Sehari dua ini tular kembali di media sosial berkaitan sosej frankfurter jenama Rahmat yang didakwa tidak halal. Bahkan ia didakwa milik syarikat bukan bumiputera termasuk menyiarkan pemilikan bangsa asing syarikat yang mengeluarkannya.

Bertindak atas pertanyaan orang ramai yang bertanya hal ini, Bahagian Hub Halal JAKIM semalam mengeluarkan satu kenyataan di laman web rasminya mengesahkan produk ini ada sijil halal dan masih belum luput tempoh pun.

Baca penjelasan Bahagian Hub Halal Jakim mengenai produk ini.

Pihak kami kembali menerima banyak pertanyaan awam berkenaan status halal produk frankfurter ayam jenama Rahmat yang didakwa tidak halal.

Untuk makluman, penjelasan berkenaan isu ini pernah dikeluarkan oleh pihak kami pada bulan Disember 2019 yang lalu namun kini ia kembali menular.

Perlu diketahui produk tersebut merupakan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia yang masih sah. Justeru, masyarakat pengguna diseru agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu informasi sebelum menyebarkannya kepada pihak lain.

IKLAN

#SemakSebelumSebar
#YakiniHalalMalaysia
#JauhiFitnahdanTohmah
#MogaDirahmatiAllah

Jangan Fitnah!  JAKIM Sahkan Produk Frankfurter Jenama Rahmat  Ada Sijil Halal

Jangan Fitnah!  JAKIM Sahkan Produk Frankfurter Jenama Rahmat  Ada Sijil Halal

Penjelasan Isu Status Halal Produk Frankfurter Ayam Jenama Rahmat pada tahun lalu

IKLAN

Tahun 2019 hampir melabuhkan tirainya hari ini. Namun, isu halal masih tiada penghujungnya. Terkini, media sosial kita dikejutkan dengan satu sebaran produk Frankfurter Rahmat yang dikilangkan oleh Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd. Selain itu, ianya berpunca dari dakwaan yang menyatakan bahawa produk berkenaan dikeluarkan oleh syarikat penternak babi terbesar di Melaka.

Untuk makluman, syarikat berkenaan bertindak selaku Original Equipment Manufacturer (OEM) kepada produk Rahmat Frankfurter. Penggunaan nama jenama Rahmat adalah bersempena nama Encik Rahmat bin Ibrahim, Pengarah Syarikat Mantap Eksklusif Sdn Bhd yang telah bersetuju menjadikan Syarikat Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd sebagai pengilang produk terbabit.

Nama jenama 'Rahmat' dan warna pembungkusan hijau adalah secara umumnya berdasarkan persetujuan bersama oleh pengilang dan pihak syarikat Mantap Ekslusif Sdn Bhd. Syarikat Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd adalah syarikat berkelompok (commercial company) di bawah Leong Hup (Malaysia) Sdn Bhd, a member of Leong Hup International yang tiada kena-mengena dengan penternakan babi.

IKLAN

Untuk makluman, produk frankfurter ayam jenama Rahmat keluaran syarikat Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd yang beralamat di Wisma Westcourt, 126, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

Justeru, masyarakat pengguna dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menularkan sebarang berita berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-
http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular
Terima kasih.
"Yakini Halal Malaysia"
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

pr_halal.islam@1govuc.gov.my
03-8892 5000/1
04 Jamadil Awwal 1441 H
31 Disember 2019 M

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#HalalConnectingTheWorld
#Rahmah

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI