan Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi kubu kuat pasukan JDT.

Ia telahpun tersenarai sebagai salah satu daripada 20 buah stadium paling menarik sepanjang tahun lalu. Hasil daripada undian orang awam serta juri yang dilantik, Stadium Sultan Ibrahim berjaya dinobatkan sebagai pemenang Stadium of the Year 2020!

IKLAN

Kali Pertama Tercalon, ‘Stadium JDT’ Terus Menang Stadium Of The Year!

Menerusi muat naik di media sosial rasmi JDT, stadium tersebut telah mengatasi beberapa stadium ikonik lain dengan 21,821 undi setelah undian ditutup pada 7 Mac lalu.

Stadium DB pula berkata, lebih separuh daripada jumlah itu datang daripada rantau Asia Tenggara terutamanya dari Malaysia.

IKLAN

Antara stadium yang berjaya ditewaskan olehnya termasuklah Education City Stadium di Qatar, Corum Sehir Stadyumu di Tuki, Batumi Stadium di Georgia, AS, Xi’an OSC Stadium di China dan banyak lagi.

Kali Pertama Tercalon, ‘Stadium JDT’ Terus Menang Stadium Of The Year!

Kali Pertama Tercalon, ‘Stadium JDT’ Terus Menang Stadium Of The Year!

IKLAN

Untuk pengetahuan, pasukan JDT telahpun berpindah ke stadium di bandar Iskandar Puteri ini yang boleh memuatkan seramai 35,000 orang penonton itu pada 22 Februari tahun lalu.

Terletak di atas tapak seluas 11.3 hektar, ia mempunyai teknologi moden lampu spotlight LED dan lampu berwarna-warni yang dipancarkan di bahagian luar stadium.

Selain itu, Stadium Sultan Ibrahim ini juga menggunakan rumput original Zeon Zoysia yang merupakan di antara rumput berkualiti tinggi bagi perlawanan bola sepak serta menerapkan sistem perparitan air yang canggih.

Semua itu adalah hasil rekaan Saadon Architect dan ia memakan kos sebanyak RM200 juta.

Tahniah JDT!

Sumber: BERNAMA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI