
Nama ChloĆ© Zhao kini tercatat dalam sejarah dunia perfileman Asia dan Barat apabila beliau berjaya menjadi wanita berketurunan Asia pertama yang dicalonkan dan memenangi kategori Pengarah Terbaik pada acara Anugerah Golden Globeās.
Lebih membanggakan apabila ChloƩ juga merupakan pengarah wanita pertama yang membawa pula trofi tersebut!
Kemenangan ChloƩ ini adalah menerusi filem Nomadland. Filem tersebut juga mencatat kenangan manis berganda apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik (Drama), Isnin lalu.
Bagi kita yang tidak biasa dengan ChloƩ Zhao, tentunya kita tertanya-tanya siapakah wanita berbakat ini dan apakah di antara projek filem lain yang telah diarahkan olehnya sebelum ini.
Ini 5 fakta menarik mengenai ChloƩ Zhao.
.
01
ChloƩ telah dilahirkan di Beijing China dan memasuki sekolah berasrama penuh di London sebelum dirinya bermastautin ke Amerika Syarikat.
Di Amerika, ChloƩ merupakan seorang pelajar jurusan produksi penerbitan filem di New York University: Tisch School of the Arts.
.
02

Pengarah berusia 38 tahun ini mula mencuri tumpuan peminat filem sedunia menerusi filem pertama arahannya, Songs My Brothers Taught Me (2015). Ia merupakan naskah yang ditulisnya sendiri semasa masih menuntuk di New York University.
Dua tahun kemudian, ChloƩ kembali dengan naskah The Rider pula dan sekali lagi, beliau menerima respon positif daripada pengkritik. Nomadland yang memenangi anugerah Golden Globes baru-baru ini merupakan projek terbarunya dan ia dinobatkan oleh Metacritic sebagai filem terbaik sepanjang 2020.
.
Chloe di set penggambaran Nomadland.
.
03
Biarpun kebanyakan penonton dari China belum pernah menonton Nomadland lagi, namun mereka telah bersorak ke atas kejayaan ChloƩ itu. Tanda pagar #ChloeZhaoWinsGoldenGlobeForBestDirector telah mencatatkan tontonan lebih 280 juta kali di laman media sosial Weibo!
Untuk berterima kasih kepada mereka, ChloƩ telah merekodkan satu video dalam bahasa Cina untuk mempromosikan filem Nomadland yang akan ditayangkan di China pada 23 April kelak.
.
04

So what is next for ChloƩ? Beliau ingin keluar dari zon selamat dan bakal mengarahkan filem adiwira pertamanya di bawah produksi Marvel Studios. Filem berjudul Eternals ini akan mengisahkan situasi selepas peristiwa Avengers: Endgame.
Dengar cerita, plot kali ini berkisar mengenai makhluk asing purba yang telah menetap di bumi secara rahsia selama beribu-ribu tahun lamanya.
āāāāāāā
05
Chloe kini menetap di Los Angeles bersama pasangannya, Joshua James Richards, tiga ekor ayamnya dan dua ekor anjing peliharaan.
*
Tahniah ChloƩ! Siapa lagi tak sabar menantikan sentuhan wanita dalam filem Marvel arahannya itu?
Sumber: (1)
ARTIKEL BERKAITAN : Mendiang ‘Black Panther’ Menangi Pelakon Terbaik Golden GlobesĀ Ā



















