
Kedengaran sangat pelik, namun perkara ini benar. Di Korea Selatan, satu fenomena budaya yang unik telah muncul dalam kalangan generasi muda.
ARTIKEL BERKAITAN : Jepun Lantik Menteri Kesunyian Bagi Mengatasi Masalah ‘Hikomori’
Trend ini bukanlah tentang memelihara haiwan atau tanaman, tetapi tentang memelihara batu. Ya, batu. Mungkin terdengar aneh, tetapi ramai anak muda di Korea Selatan telah mendapati ketenangan dan kepuasan dalam mengumpul dan menjaga batu sebagai hobi.

Seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post, separuh daripada penduduk Korea Selatan tinggal bersendirian dan menghabiskan masa dengan bekerja sepanjang hari.
Kesepian telah mendorong anak muda untuk mencari ‘kawan’ dalam bentuk yang berbeza. Namun, berbeza dengan memelihara haiwan seperti anjing dan kucing yang memerlukan banyak perhatian daripada pemilik, sesetengah daripada mereka memilih untuk menyimpan batu.

Batu peliharaan ini bukan sekadar disimpan atau digunakan sebagai hiasan, tetapi diberi nama, diajak berbicara, malah dipakaikan pakaian seperti makhluk hidup. Beberapa pemilik batu bahkan meletakkan batu tersebut di atas katil untuk tidur bersama mereka.
Dalam satu video yang viral di TikTok, batu tersebut boleh dilihat dibalut dengan tuala, dilapisi dengan foundation, disapu dengan solek kening, atau dipasang mata dan bibir palsu.

Trend ini bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat umum tetapi juga di kalangan selebriti termasuk ahli kumpulan idola seperti Seventeen dan Enhypen. Ahli Seventeen, Jeonghan adalah salah seorang yang menyertai trend ini, dan menamakan batu kesayangannya ‘Doljjong’.
Menurut laporan Korea JoongAng Daily pada Julai 2023, pandemik virus corona juga telah mendorong kepopularan batu peliharaan ini. Malah, beberapa idola K-Pop juga secara terbuka mengakui bahawa mereka turut mengikuti tren tersebut.
Adui, macam-macam la dorang ni, dah kenapa bela batu. hiks
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Doktor Ini Buat Tinjauan Tentang Impak PdPR, 43.6% Beri Kesan Negatif Kepada Kesihatan Mental
Sejak tahun lalu, pelajar sekolah terpaksa melalui tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ekoran daripada situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Boleh dikatakan sudah lebih kurang tempoh masa dua tahun ini, pelajar banyak menghabiskan masa belajar di rumah berbanding pergi ke sekolah.
Walau bagaimanapun, kaedah PdPR ini dilihat kurang efektif terhadap beberapa kumpulan individu kerana menghadapi masalah untuk membeli gajet dan keperluan internet.

Seorang doktor yang juga merupakan pensyarah dan ahli psikologi, Dr Rozanizam Zakaria telah pun membuat tinjauan lapangan impak PdPR kepada 1412 responden dan melibatkan 944 pelakar sekolah menengah.
Hasil tinjauan mendapati sebanyak 43.6 peratus melaporkan kesan negatif yang ketara kepada kesihatan mental.


33.5 peratus melaporkan kesan negative ketara kepada kesihatan fizikal dan 43.6 peratus lagi beri kesan negative kepada prestasi akademik.
Antara lima cabaran utama yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
• Susah fokus – 80.4%
• Susah faham subjek – 71.2%
• Tugasan terlalu banyak – 66.6%
• Internet dan peranti – 61.8%
• Hilang minat – 48.6%
Namun begitu, Dr Rozanizam menjelaskan ini bukanlah kajian saintifik, sekadar tinjauan rambang yang dibuat bagi mendapatkan gambaran keadaan di luar sana. Beliau berkata, ada 986 cadangan balas daripada pelajar tetapi tidak sempat untuk disimpulkan.

Cuma ini antara perkara yang perlu diberi perhatian dan jelas beliau lagi, kita perlukan Pelan Pemulihan Pendidikan yang holisitik, praktikal dan user-friendly tanpa menjejaskan keberhasilan sistem pendidikan.
Marilah kita sama-sama mengurangkan penularan wabak COVID-19 dengan duduk rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting di luar sana. Sekiranya kes positif semakin menurun, mungkin pelajar-pelajar sudah dibenarkan untuk ke sekolah dan tidak perlu lagi mengikuti PdPR.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagaikan Acara Bulanan, RM20,000 Menanti Pemberi Info Pencemaran Sungai Selangor
‘Bagaikan acara bulanan’, itulah gambaran yang diberikan netizen dengan luahan rasa kecewa dan geram berikutan masalah gangguan bekalan air di negeri Selangor.
Baru saja pulih daripada insiden paip pecah, pengguna air di Selangor kini berdepan dengan saut lagi kegendalaan bekalan air. Kali ini daripada sumber air yang tercemar. Lokasi yang terlibat adalah Kuala Lumpur, Petaling, Klang,/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, dan Kuala Langat.

Gangguan tersebut menjejaskan hampir 1.2 juta akaun di hampir 1,300 kawasan.
Ramai mempersoalkan mengapa masalah itu berulang dari tahun ke tahun dan memohon pihak berkaitan agar menangani isu berkenaan dengan bertanggungjawab.
RM 20,000 Ganjaran Menanti
Terbaru, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Selangor, Hee Loy Sian memaklumkan, kerajaan negeri bersetuju untuk memberi ganjaran sehingga RM 20,000 kepada mana mana pihak yang memberi maklumat berkaitan pencemaran sungai Selangor sehingga tertangkapnya dalang kejadian itu.

“Pada masa sama, kita akan mengalakkan orang ramai bertindak sebagai whistleblower iaitu kita akan beri ganjaran RM20,000 kepada mereka yang mendedahkan unsur-unsur mencemarkan sungai,” katanya selepas mengadakan lawatan di muka sauk Lori Rawatan Air Selangor Fasa 2 pada Isnin.
Menurut Air Selangor, mereka terpaksa memberhentikan loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Rantau Panjang akibat pencemaran yang dikesan di sumber air pada 19 Oktober 2020 pada jam 2 pagi.
Kalau korang masih ingat, sebelum ini sumber air ini pernah tercemar akibat sisa syarikat selenggara kenderaan berat tempoh hari yang menyebabkan gangguan yang paling teruk tahun ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Netizen Mengamuk Bayaran PTPTN Ditolak 2% Hingga 15% Ikut Gaji Bulanan
Perbadanan Tabung Pendidkan Tinggi Nasional (PTPTN) telah pun membuat pelaksanaan dasar-dasar baharu dalam sidang media baru-baru ini.
Pengerusi PTPTN, Encik Wan Saiful Wan Jan mengumumkan berkenaan dengan mekanisme pelaksanaan dasar-dasar baharu PTPTN sempena belanjawan 2019 yang telah diumumkan kerajaan pada 2 November lepas.

Mesti ramai yang nak tahu apa pelaksanaan baharu yang ingin dibuat kan?
Berdasarkan sidang media tersebut, 5 perkara telah diumumkan adalah seperti berikut:
1. Potongan gaji secara progresif daripada 2 peratus hingga 15 peratus berdasarkan gaji bulanan peminjam
2. Potongan cukai untuk majikan yang membayar hutang PTPTN pekerja
3. Pengecualian bayaran balik pinjaman Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama untuk pelajar daripada keluarga B40 dan M40
4. Baki hutang dilupuskan apabila peminjam berumur 60 tahun
5. Pelepasan taksiran cukai SSPN dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 mulai tahun taksiran 2019

Manakala mekanisme pelaksanaan adalah seperti berikut:
1. Mekanisme baharu pembayaran – Potongan gaji secara progresif (PGB)
PGB adalah bayaran balik mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam apabila gaji mencecah RM2,000 sebulan. Peratus potongan adalah di antara 2% hingga 15% seperti jadual di lampiran.
2. Insentif pelepasan cukai untuk majikan yang membantu pekerja
Majikan layak menikmati potongan cukai ke atas apa-apa jumlah bayaran balik, baik yang dibayar secara ansuran setiap bulan atau melalui pembayaran sekaligus. Syaratnya ialah majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat atau tuntutan kepada pekerja setelah pembayaran ini dibuat.
3. Pengecualian bayaran balik pinjaman Ijazah Sarjana Muda kelas pertama
Kerajaan juga menghargai usaha para peminjam untuk menjadi pelajar cemerlang dalam pengajian. Maka dengan itu, pelajar daripada golongan isirumah B40 dan M40 yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama dan menamatkan pengajian dalam tahun 2019 layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman dengan syarat-syarat berikut:
– Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa
– Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama
– Menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan
– Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 ketika menamatkan pengajian
4. Menghapus kira hutang peminjam warga emas
Kerajaan prihatin dengan golongan warga emas. Sebagai penghargaan kepada warga emas yang komited dan konsisten dalam membuat bayaran balik, kerajaan bersetuju untuk melupuskan baki hutang peminjam yang memasuki umur 60 tahun sekiranya peminjam berpendapatan RM2,000 hingga RM4,000 sebulan dan konsisten membayar balik dalam tempoh tiga (3) tahun terkini sebelum umur mencapai 60 tahun.
5. Meningkatkan insentif untuk menabung
Selaras dengan itu, insentif pelepasan cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan dinaikkan daripada RM6,000 sebelum ini kepada RM8,000 bermula tahun 2019.
Pengumuman ini mendapat respon negatif daripada rata-rata masyarakat Malaysia. Mereka menganggap keputusan ini tidak adil untuk individu yang bayar setiap bulan tanpa gagal sebelum ini. Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati di laman Facebook PTPTN.
Bayar setiap bulan tanpa gagal

Ada juga yang memohon agar Menteri Pelajaran untuk melihat semula akan situasi ini

So, what say you gaiss?
Sumber: Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

