Pempengaruh dari Indonesia, Dinda Anwar mengenepikan saingan 109 peserta lain dari 20 negara untuk membawa pulang anugerah utama All Star Influencers Award (ASIA) 2026 dan wang tunai  US$10,000 Ahad lalu.

ASIA 2026 yang memasuki penganjuran keempat tahun ini merupakan pertandingan yang mengumpulkan pempengaruh dari benua Asia ke Malaysia bagi mempromosikan destinasi pelancongan serta kebudayaan tempatan di platform Instagram & TikTok masing-masing.

Bagi edisi kali ini, skala penganjuran ASIA bertambah meriah dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tourism Malaysia bagi menyokong kempen Visit Malaysia 2026/2027.

Dinda Anwar Menangi All Stars Influencers Award (ASIA) 2026, Ketepikan 109 Pempengaruh Dari 20 Negara

Sepanjang ASIA 2026, 110 pempengaruh dari negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, India, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan, Kemboka, Rusia, Filipina, Arab Saudi, Thailand dan ramai lagi diterbangkan ke beberapa zon dari seluruh negara.

Ini termasuklah menjelajah ke zon Tengah (Perak & Kuala Lumpur), zon Utara (Pulau Pinang & Langkai), zon Pantai Timur (Terengganu & Pahang) dan zon Malaysia Timur (Sabah).

Sewaktu berada di lokasi, masing-masing memperkenalkan keunikan negara seperti budaya tarian, pakaian tradisi, makanan tempatan dan destinasi pelancongan negara kepada followers antarabangsa mereka menerusi hantaran video di media sosial.

Dinda Anwar Menangi All Stars Influencers Award (ASIA) 2026, Ketepikan 109 Pempengaruh Dari 20 Negara
Pempengaruh Indonesia dan pemenang Best Influencer Award di All Star Influencers Award 2026, Dinda Anwar.

Dinda Anwar Dinobatkan Best Influencer ASIA 2026

Ternyata, Dinda mempunyai aura, kreativiti dan pengaruh yang tepat untuk dinobatkan sebagai Best Influencer bagi edisi 2026.  Dinda yang merupakan pencipta kandungan popular di Indonesia turut memenangi kategori Best Culture Curator sekaligus memenangi trofi dan wang tunai US$1,000.

Tempat kedua menjadi milik Zulqarnain dari Pakistan sekaligus membawa pulang trofi dan wang tunai US$5,000. Sementara itu, Duc Koi dari Vietnam berada di kedudukan tempat ketiga dan memenangi trofi serta wang tunai US$3,000.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang mengikut kategori yang diperkenalkan.

Ads

BEST INFLUENCER AWARD: Dinda Anwar (Indonesia)

TEMPAT KEDUA: Zulqarnain (Pakistan)

TEMPAT KETIGA: Duc Koi (Vietnam)

BEST GOURMET STORY: Zulqarnain (Pakistan)

BEST NEW MIXED DANCE: Grup B (Perak & Kuala Lumpur)

BEST CULTURE CURATOR: Dinda Anwar (Indonesia)

Ads

BEST STORYTELLER: Duc Koi (Vietnam)

BEST MIXED LANGUAGE: Grup A (Johor & Negeri Sembilan)

BEST COMEDY MAESTRO: Grup E (Perak & Kuala Lumpur)

BEST TRANSITION: Herony (Filipina)

BEST DEDICATION AWARD: Haikal Irfan (Malaysia)

BEST COMPILATION:

Ads

i. Johor – Negeri Sembilan: Aikah (Malaysia)
ii. Perak – Kuala Lumpur: Felicia (Indonesia)
iii. Terengganu – Pahang: Durdona (Uzbekistan)
iv. Langkawi – Pulau Pinang: Haikal Equino (Indonesia)
v. Sabah: Raymart (Filipina)

Dinda Anwar Menangi All Stars Influencers Award (ASIA) 2026, Ketepikan 109 Pempengaruh Dari 20 Negara
DARI KIRI: Duc Koi (Vietnam), Pengasas ASIA, Dato’ Abd Rahman Soltan; Dinda Anwar (Indonesia); Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim; dan Zulqarnain (Pakistan).

ASIA Catat 3.8 Bilion Tontonan Digital Sejak 2023

Bercakap kepada media selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang, Pengasas ASIA iaitu Dato’ Abd Rahman Soltan berkata, sejak dianjurkan pada tahun 2023, ASIA telahpun mencatatkan 3.8 bilion tontonan digital menerusi para peserta antarabangsannya sekaligus berjaya mempromosikan Malaysia menerusi kandungan digital.

“Kita membawa mereka menerokai pelbagai destinasi di Malaysia dan mereka berkongsi pengalaman tersebut melalui kandungan media sosial.

“Pendekatan ini membolehkan keindahan lokasi pelancongan, keunikan budaya serta makanan tempatan diperkenalkan kepada jutaan penonton di seluruh dunia.

“Kami mahu ASIA mengiktiraf bukan hanya berdasarkan populariti tetapi juga kreativiti, kualiti penceritaan dan keupayaan menghasilkan kandungan yang memberi impak kepada audiens,” katanya yang menyampaikan hadiah bersama-sama Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim.

Pencapaian ASIA 2026 memperlihatkan bagaimana penglibatan pempengaruh antarabangsa mampu membantu memperkenalkan destinasi pelancongan, warisan budaya dan keunikan Malaysia kepada audiens dari pelbagai negara.

Penganjurannya juga dilihat memberi ruang kepada pencipta kandungan dari pelbagai negara untuk mengetengahkan kreativiti melalui pendekatan penceritaan, tarian, komedi, bahasa dan suntingan video yang berbeza.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads