Siapa sangka lelaki yang selalu memasak di dapur sambil tersenyum ini merupakan seorang Pegawai Forensik di Jabatan Kimia Malaysia.
Jejaka berusia 30 tahun ini sering berkongsi video-video di TikTok yang memaparkan aksinya sedang memasak sambil tersenyum manis sehingga menarik perhatian ramai.
Setiap kali muncul dalam video masakannya, senyuman itulah yang menjadi ‘trademark’ serta daya penarik kepada jejaka yang bernama Mohd Shafiq Zulkarnain ini. Maka, tercetusnya gelaran ‘Shafiq Cute’ yang kini tular di media sosial.
Shafiq tidak asing lagi di media sosial dan para pengikutnya seronok melihat dia memasak serta berkongsi resepi makanan mudah yang boleh dicuba pada bila-bila masa. Selain memasak sambil tersenyum, penampilan kemas Shafiq turut menjadi perhatian warga maya. Bilangan pengikutnya juga semakin hari semakin bertambah.
Di sebalik kelincahannya memasak di dapur, siapa sangka anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini sememangnya minat memasak dan belajar daripada ibu, Noraini Buang, sejak usianya 11 tahun. Selain itu, Shafiq menjadikan aktiviti memasak sebagai hobi.
“Saya memang minat memasak dan sudah menganggapnya sebagai satu hobi serta terapi untuk menghilangkan tekanan kerja.
“Hobi itu berterusan sehinggalah kini. Setiap kali pulang dari kerja atau cuti rehat, saya akan memasak.”
Ads
Menurut Shafiq, dia hanya berkongsi minat dengan para pengikutnya selain memberi kepuasan dan kegembiraan buat dirinya. Segala kerja-kerja suntingan video dilakukan sendiri oleh Shafiq. Selain di TikTok, Shafiq turut mempunyai pengikut yang ramai di Facebook, Instagram serta Youtube.
Shafiq memberitahu, untuk menghasilkan sesebuah video memerlukan perancangan rapi dari segi penyediaan dan bahan-bahan. Apatah lagi bagi dirinya yang bekerja, perancangan dan persediaan awal adalah sangat penting.
Pun begitu, untuk menghasilkan hidangan yang sedap dan menarik tidak semestinya perlu dimasak dengan cara yang terlalu rumit dan menggunakan bahan-bahan yang sukar diperolehi. Dia sendiri berkongsi masakan ringkas namun tetap nampak menyelerakan. Peralatan yang digunakan juga ringkas.
Ads
“Memasak tidak semestinya perlu rumit dan perlu menggunakan bahan-bahan yang sukar didapati. Cukup seperti ibu-ibu kita dulu, guna sahaja apa yang ada di dapur.
“Kita harus kreatif sahaja, memasak bukan satu proses rumit.”
Bagi Shafiq tiada istilah ‘sukar’ dalam kamus masakannya kerana semua mampu lakukan jika ada semangat untuk mencuba. Selain rajin mencipta resipi sendiri dan bertanya rakan-rakan, Shafiq juga sering mencari idea resipi-resipi baru di Internet.
Ads
Semoga segala impian Shafiq terlaksana dan sukses dalam bidang yang diminati.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan nahas pesawat China Eastern Airlines Boeing 737-800 yang membawa 132 orang terhempas semalam di kawasan pergunungan dekat selatan China, media tempatan sana melaporkan masih tiada tanda-tanda menunjukkan ada mangsa yang terselamat buat setakat ini.
Ia juga menggambarkan keadaan pesawat yang telah terbahagi kepada beberapa bahagian serpihan yang berselerak di lereng gunung yang penuh dengan tompokan kebakaran. Kata pegawai jabatan pengurusan kecemasan wilayahnya, Chen Jie; kebakaran berjaya dipadamkan dan mereka akan meneruskan dengan operasi menyelamat pula.
Sumber Foto : Reuters
Tanpa menyatakan jumlah orang yang terbunuh, syarikat penerbangan China Eastern telah mengeluarkan kenyataan takziah ke atas penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas. Tiada penumpang warga asing berada di dalam pesawat tersebut, catat mereka.
Sementara itu, syarikat Boeing pula berkata mereka bersedia bagi membantu operasi menjejaki punca kejadian dan telah berhubung dengan Pengawal Selia Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat mengenai insiden ini.
Pada masa yang sama, Boeing dan China Eastern menggesa agar tiada spekulasi pra-matang dikeluarkan berkenaan punca kejadian memandangkan nahas seperti ini selalunya melibatkan beberapa faktor yang saling berhubung kait.
Kata Presiden China, Xi Jinping kepada penyiar tempatan CCTV, pihaknya telah menggesa pasukan penyiasat untuk menentukan punca nahas secepat mungkin serta menggerakkan operasi mencari dan menyelamat ke lokasi kejadian.
Sumber Foto : Reuters
Terdahulu, media China semalam menyiarkan klip rakaman daripada ‘dashcam’ kereta di lebuh raya berdekatan yang menunjukkan sebuah pesawat terjunam ke tanah. Pesawat dilaporkan sedang mula mengurangkan ketinggian sebagai persediaan untuk mendarat di Guangzhou.
Sumber : AGENSI
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebut pasal fast food. McD antara yang selalu menepati selera rakyat Malaysia. Pergi je la mana-mana cawangan makanan segera ni, confirm penuh!
Susulan itu tular nama Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah dan McDonald’s di laman twitter baru-baru ini apabila makanan yang diterima tidak seperti yang diharapkan.
Everyone please jangan marah @McDMalaysia . It was a harmless mistake. Walaupun dia bagi saya cheese dengan roti je saya habis jugak https://t.co/HzSnQnIdHL
Terdahulu, menerusi laman Twitter, Tengku Jihan telah memuatnaik satu gambar McD Cheeseburger yang dipesannya menerusi restoran makanan segera itu. Namun, menurut puteri bongsu Yang Di-Pertuan Agong itu sambil berseloroh menu yang diterima benar-benar sekadar roti dan keju. Melihatkan pada posting itu, rata-rata pengikut Tengku Jihan mula mengecam tindakan McDonald’s yang dianggap mereka isu seumpama itu tidak seharusnya berlaku.
Berhenti Kecam McDonald’s
Bagaimanapun, Tengku Jihan menerusi komen balasnya mengharapkan agar pengikutnya berhenti mengecam kesilapan yang dilakukan oleh restoran itu malah permohonan maaf daripada mereka juga telah dibuat. Malah ianya turut diperakui oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah .
Kedai Burger McJihan
Tapi yang menarik perhatian netizen ialah apabila satu ciapan Raja Permaisuri Agong . Menurut Tunku Azizah, permata hati rakyat itu juga telah menggelar anakandanya sebagai McJihan.
Dek kerana begitu menggemarinya, Tunku Azizah ingin membuka sebuah kedai dan memperkenalkan menu burger McJihan kepada orang ramai.
Sudah bertebaran berita mengenai bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sekali lagi hari ini.
Menurut laporan Astro Awani, Tun Dr Mahathir sedang dipantau di unit rawatan koronari.
Petugas media pula dilihat mula berkumpul di IJN bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan bapa pemodenan negara itu.
Seiring itu,pada jam 5.35 petang tadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di IJN . Beliau hadir dengan kenderaan Toyota Velfire berona putih dan diiringi oleh pasukan polis.
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.
7 Januari lalu, Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan kemudiannya dibernarkan keluar pada 13 Januari.
Sebelum itu beliau sudah dimasukkan ke IJN pada 16 Disember 2021 dan dibenarkan keluar lapan hari kemudian.
Kini berusia 97 tahun dan masih bergiat aktif dalam dunia politik, Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) selain bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkawi, Kedah.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.