Baru-baru ini, penyanyi popular Justin Bieber telah berkongsi sebuah berita duka tentang tahap kesihatannya yang mengalami lumpuh separuh wajah akibat diserang virus yang dikenali sebagai Ramsay Hunt Syndrome.
Hal itu telah menyebabkan bintang pop itu terpaksa menangguhkan konsert jelajahnya yang terdekat, Justice World Tour ke satu tarikh yang baharu.
Mungkin ada peminat yang tertanya-tanya, apakah itu sindrom Ramsay Hunt?
Menurut Public Health Malaysia, sindrom ini adalah keadaan neurologi yang disebabkan oleh virus varicella zoster, virus yang sama menyebabkan cacar air pada kanak-kanak dan kayap pada orang dewasa. Virus ini boleh kekal di dalam badan sepanjang hayat dan kembali aktif menyebabkan radang pada saraf.
Untuk info, saraf yang melalui muka korang melalui saluran tulang yang agak sempit dan apabila ia meradang, ia membengkak dan kehilangan keupayaan untuk berfungsi. Penyakit ini boleh mengakibatkan lumpuh pada sebelah muka dan ruam yang menyakitkan serta melepuh.
Sesetengah pesakit mengalami perubahan dalam pendengaran mereka, mungkin merasakan bunyi lebih kuat pada satu telinga daripada yang lain atau mengalami tinnitus (deringan kronik di telinga). Sakit telinga dan muka biasanya merupakan sebahagian daripada sindrom, dan sesetengah pesakit mungkin mengalami vertigo.
Hanya kira-kira lima hingga 10 daripada setiap 100,000 orang akan mengalami sindrom Ramsay Hunt setiap tahun. Penyakit Ramsay Hunt mempunyai simptom yang hampir serupa dengan Bell’s palsy, yang juga boleh menyebabkan kelumpuhan muka.
Berpunca daripada varicella zoster (virus sama untuk chicken pox)
Vertigo
Ruam di telinga luar
Lumpuh sebahagian saraf muka
Hilang deria rasa di bahagian 2/3 lidah
Bagaimanakah sindrom ini dirawat?
Kebanyakan pesakit yang mempunyai Ramsay Hunt pulih sepenuhnya, walaupun tempoh penyakit itu berbeza-beza. Ada yang mengambil masa berminggu-minggu, ada juga kes yang jarang berlaku lumpuh muka atau kehilangan pendengaran yang kekal.
Ads
Rawatan untuk Ramsay Hunt biasanya melibatkan pengambilan ubat anti-virus. Sesetengah pesakit juga mungkin diberi steroid. Terapi fizikal biasanya tidak disyorkan untuk pesakit, tetapi tidak akan memudaratkan.
Apa-apa pun diharapkan agar Justin Bieber kembali pulih seperti biasa dan disebabkan apa yang melanda bintang terkenal ini juga kita semua dapat mempelajari sesuatu yang baru kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana yang kita tahu kes COVID-19 semakin meningkat di negara kita terutamanya di Sabah kerana kewujudan kluster baru, Benteng Lahad Datu yang bermula dari dua orang pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah pada 24 Ogos lalu.
Namun begitu, sebelum ini lagi ada desas desus yang menyatakan bahawa jika mahu ke Sabah, pelawat perlu dikuarantin selama 14 hari terlebih dahulu.
Adakah ia benar atau tidak? Jom kita lihat perkongsian yang telah dibuat oleh Zain Asri ini tentang panduan dan pengalamannya sendiri terbang ke Kota Kinabalu baru-baru ini.
1. Scan dan isikan eBorang Pengisytiharan Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. QR kod disediakan di gate berlepas KLIA dan balai ketibaan airport KK (Gambar 1)
2. ATAU, isi borang Pengisytiharan Kesihatan yang akan diedarkan oleh cabin crew semasa dalam flight. Sediakan pen siap-siap
3. ATAU, isi online form. URL address ada dalam Gambar 1
4. Save kan QR Code eBorang yang telah diisi tadi. Sampai airport KK tunjukkan QR Code Nombor Rujukan Penilaian Risiko (Gambar 2) atau borang yang telah diisi kepada petugas kesihatan di balai ketibaan (sebelum kaunter imigresen)
5. Penumpang yang tidak menunjukkan apa-apa gejala akan terus proceed ke kaunter imigresen
6. Tak perlu kuarantin 14 hari ya, kecuali bergejala. Sila rujuk kepada petugas kesihatan di lapangan terbang
7. Keluar daripada airport and enjoy your trip guys!
Ha, sebenarnya tidak ada peraturan yang mewajibkan korang untuk kuarantin selama 14 hari jika tiba di Sabah. Namun begitu, dengan penularan kes COVID-19 yang semakin meningkat sekarang ni eloknya sekiranya korang elak dahulu untuk berkunjung ke negeri di bawah bayu ini.
Foto Via India Times ( Karim Bouchetata/BAV Media)
Sekali lagi seperti tahun lalu, kejadian salji turun di Arab Saudi telah mula berlaku pada tahun 2021, lapor portal berita MailOnline pada hari ini.
Siapa tak kenal dengan Gurun Sahara, gurun yang cukup terkenal dengan cuaca panas sepanjang tahun, diselimuti salji selepas suhu menurun mendadak di bawah paras beku. Daily Mail melaporkan, ais menyelubungi bukit pasir dalam fenomena yang jarang berlaku di padang pasir terbesar di dunia itu dengan suhu pernah mencapai 58 darjah Celsius sebelum ini.
Foto Via India Times ( Karim Bouchetata/BAV Media)
Malah, seorang jurugambar yang bernama Karim Bouchetata sempat merakam imej salji dan ais yang menakjubkan berhampiran bandar Ain Sefra di barat laut Algeria, semalam.
Dilaporkan suhu direkodkan menjunam kepada -2 darjah Celsius di bandar tersebut dan hal ini terjadi kali kelima apabila Gurun Sahara diselimuti salji dalam tempoh 42 tahun ini selepas 1979, 2016, 2018 dan tahun lepas.
Gurun Sahara meliputi sebahagian besar Afrika Utara dan telah melalui perubahan suhu serta kelembapan sejak beberapa ratus ribu tahun lalu. Walaupun Sahara sangat kering pada siang, ia dijangka menghijau kira-kira 15,000 tahun lagi.
Rasulullah saw pernah bersabda, “Tidak akan tiba hari Kiamat hingga tanah Arab kembali hijau penuh dengan tumbuhan dan sungai-sungai.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : India Times, Utusan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang perasan sebelum ni Plus Malaysia Berhad (PLUS) pernah menyediakan kemudahan hotel di R&R tetapi disebabkan tidak mendapat sambutan, hotel tersebut telah pun ditutup.
Namun begitu, kini pihak PLUS sekali lagi bercadang untuk membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat. Sesuai sangatlah kalau tiba musim perayaan, mesti jalan penuh sesak yang bakal membuatkan kita letih serta mengantuk.
“Dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk ‘quick nap’ dan tidak memerlukan hotel seharian,” jelas Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.
Kami sangat bersetuju dengan inisiatif yang ingin dibuat kerana dengan menyediakan kapsul seperti ini mungkin juga memudahkan untuk mereka yang bergerak seorang. Harganya tentu sekali jauh lebih mudah dan berpatutan.
Walau bagaimanapun, perkongsian yang telah di buat oleh Amirul Ahmad di page Backpackers Buddies Malaysia (BBM) mendapat perhatian netizen dan mereka menyarankan sekiranya projek ini benar-benar terjadi, harga kapsul yang ditawarkan biarlah yang berpatutan.
Ubah dulu mentaliti
Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada seluruh pengguna jalan raya PLUS. Setiap kemudahan yang diberikan haruslah diguna dengan sebaik mungkin. Apa-apa pun pilihan tetap di tangan korang.