Fitrah manusia memerlukan pasangan dan hidup berkeluarga serta mempunyai anak-anak. Namun bukan semua orang mudah jodohnya. Janganlah kita memandang serong kepada rakan-rakan atau saudara-mara yang masih single atau belum bertemu jodoh.

ARTIKEL BERKAITAN : “Memang Ada Niat Nak Kahwin, Tapi…” -Zizan Razak Tenang Kongsi Soal Jodoh

Baru-baru ini, satu kajian yang dibuat mendapati Malaysia terdapat 44.68 peratus individu bujang dan berada di tempat ketiga dalam kalangan negara Asia Tenggara yang mempunyai paling ramai individu yang masih belum berkahwin atau ‘single’.

Malaysia Negara Ke-3 Ramai ‘SINGLE’, Pesanan Dato Fadzilah Kamsah Buat Yang Belum Jumpa Jodoh!

Angka yang dikeluarkan oleh SEA Asia Stats, hampir separuh penduduk negara ini adalah bujang yang dikenal pasti sebagai belum berkahwin, bercerai atau balu sekali gus meletakkan Malaysia di belakang Filipina dan Brunei.

Malaysia Negara Ke-3 Ramai ‘SINGLE’, Pesanan Dato Fadzilah Kamsah Buat Yang Belum Jumpa Jodoh!

Kita tidak berada di tempat mereka. Sebaliknya doakan semoga mereka cepat bertemu jodoh dengan insan yang baik pekerti dan bertanggungjawab.

Berikut ulasan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tentang perihal orang yang ‘single’ atau belum bertemu jodoh.

SOALAN:

Tok Abah, saya sudah lama single. Umur pun dah lanjut juga ni. Tipulah kalau saya tak risau. Cuma itulah, jodoh tak sampai-sampailah Tok. Apa saya perlu buat?

IKLAN

JAWAPAN:

Semua orang ada jodoh ataupun pasangan yang menanti. Biasanya ia berada tidak jauh dari kamu. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

Kamu perlu ingat bahawa jodoh ini ketentuaan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh. Pastikan niat kamu betul.

Maksudnya berumah tangga bukan setakat memenuhi kesunyian kamu tetapi kamu mula melihat ia sebagai proses mendidik, menjaga dan memberi kehidupan pada pasangan kamu nanti.

Malaysia Negara Ke-3 Ramai ‘SINGLE’, Pesanan Dato Fadzilah Kamsah Buat Yang Belum Jumpa Jodoh!
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Di situ baru kamu nampak besarnya tanggungjawab dan amanah yang kamu pikul itu akan jadikan kamu lebih ikhlas dan bersungguh nak memperoleh pasangan.

Ramai orang masih belum bertemu jodoh sebab mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga kamu bertemu jodoh.

IKLAN

Usaha bagaimana? Iaitu kamu perlu seimbangkan hidup kamu dengan sempurna. Jadi diri yang penuh dengan ilmu rumahtangga dan punya pegangan agama yang kukuh.

Kamu kelak akan menjadi magnet yang menarik orang yang sama ciri kebaikan yang kamu ada juga.

Lelaki baik untuk perempuan yang baik, bukan?

Mulai sekarang, kamu jangan terlalu risau. Fokuskan sahaja untuk mensucikan diri, buat kebaikan dan amal yang soleh. Hati kamu akan menjadi murni.

Dan disitulah ada daya tarikan yang sebenar. Kamu akan mula sedar, diri kamu jadi lebih baik. Dan orang di sekeliling juga nampak kebaikan yang kamu pamerkan.

Malaysia Negara Ke-3 Ramai ‘SINGLE’, Pesanan Dato Fadzilah Kamsah Buat Yang Belum Jumpa Jodoh!

IKLAN

Tahu-tahu jiran sebelah suka dengan kamu, terus dia telefonnya saudara mara dia ke untuk dijodohkan ke kamu. Siapa tahu, bukan?

Semoga jawapan Tok Abah ini memberi manfaat buat kamu ya. Jodoh dan ketentuan, semuanya dalam rahsia Allah SWT.

Artikel ini diambil dan diolah dari HIJABISTA.

BACA LAGI :Mandi Serbuk Kayu Manis Untuk Dapat Jodoh Cepat, Tradisi Tradisonal Di Denmark

Sumber kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah 

Kredit : Pexels

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.



Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI