Sebenarnya, aktiviti memancing mempunyai banyak rahsia yang anda mungkin tidak tahu. Malah, seperti hobi yang lain, memancing merupakan aktiviti yang sihat untuk fizikal dan mental seseorang.
Memancing bukan sahaja mampu merendahkan tahap stres seseorang, malah ia juga boleh bantu lelakiĀ jadi makin cergas!
7 sebab mengapa anda perlu jadikan memancing satu hobi
1. Bantu Jadi Lebih Cergas
Bukan mudah untuk mendaratkan seekor ikan yang bersaiz besar ya! Seorang lelaki perlu merangsang kekuatan pada bahagian lengan, bahu, belakang dan juga kaki untuk menarik seekor ikan ke darat.
Bukan itu sahaja, kadang-kadang, tempat memancing yang menjadiĀ portĀ juga jauh daripada kawasan awam. Peminat aktiviti memancingĀ perlu mendaki sedikitĀ ataupun berjalan 10 hingga 15 minit sebelum tiba ke destinasi yang dituju.
Tambah lagi, khemah dan peralatan memancing juga perlu dipasang, dan semua aktiviti ini juga perlukan tenaga!
Siapa kata aktiviti memancing ini hanya duduk dan tunggu sahaja?
2. Memancing Tambah Vitamin D Dalam Badan
Ads
Vitamin D banyak terkandung dalam sinaran matahari.Ā Oleh itu, individu yang sukakan aktiviti yang dilakukan di luar rumah pasti dapat menerima vitamin D yang cukup untuk badan.
Antara fungsi vitamin D adalah untuk membantu penyerapan kalsium dan juga phosphorus dalam badan. Vitamin D juga bantu sistem imun berfungsi dalam kadar yang normal.
Jika andaĀ tidak mendapat vitamin D yang mencukupi, penyakit seperti osteoporosis boleh menyerang anda di kemudian hari.
Selain itu, vitamin D yang cukup juga dapat merendahkan risiko seseorang untuk menghidap depresi.
3. Jadi Lebih Fokus
Menurut pakar, individu yang gemar menghabiskan masa dikelilingi dengan alam sekitar mempunyai keupayaan untuk fokus dengan lebih lama.
Tambah lagi, di dalam jurnalĀ British of Sports Medicine, individu yang suka duduk di bawah pohon yang rendang dan menghabiskan masa di tepi sungai mempunyai keupayaan untukĀ fokus dalam jangka masa yang lebih panjang.
4. Bantu Kurangkan Stress
Ads
Kajian mendapati bahawa orang dewasa yang mempunyai hobiĀ kurang berisiko untuk mengalami stresĀ ataupun depresi.
Mereka juga mempunyaiĀ moodĀ yang lebih baik jika dibandingkan dengan individu lain yang tidak mempunyai hobi.
Aktiviti memancing yang membolehkan peminatnya untuk keluar menghirup udara segar sambil menghayati keindahan alam sekitar sudah pasti boleh membuatkan sesiapa sahaja rasa lebih tenang dan bahagia.
Jika anda alami masalah tidur malam, cuba libatkan diri dengan aktiviti memancing. 40% orang dewasa mendapati mereka lebih tenang ketika berada di sekeliling air.
5. Individu dengan hobi memancing banyak kawan, sahabat.
Pasti seronok bukan jika sepanjang hari dikelilingi oleh orang yang mempunyai minat dan juga hobi yang sama.
Bukan sahaja dapat berkongsi pendapat, malah, mungkin pada hujung sesi memancing nanti anda boleh jumpa kawan baru!
Tambah lagi, ada dalam kalangan pemancing yang melakukan aktiviti ini sebagai aktiviti kekeluargaan.
Ads
Seorang ayah mungkin akan bawa anak lelakinya memancing pada waktu senggang. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara mereka.
Kaki pancing selalunya gemar bertukar-tukar cerita antara satu sama lain.
Mereka akan bercerita tentang pengalaman memancing yang lepas seperti ikan apa yang telah mereka tangkap ataupun tempat yang terbaik yang mereka pernah lawati.
Semua aktiviti ini boleh bantu para pemancing untukĀ tingkatkan keyakinan diri mereka.Ā Tambah lagi, hobi memancing juga boleh bantu asah skil komunikasi dalam berhubung dengan orang lain.
7. Amalan memancing ikan bantu anda lari sebentar dari dunia nyata
Seperti hobi lain, hobi memancing amat membantu penggiatnya untuk lari sebentar dari dunia nyata dan hiruk-pikuk kota.
Setelah menghabiskan banyak masa terperangkap dalam pejabat dan hanya duduk di hadapan skrin komputer, pasti mental rasa lega ketika mendengar bunyi jeram di sungai.
Kepala juga rasa lebih ringan ditiup angin sejuk di luar bandar. Pasti badan yang rasa lelah terus jadi bersemangat ketika memancing!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila bergelar seorang perempuan, ada beberapa perkara yang sering merisaukan mereka. Antaranya adalah bila period atau haid tidak keluar pada bulan tertentu.
Kita sudah sedia maklum, perempuan akan didatangi haid setiap bulan. Jadi bila ada hari-hari yang sepatutnya sudah haid, tapi tidak muncul juga, ini yang merisaukan kaum Hawa.
Perkara pertama yang biasanya mereka fikir adalah āAdakah situasi ini normal?ā
Bagi individu yang mempunyai masalah period tidak teratur ini, seorang penguna TikTok yang dikenali sebagai tinaaziz86 dan juga seorang Pharmacist berkongsi suplemen yang mana elok untuk menstabilkan kitaran haid korang, jom semak di bawah!
Antara suplimen yang disarankan oleh beliau ialah :
1. Blackmores Vitex Agnus-CastusĀ
Foto ā Lazada/Shopee
2 Kordelās Vitex Regulates Menstrual Cycle
Foto ā Kordelās/Shopee
3 Himalaya Womenās Wellness
Foto ā Watsons/Ummi Nani
4 Naturalle Kacip Fatimah Plus
Foto ā Shopee
5. Opceden Kacip Fatimah PlusĀ
Foto ā Watsons
Untuk menstabilkan semula kitaran haid yang sudah lama tidak teratur ini, kamu perlu amalkan suplemen ini bagi membantu melancarkan masalah haid yang dialami.
Apa-apa pun, korang juga boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Suplemen ini hanyalah sekadar inisiatif yang boleh diambil.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin ke beberapa buah majlis usai selamat pulang dari Jeddah, Arab Saudi baru-baru ini telahpun menarik tumpuan apabila baginda memilih untuk mengenakan hijab.
Terdahulu, baginda dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telahpun menunaikan ibadah Haji pada tahun 2023 dan segala urusan di sana telahpun dipermudahkan bagi baginda berdua.
Sekembalinya ke tanah air pada 4 Julai lalu, Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan berangkat ke beberapa majlis rasmi di sekitar negeri Selangor dengan imej berhijab. Antaranya termasuklah ke majlis perasmian ‘Program Plastic Busters Beach-River-Park Clean Up’ yang melibatkan ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 8 Julai, minggu lepas.
Terbaru semalam, baginda sekali lagi tampil cukup manis dalam persalinan baju kurung merah jambu berselendang dan kali ini juga memilih imej berhijab sempena Majlis Santapan Hi-Tea di Istana Negara.
Baginda diiringi oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; DYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah; DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud; DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan YMM Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Rata-rata rakyat di media sosial pantas memuji penampilan baginda ini dengan mendoakan agar baginda terus istiqomah. Pujian turut dilayangkan oleh selebriti tempatan, Nur Fazura yang berbangga mempunyai Tengku Permaisuri Selangor yang sopan dan manis pekertinya.
“Tambah berseri Permaisuri Selangor selepas menunai ibadah haji.”
“MasyaAllah. Cantik dan berseri Permaisuri Selangor.”
“Insannya dah cantik. Anugerah macam ini lagilah cantik berseri.”
“Cantik, menjadi contoh buat semua.”
Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Tengku Permaisuri Selangor yang kita sayangi ini.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat yang belum kesempatan menonton filem ini,Ā filem epik sejarahĀ Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan ditayangkan di Netflix bermula 16 September ini. Perkara itu diumumkan oleh Netflix dalam satu video terbaharu di Youtube mereka.
Selain Mat Kilau, satu lagi filem yang bakal muncul bulan September dan turut mendapat sambutan adalah Thai Cave Resque. Filem ini diambil dari kisah sebenar tragedi sekumpulan pemain bola sepak yang terperangkap di dalam gua selepas gua tersebut dilanda banjir. Thai Cave Rescue boleh ditonton bermula 22 September 2022.
Foto Via Netflix
Antara filem dan siri terbaharu lain yang dilancarkan di laman penstriman Netflix bulan September ini adalah seperti Love In The Villa, Cobra Kai: Season 5, Fullmetal Alchemist The Final Alchemy dan Blonde.
Servis penstriman Netflix antara paling popular di dunia dengan pelbagai kandungan filem dan siri Original yang buat anda tak bosan ketika menonton. Dengan langganan serendah RM17 anda sudah boleh menonton semua kandungan Netflix di telefon pintar. Untuk pakej premium, anda perlu melanggan RM55 sebulan dengan kualiti video 4k+Ultra HD.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!