Menerusi ucapan yang agak beremosi, isteri kepada mendiang Chadwick Boseman yang popular dengan watak adiwira Black Panther telahpun menerima anugerah Golden Globe bagi katergori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem (Drama), pada hari ini.

Taylor Simone Ledward telah memberikan ucapan tersebut bagi mewakili mendiang yang dicalonkan menerusi filem Ma Rainey’s Black Bottom.

Sedihnya Bila Mendiang ‘Black Panther’ Terima Pelakon Terbaik Golden Globe

Sedihnya Bila Mendiang ‘Black Panther’ Terima Pelakon Terbaik Golden Globe

Taylor bermula dengan menyenaraikan kesemua individu yang dia rasakan Chadwick akan sertakan dalam ucapan terima kasihnya.

IKLAN

“Dia akan berterima kasih kepada Tuhan, dia akan berterima kasih kepada ibu bapanya. Dia akan berterima kasih kepada nenek moyangnya di atas tunjuk ajar dan pengorbanan mereka. Dia akan berterima kasih kepada pasukannya yang hebat.”

Chadwick tidak meninggalkan sebagai nota kepada Taylor sekiranya dia akan memenangi apa-apa anugerah di acara seperti Golden Globe. Sebab itulah, Taylor perlu menyampaikan ucapan mengikut firasat hatinya saya.

“Dia mungin akan berkata sesuatu yang indah didengari, sesuatu yang memberikan inspirasi, sesuatu yang akan memberitahu pendengarnya bahawa mereka boleh, mereka perlu meneruskan cita-cita dan mereka perlu mengingati semula niat asal mengapa mereka lakukan apa yang mereka lakukan sekarang.”

Dalam keadaan sebak dan suara yang sedikit tersekat dengan emosi, Taylor mengakhiri ucapan tersebut dengan mengingati semua yang menonton agar kita tidak membazirkan peluang keemasan semasa kita masih hidup dengan orang yang kita sayangil

IKLAN

“Saya tidak mempunyai kata-kata sebenarnya, tetapi kita perlu mengambil peluang yang ada untuk meraikan insan yang kita cintai. Terima kasih di atas peluang ini untuk (saya) lakukan perkara itu.”

Sedihnya Bila Mendiang ‘Black Panther’ Terima Pelakon Terbaik Golden Globe

IKLAN

Untuk pengetahuan, Chadwick Boseman telah menjadi mangsa kepada penyakit kanser kolon dan telah berjuang menentang penyakit tersebut hinggalah beliau meninggal dunia pada 28 Ogos, tahun lalu.

Pada usia semuda 43 tahun, Chadwick merupakan pelakon berbakat yang amat disayangi oleh keluarganya, peminat filem lakonannya dan para pelakon serta kru yang pernah bekerjasama dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN‘Black Panther’ Disahkan Meninggal Dunia Pada Usia 43 – REMAJA

BACA LAGI“Rest In Power, King” 5 Bintang Avengers Dukacita Pemergian Chadwick Boseman – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI