Viral baru-baru ini apabila niat penyanyi dan pelakon cantik Daiyan Trisha yang cuba untuk berinteraksi dengan peminatnya di Twitter cetuskan salah faham?
Daiyan dikatakan cuba mengambil kesempatan terhadap para peminat menerusi satu ciapan yang dimuat naik olehnya pada hujung minggu lalu.
Ish…tak baik tau cakap macam tu dekat Daiyan,
Sebenarnya tidaklah begitu, niat penyanyi itu hanya untuk berinteraksi bersama para peminatnya itu sebaliknya disalah tafsir oleh segelintir warganet yang menggesa Daiyan mengupah designer sendiri untuk tujuan berkenaan.
Selepas menyedari inisiatif untuk berinteraksi bersama peminat mula disalah tafsir sesetengah pihak, Daiyan tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan.
can y’all turn this into an ala-ala parasite poster but with on my way as the title pic.twitter.com/vXoj4igm4d
“Saya mempunyai rekaan poster dan ini adalah hasil kerja yang telah dibayar untuk lagu ini. Saya sentiasa membayar pekerja kreatif dan ini adalah satu tuduhan yang sangat menyakitkan.
Melalui laman instagram miliknya, Daiyan sempat memuat naik hasil kreativiti peminatnya. Lihat sahaja hasil fans Daiyan Trisha ni. Memang bukan calang-calang ye. Siap ada pintu Doremon bagai.
Untuk info, sebelum ini Daiyan ada membekalkan sekeping gambar dirinya bersama pintu dan meminta para peminat menyunting gambar tersebut untuk menjadi seperti poster filem Parasite. Selain itu, dia turut meminta peminatnya memasukkan tajuk lagu terbaharunya bersama poster tersebut.
Ish, apa la korang ni cepat sangat melatah kan. Walaubagimanapun, penulis suka juga cara Daiyan ni sekurang-kurangnya peminatnya boleh menonjolkan bakat tersembunyi tu melaui platform Twitter Daiyan Trisha. Betul tak?
Sumber : twitter dan instagram Daiyan Trisha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam viral di media sosial kisah seorang ibu berusia 75 tahun di tinggalkan di Kawasan Rawat dan Rehat Bukit Besi. Berkat pertolongan abang-abang JPJ, makcik ini dihantar ke Balai Polis dan selepas kes ini tersebar, makcik itu sudah pun selamat bersama ahli keluarganya.
Namun seperti biasa, fitnah di media sosial terlebih dahulu gemar menghukum tanpa menyelidik. Ada yang menuduh anak ini sengaja meninggalkan emaknya kerana mahu membuang si emak dan sebagainya. Ada pula netizen memberi pandangan betapa kejamnya si anak yang digelar Si Tanggang Moden tanpa mengetahui sisi sebenarnya insan yang dituduh.
Kisah makcik ini menjadi viral selepas tertinggal di RnR Bukit Besi sebelum dihantar abang JPJ ke balai polis
Ekoran tohmahan membabi buta tanpa ketahui peribadi orang yang dituduh, adik kepada lelaki berkenaan, Dr Batiah Mahadi tampil berkongsi sikap abangnya yang patut semua orang tahu.
Kata Batiah, abangnya dari usia 19 tahun sudah membanting tulang membantu emak berniaga nasi lemak. Abang jadi tulang belakang.
Mak pun manja dengan abang.
Malah masa kecil-kecil, kalau mak marah, saat adik beradik lain lari dari kena pukul, abang tadah badan untuk selamatkan orang lain.
Bacalah luahan hatinya dan diharap kita tidak terus membuat tuduhan melulu kepada orang lain. Seperti kata Naqib Masjid Al Khadijiah, Pantai Dalam, Ustaz Shahril bin Abd Samad tentang fitnah di media sosial.
“Jika kita fitnah orang dan tidak meminta maaf semasa orang itu hidup, di Padang Masyhar nanti kita akan merangkak cari orang yang kita tuduh-tuduh nie.
Bagaimana kalau orang yang kita fitnah itu sudah meninggal dunia? Jawapannya, di Padang Masyar nanti, orang yang dizalimi dan orang yang menzalimi akan bertemu sesama sendiri. Pahala orang yang memfitnah ini akan diberikan kepada orang yang difitnahnya.
Ini catatan Batiah mengenai kes yang tular mengenai emaknya.
Kami sekeluarga maafkan sahaja. Walaupun banyak sangat yang tak betul. Kata-kata tohmahan dan macam-macam dilemparkan pd kami. Tak apa Allah ada. Biar dia saja yang menghitung semua.
Bagi setiap cacian, tohmahan dan prasangka buruk. Allah tahu bagaimana kami jaga mak. Abang saya tu jaga mak sejak dulu. Dia tulang belakang mak. Jual nasi lemak dengan mak. Sejak ayah meninggal 29 tahun dulu. Sejak abang usia 19 tahun. Malahan mak manja dengan abang. Abang pun kawin lambat umur 40. Cuma abang tersilap kali ini. Allahu…abang memang benar-benar terlepas pandang. Abang kami tu baik orangnya. Pernah orang hutang dia rm4000 abang halalkan saja walaupun dia bukan kaya pun.
Dulu-dulu kalau kami nakal…bila mak nak pukul kami, abang akan tunggu sedangkan kami lari. Kami tahu kasih abang pada mak. Tak apalah cakaplah apa nak cakap tapi kami adik beradik tahu abang kami mcm mana. Kami serah semua pada Allah. Allah Maha Mengetahui dan sebaik-sebaik hitunganNya.
So korang yang dah mungkin bagi komen-komen “tak sengaja” atau terlepas cakap tu, DM la ahli keluarganya nie ya. Minta maaf baik-baik.
Dalam pada itu, Dr Batiah di fbnya turut menyiarkan coretan adiknya Dora Madie.
Cerita dah selesai. Tak perlulah nak viralkan lagi.
Update terkini tentang mak saya, seperti yang dijelaskan oleh adik saya Dora Madie.
“Assalamualaikum semua. Nie mak saya. Cerita yang tak enaknyer abang saya bawak mak beraya di Terengganu. Dia dalam keadaan tidak sehat demam. Isterinya pula tengah tidur. Masa tu mak pula duduk di belakang. Mak keluar dari kereta tanpa pengetahuan abang saya.
So bile abang saay yang mamai masuk kereta, dia tak check pula mak ade ke tak.Mak saya sakit jantung dan buta huruf. Bila saya tahu hal ni dari abang ipar. Sebab dah viral. Saya pun macam nak pengsan. Semua orang saya call, hanya dapat cakap dengan Kak Long saya di Terengannu.
Mak dah selamat di rumah akak long saya. Pihak polis call sekolah kakak saya dah dapat hubungi dia dan bagitau mak saya ada di balai polis. Anak saudara saya menjemput nenek nyer. Manakala abang saya pula telah berpatah-balik sebaik sedar mak tiada di belakang kereta dan call anak-anak saudara suruh cari nenek mereka secepat mungkin di RnR tu. Gitu lah ceritanya. Semua ini menjadi pengajaran supaya lebih teliti bila pergi berjalan jauh dengan orang tua yang perlu lebih perhatian.
Terima kasih buat abang-abang JPJ dan abang-abang polis yang banyak membantu dan bertindak cepat!!
Terima kasih juga buat semua yang memgambil berat dan doa-doa yang baik.
Mak saya dikelilingi anak-anak yang sayangkan dia. Tak pernah ditingalkan keseorangan. Duduk pun skali dengan anak-anak lelakinya 3 family. Mana mungkin mereka nak tinggalkan mak tersayang ni dengan sengaja. Allahhuakbar. Selalu kawan-kawan mak jeles sebab anak-anak mak selalu jaga mak dengan baik. Tapi bila Allah nak bg ujian. Siapa kita dapat menghalangNya. Kecuaian tu tetap salah bg kami..,”
Banjir yang berlaku disekitar kawasan Lembah Klang menyebabkan banyak jalan yang ditutup bagi proses penyelenggaraan dan ada juga kawasan yang masih dinaiki air.
Oleh yang demikian, masyarakat dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan peka terhadap maklumat jalan raya yang ditutup bagi tidak berlaku sebarang kesusahan di kemudian hari.
Terdapat 73 jalan raya yang ditutup di sekitar Selangor dan berikut kami senaraikan antara jalan-jalan yang terlibat.
IPD Shah Alam
Jalan HICOM
Persiaran Jubli Perak Sek19
Lebuhraya LKSA dari Jubli Perak ke Plaza Tol Sri Muda
KM8.5 NKVE
Jalan Bukit Kemuning dari Persiaran Kuala Selangor ke Sri Muda
Simpang Empat Bandar Desa Coal Field Puncak Alam, berhampiran lampu isyarat
Jalan Bukit Cerakah Desa Coalfield menghala Alam Jaya
IPD Hulu Selangor
Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser menghala Peretak
Take note ya guys. Stay safe!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, kumpulan K-Pop, The Boyz baru sahaja memeriahkan Megastar Arena pada 7 September dengan konsert jelajah The Boyz World Tour: Zeneration II di Kuala Lumpur.
Konsert yang dihadiri oleh ribuan peminat yang dikenali sebagai The B atau Deobi sememangnya menghangatkan suasana dan kumpulan penyanyi itu juga sempat mempersembahkan sebanyak 23 lagu hit mereka istimewa untuk Deobi.
Walau bagaimanapun, keadaan semasa konsert The Boyz World Tour: Zeneration II yang pada awalnya berjalan dengan lancar itu tiba-tiba menjadi riuh selepas bekalan elektrik terputus apabila The Boyz hampir menyanyikan lagu terakhir.
Meskipun begitu, The Boyz sempat menenangkan dan mengalihkan perhatian para peminat dengan menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ ketika keadaan bertukar menjadi kecoh.
Selepas pihak pengajur memohon maaf dan menyelesaikan beberapa isu teknikal (bekalan elektrik terputus) yang terjadi semasa konsert sedang berjalan langsung, The Boyz memberikan ucapan terakhir kepada peminat di Kuala Lumpur dan mereka juga turut meneruskan dengan lagu penutup berjudul ‘Fire Eyes’.
Dalam pada itu, The Boyz turut menyanyikan beberapa lagu popular mereka seperti Maverick, Reveal, The Stealer, Thrill Ride, Levitating, D.D.D dan Bite Back.
Konsert jelajah dunia The Boyz ini telah rasmi dimulakan dengan tiga malam persembahan berturut-turut di Seoul, Korea Selatan pada awal Julai lalu.
Seterusnya, pelantun lagu Nectar ini juga telah meneruskan perjalanan mereka di Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa negara di Asia Tenggara termasuk melawat beberapa bandar seperti New York, Los Angeles, Bangkok, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Macau, Osaka, Paris, London, dan beberapa lagi.
Sekadar info, The Boyz terdiri daripada 11 anggota iaitu Sangyeon, Jacob, Younghoon, Hyunjae, Juyeon, Kevin, New, Q, Ju Haknyeon, Sunwoo, dan Eric telah memulakan debut sejak tahun 2017.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!