Selepas mencipta fenomena menerusi penganjuran sulungnya, The IHH Sky Race⢠| Merdeka 118 bakal kembali pada 22 dan 23 Ogos 2026 dengan skala yang lebih besar serta sasaran penyertaan sehingga 9,000 peserta.
Dalam satu pengumuman yang dibuat hari ini, Fresh Events Asia turut memperkenalkan IHH Healthcare Malaysia sebagai Rakan Penaja Utama bagi acara larian menara ikonik itu untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Bertempat di Merdeka 118, bangunan tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia, acara ini menawarkan pengalaman luar biasa kepada peserta apabila mereka perlu menawan 118 tingkat dan 2,845 anak tangga sebelum tiba di Aras 118 sambil menikmati panorama Kuala Lumpur dari aras yang cukup mengagumkan.
Kembali Dengan Format Lebih Besar
Susulan sambutan hangat yang diterima tahun lalu, penganjur sekali lagi memperkenalkan format selama dua hari bagi membolehkan lebih ramai peserta menyertai cabaran menawan salah satu bangunan paling ikonik di dunia itu.
Pengarah Urusan Fresh Events Asia yang juga Pengarah Perlumbaan The IHH Sky Race⢠| Merdeka 118, Jeffrey Ross, berkata sambutan yang diterima daripada orang ramai membuktikan acara tersebut semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat sukan dan kecergasan.
āSambutan orang ramai terhadap acara tahun ini amat memberangsangkan. Apa yang bermula sebagai visi untuk mencipta acara larian menara bertaraf dunia di salah satu bangunan paling ikonik di dunia, kini telah berkembang menjadi acara sukan penyertaan massa yang paling dinanti-nantikan di Malaysia,ā katanya.
Beliau turut menyambut baik kerjasama bersama IHH Healthcare Malaysia yang diyakini mampu membawa acara itu ke tahap lebih tinggi.
Ads
āDengan penyertaan IHH Healthcare Malaysia sebagai Rakan Penaja Utama bagi tempoh tiga tahun akan datang, kami teruja untuk membawa acara ini ke tahap yang lebih tinggi, mencipta pengalaman yang menyemarakkan semangat peserta dari semua peringkat kecergasan untuk mencabar diri, meraikan pencapaian dan menikmati Merdeka 118 dengan cara yang benar-benar unik,ā tambah beliau.
Galak Gaya Hidup Aktif Dalam Kalangan Masyarakat
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia, Dr Kamal Amzan menyifatkan kerjasama tersebut sebagai usaha menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup lebih aktif sebelum memerlukan rawatan kesihatan.
āKesihatan yang baik dibina lama sebelum seseorang itu memerlukan rawatan di hospital. Ia bermula dengan pilihan harian kita, termasuk kekal aktif dan mencabar diri untuk banyak bergerak. The Sky Race⢠adalah peringatan bahawa kemajuan berlaku selangkah demi selangkah.
āMelalui kerjasama ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mencabar diri mereka dan menyedari bahawa kesihatan yang lebih baik, sama dengan setiap pendakian yang hebat, bermula dengan langkah pertama,ā katanya.
Ads
Sebagai antara penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu terkemuka dunia, IHH Healthcare Malaysia akan memainkan peranan penting sepanjang tempoh kerjasama tiga tahun ini menerusi pelbagai inisiatif termasuk program kesihatan dan kesejahteraan, aktiviti pra-acara, penglibatan komuniti serta penyediaan perkhidmatan perubatan di lokasi acara.
Bukan Sekadar Perlumbaan
Berbeza daripada acara larian biasa, The IHH Sky Race⢠| Merdeka 118 memberi peluang kepada peserta mencabar kemampuan diri dengan mendaki 118 tingkat dan 2,845 anak tangga sehingga ke Aras 118.
Peserta boleh memilih sama ada menyertai Kategori Individu atau Kategori Berpasukan yang terdiri daripada tiga orang. Kesemua peserta perlu melengkapkan pendakian sebelum turun semula menggunakan lif.
Lebih daripada sekadar pertandingan, acara ini turut menjadi platform meraikan semangat, kecekalan dan pencapaian peribadi. Ia menghimpunkan pelbagai lapisan peserta termasuk atlet elit, peminat kecergasan, individu yang pertama kali mencuba cabaran larian menara, selain keluarga, rakan-rakan dan pasukan korporat.
The IHH Sky Race⢠| Merdeka 118 turut menerima sokongan daripada EBENE sebagai Rakan Utama, Oligosebagai Rakan Sokongan serta beberapa organisasi lain.
Acara ini juga disokong oleh Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sebagai pengiktirafan terhadap peranannya dalam memperkasa pelancongan sukan negara. Selain itu, ia turut mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Larian Menara Malaysia (Malaysian Towerrunning Association, MTA).
Dengan aspirasi untuk muncul sebagai antara acara larian menara terbaik dunia, The IHH Sky Race⢠| Merdeka 118 terus meletakkan Kuala Lumpur sebaris dengan acara antarabangsa seperti Empire State Building Run-Up, Shanghai Tower International Vertical Marathon, Eiffel Tower Vertical Race dan Taipei 101 Run Up.
Pendaftaran bagi edisi tahun ini kini telah dibuka menerusi laman web rasmi The Sky Raceā¢.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?Ā IkutiĀ Telegram,Ā InstagramĀ danĀ TikTokĀ rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umur belum pun mencecah 40-an tapi uban dan mula tumbuh dengan banyak. Jumpa dek budak kecil habis dikatakan diri kita ni sudah tua. Pasti stres kan?
Masa zaman persekolahan dulu, ada juga di kalangan pelajar yang sudah pun beruban. Pelik juga tengok budak muda-muda dah mula tumbuh uban.
Persoalannya, kenapa ia boleh berlaku di kalangan generasi muda kerana lazimnya uban tu hanya tumbuh bila kita sudah tua?
Tak kira lelaki atau pun perempuan, tidak ada individu yang suka bila rambutnya mula putih ditumbuhi uban. Jangan kata orang muda, kadang orang tua pun boleh stres tengok rambut putih tu.
Nah, berikut beberapa faktor yang menjadi sebab rambut jadi putih atau cepat beruban di usia masih muda.
1. Stres
Tekanan merupakan antara punca pelbagai penyakit kronik dan tahap stres ini juga boleh mengakibatkan rambut gugur dan beruban. Selain itu, vitiligo adalah kondisi sistem autoimun yang boleh merosakkan melanosit iaitu sel-sel yang menghasilkan pigmen untuk warna rambut.
2. Merokok
Kajian yang dijalankan oleh J.G. Mosley di British Medical Journey pada tahun 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali ganda masalah rambut cepat beruban.
3. Suka makan junk food
Bukan saja untuk kesihatan tubuh badan, kandungan makanan junk food pun boleh mengganggu penghasilan melanin dalam rambut.
4. Kurang vitamin B12 dan zat besi
Uban yang tumbuh di usia muda boleh juga kerana kadar vitamin B12 yang rendah. Selain itu, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi adalah disarankan untuk sering mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B12 dan zat besi.
5. Genetik
Cuba check keturunan korang sama ada ramai atau tidak yang sudah beruban di usia muda. jika ibu atau ayah kita beruban awal, maka risiko untuk korang beruban di usia muda adalah sangat tinggi.
6. Guna pengering rambut
Penggunaan hair dryer yang terlalu kerap boleh menjadikan rambut menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu panas akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin dan kerana itu rambut akan cepat beruban.
7. Pewarna rambut
Bahan kimia pada pewarna rambut boleh merosakkan sel melanin.
8. Kerap cuci rambut
Mencuci rambut secara kerap boleh menyebabkan rambut kering. Pilih syampu yang sesuai walau sekerap mana pun digunakan, rambut akan sentiasa lembap dan cantik.
9. Kekurangan asid folik
Zat ini sangat penting dan jika kurang pengambilannya boleh mengganggu pertumbuhan rambut dan uban pra-matang pun boleh tumbuh.
10. Diet tak seimbang
Pemakanan yang tak seimbang boleh mengakibatkan tubuh kekurangan nutrisi. Jika badan kurang nutrisi, sistem dalam badan tidak dapat berjalan dengan baik.
Sumber: vitasihatcantik.blogspot.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Macam-macam ragam manusia yang kita boleh lihat sepanjang berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dek kerana takut kepada jarum. Menurut pakar psikiatri Universiti Malaysia Sarawak, Dr Amanda Albert, takut jarum adalah perkara biasa dan sesetengah pakar membuat andaian bahawa menghindari kesakitan akibat jarum menembusi kulit sebenarnya naluri evolusi.
Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, ia menjadi lebih serius apabila ketakutan ini sampai kepada peringkat fobia yang melampau kerana ini akan memberikan kesan kemampuan seseorang itu mendapatkan suntikan vaksin atau menjalani sebarang prosedur perubatan yang melibatkan jarum.
Fobia yang membabitkan jarum ini juga dikenali sebagai ātrypanophobiaā.
Gambar hiasan
Fobia terhadap suntikan jarum berbeza dengan rasa takut kerana keadaan fobia lebih membahayakan. Selain itu, tahap fobia ini juga berbeza-beza dan menurut Healthline, beberapa hari atau jam sebelum berhadapan dengan ketakutan disuntik ini, biasanya individu trypanophobia ini akan mempunyai tanda-tanda seperti berikut:
⢠Pening
⢠Pengsan
⢠Gelisah
⢠Susah tidur
⢠Cemas
⢠Serangan panik
⢠Tekanan darah meningkat
⢠Degupan jantung menjadi laju
⢠Terasa disakiti secara fizikal dan emosional
⢠Berupaya untuk mengelakkan rawatan yang melibatkan jarum suntikan
Namun begitu, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan fobia ini dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Terapi kognitif
Terapi ini dilakukan dengan memahami ketakutan terhadap jarum suntikan dan mencari teknik terbaik untuk pesakit. Dengan menghadiri beberapa sesi, ia akan membantu pesakit mengendalikan rasa takut yang menguasai fikiran dan perasaan.
2. Terapi pendedahan
Ia lebih kurang seperti terapi kognitif tetapi dengan fokus mengubah respon fizikal dan mental pesakit dalam menghadapi fobia. Ia dilakukan secara berperingkat, dimulai dengan menunjukkan gambar jarum suntikan, mengarahkan pesakit berdiri dekat dengan jarum suntikan dan memegang jarum suntikan.
Gambar hiasan
3. Terapi ubat
Terapi ini diberikan kepada pesakit yang terlalu fobia sehingga menyebabkan tekanan dan tidak boleh menjalani psikoterapi. Biasanya, doktor akan memberikan ubat penenang untuk mengurangkan gejala fobia.
Difahamkan, kebanyakan pesakit trypanophobia akan pulih atau berkurangan rasa takut terhadap jarum suntikan setelah melalui beberapa rutin cara mengatasi fobia ini.
So guys, bagi korang yang takut jarum tu jangan jadikan ini sebagai alasan untuk tidak mengambil suntikan vaksin okay? Ada beberapa cara dan ikhtiar yang korang boleh lakukan. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapat nasihat perubatan yang selanjutnya.
Bila diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan disambung tentu sahaja rata-rata dari kita mula mengeluh sebab setiap hari berdepan dengan perkara yang sama, sampai kamu jadi fed up.. Bila sudah berada di rumah sendiri, pastinya pergerakan lebih terbatas kerana bangun sahaja daripada tidur, buka laptop dan terus bekerja. Tidak seperti jika harus ke pejabat, korang perlu bersiap-siap dan bergegas ke tempat kerja, tapi kalau WFH memang dari pagi sampai petang duduk sahajalah kan?
Dek kerana terlalu lama duduk sahaja tanpa melakukan banyak pergerakan, sebenarnya ia tidak bagus untuk kesihatan kita kerana menjadikan tubuh menjadi ‘lemau’.
Ini kami kongsikan benda simple tapi mampu buat badan kekal cergas.
Tengok benda berwarna merah
Contohnya seperti lihat sejambak bunga mawar yang berwarna merah atau gambar . Kajian menunjukkan dengan melihat warna merah, boleh membantu korang kekal fokus kepada tugas malah memberikan semangat. Jadi, pastikan ada sesuatu yang berwarna merah yang menghiasi meja kerja .
Chewing gum
Sumber Gambar : Pexels
Apabila anda mula rasakan penurunan tenaga, anda boleh cuba mengunyah sugar-free mint gum ā ia adalah satu cara yang terbukti untuk memerangi rasa mengantuk siang hari.
15 minit nap
Kalau boleh cuba ambil 15 minit nap, ianya membantu anda menenangkan fikiran. Jangan pulak sampai terlajak, habis kerja tak siap.
Senaman ringan
Regangan (walaupun anda hanya berdiri di sebelah meja anda). Beberapa pergerakan yoga boleh memerangi kemurungan dan keresahan.
Postur badan
Jika tenaga anda turun sepanjang hari, ia mungkin disebabkan oleh postur anda. Kajian oleh San Francisco State University, pelajar yang agak membongkok mengalami penurunan tenaga sepanjang hari berbanding dengan pelajar yang menjaga postur badan dengan tepat.
Udara luar
Bayangkan merenung skrin komputer selama lapan jam, tidak hairanlah anda berasa penat dan layu. Cuba keluar dari pejabat, hirup udara segar lihat pemandangan luar, ianya membantu anda rasa lebih bertenaga.
Kajian menunjukkan bahawa ketawa boleh membantu anda berjaga. Tiada sebab untuk anda tidak lakukannya. Rehat sebentar dan tontonlah video.
Buka lampu dan tingkap
Rasa pejabat agak suram, gelap, dingin? Cuba hidupkan setiap lampu dan buka tingkap. Pendedahan kepada cahaya yang terang akan memerangi perasaan mengantuk.
Makan badam
Sumber Gambar : Pexels
Kacang mengandungi megnesium, yang akan membantu badan anda memecahkan glukosa kepada tenaga. Stick dengan yang mentah, badam tanpa garam untuk snek tengah hari yang sihat.
Kudapan coklat
Sumber Gambar : Vie Studio from Pexels
Amalan memakan coklat mampu merangsang hormon yang membuatkan manusia berasa tenang dan kekal ceria.
Bila duduk rumah mesti selalu mengunyah juga kan? Ha, hati-hati guys. Jangan lupa jaga kesihatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!