Personaliti media sosial popular, Cik B mencuri perhatian warganet apabila dilihat mencuba untuk menutup aurat dengan mengenakan hijab.
Anak perempuan kepada jutawan sensasi, Datuk Seri Vida itu memuat naik video di platform TikTok yang memaparkan dirinya sedang dipakaikan tudung berona hitam oleh seorang penata hijab.
“Macam ini ke? Tak tahulah bila akan terbuka hati nak berhijab. Lambat laun kena pakai juga kan,” katanya.
“Cantik adik bertudung… semoga dipermudahkan urusan mu…” komen lagi seorang pengguna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menyaksikan perjalanan anak kepada guru tari profesional, Linda Jasmine iaitu Ratu terhenti pada minggu keenam selepas persembahan yang berlangsung kelmarin.
Tahap kesihatan Ratu jadi perhatian
Linda Jasmine mendedahkan tahap kesihatan anaknya itu berada dalam keadaan kurang memuaskan ketika beraksi di pentas, sekali gus memberi kesan terhadap keseluruhan persembahan Ratu.
Linda tidak menafikan keadaan tersebut turut mengganggu fokus dan tenaga Ratu di atas pentas sehingga kelihatan kurang bertenaga berbanding biasa.
“Saya berbelah bahagi…” – Linda Jasmine
Mengulas mengenai hala tuju kerjaya seni Ratu selepas ini, Linda menjelaskan beliau akan berbincang secara lebih mendalam sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Saya berbelah bahagi. Sebenarnya saya belum pasti apa yang terbaik buatnya sekarang.
“Saya kena fikir masak-masak apa yang terbaik buat Ratu. Saya perlu bincang dengannya apa yang dia benar-benar mahu lakukan.
“Jika Ratu pilih jalan ini, dia kena sedar dia kena jaga disiplin selain bersedia fizikal dan mental. Saya tak boleh pimpin tangan dia selamanya,” ujar Linda.
Perjalanan berakhir di pentas TTMM2
Kelmarin, Ratu bersama Linda Jasmine terpaksa meninggalkan pentas TTMM2 selepas menyampaikan lagu Oh! Carol secara berduet bersama Chubb-E.
Walaupun perjalanan mereka terhenti di minggu keenam, persembahan tersebut tetap meninggalkan kesan tersendiri dalam kalangan penonton yang mengikuti program berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa perasaan korang bila universiti tempat korang belajar diiktiraf sebagai yang terbaik? Mesti proudkan, tambah-tambah jika kita salah seorang yang terlibat. Tak kiralah sama ada masih belajar atau sudah graduate, bila nama universiti kita menerima pengiktirafan, rasa bangga itu pasti ada.
Terbaru, universiti UCSI dalam bidang muzik telah diiktiraf oleh penilaian QS World University Rankings yang baru sahaja diumumkan oleh Subject 2018 di mana UCSI termasuk dalam senarai ke 51-100 institut yang terbaik dalam bidang muzik dan seni persembahan.
Statistik yang diberikan oleh QS memperlihatkan reputasi Institut Muzik UCSI (iMus) yang memberangsangkan dalam bidang akademik dan pekerjaan yang merupakan kelayakan utama menyumbang pada penilaian skor keseluruhan tertinggi. Faktor ini menempatkan UCSI di dalam senarai 100 institusi terbaik daripada 1,182 yang dinilai.
Kedudukan selanjutnya mengukuhkan reputasi iMus sebagai pusat pembelajaran muzik yang terbaik dan terkenal di seluruh Malaysia.
Tiada universiti atau institusi yang di Malaysia yang disenaraikan dalam lingkungan antara 100 yang terbaik di dalam kategori ini dan hanya tiga institusi sahaja yang disenaraikan mendahului UCSI di Asia iaitu Universiti Kebangaan Singapura, Institut Kesenian Yogyakarta Indonesia.
Pelajar dan tenaga pengajar USCI berbangga selepas menerima pengiktirafan ini
Berbangga dengan penilaian ini, Pengarah Institut Muzik UCSI, Profesor Dr P’ng Tean Hwa mengatakan bahawa pengiktirafan ini dianggap sebagai hasil dari kerja kerasnya selama bertahun beliau berkhidmat di UCSI dan iMus.
“Tergolong antara 100 institut yang terbaik daripada kebanyakan universiti dan sekolah muzik dari seluruh dunia yang tersenarai adalah sesuatu yang amat membanggakan dan memberikan kepuasan. Ianya bukanlah sesuatu yang mudah bagi kami kerana kami perlu membuktikan bahawa wujudnya peluang pekerjaan dan masa depan yang cerah dalam bidang muzik” kata Dr P’ng.
“Kami sentiasa bekerjasama dengan pelajar kami, jadi kejayaan ini patut dikongsi bersama alumni dan pelajar-pelajar kami, begitu juga dengan tenaga pengajar kami. Setiap seorang di sini memainkan peranan dalam usaha meningkatkan pencapaian UCSI and iMus sehingga ke hari ini dan apabila kami bersatu-padu, segalanya menjadi lebih hebat dan cemerlang.”
“Kami akan terus berusaha kuat untuk mempertahankan kejayaan ini. Kami sasarkan untuk menjadi pilihan utama, bukan sahaja untuk pelajar tempatan, tetapi juga untuk pelajar dari seluruh dunia. Kami gembira prestasi dan kedudukan kami di peringkat global ini memperlihatkan cita-cita kami.”
iMus dikenali sebagai pusat pengajian muzik yang utama di Malaysia dalam pengajian muzik klasikal dan kontemporari. Ia telah melancarkan karier untuk penggiat-penggiat seni terkemuka, antaranya adalah seperti Dr Joanne Yeoh, Dennis Lau dan komposer terkenal Onn San.
Semakin rancak mencapai kejayaan, iMus sentiasa melangkaui kecemerlangan dalam pembelajaran dan pengajaran. Institut ini mengadakan pertandingan piano peringkat wilayah dan ia juga telah diperluaskan dengan mengadakan persidangan muzik yang mengajar pelajar-pelajarnya pengetahuan pedagogi.
Kekuatan iMus yang jelas ditonjolkan di dalam penilaian ini adalah salah-satu persediaan untuk mencapai kejayaan dan prestasi ke peringkat yang lebih tinggi untuk UCSI. Universiti UCSI seronok menikmati kecemerlangan menjadi universiti yang terpantas meningkat naik di Asia selepas melonjak naik 131 tangga di dalam penilaian QS University Rankings: Asia 2018 – sekaligus menempatkan UCSI di dalam 1.8% universiti yang terhebat di Asia.
UCSI adalah satu daripada dua universiti swasta di Malaysia yang tersenarai di dalam penilaian QS sedunia ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tampil kemas dengan persalinan serba gelap dan elegan, Zahirah turut bersama suami tersayangnya yang juga aktor terkenal, Aiman Hakim dalam foto tersebut.
Lebih menarik perhatian lagi, apabila kedua-dua cahaya matanya iaitu Isaac Raees dan Inara Raisa turut bersama dalam foto penuh istimewa tersebut.
“Our first family photo,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian comel tersebut.
Rata-rata pengikut aktres tersebut meluahkan rasa teruja dengan kecomelan keluarga kecil itu.
“Please please please yang ni semoga Allah pelihara hubungan you both hingga Jannah,” komen seorang peminat.
“Saya doakan kalian terus bahagia hingga ke syurga. Dikurniakan rezeki anak dan tetap sabar selalu,” tulis seorang peminat lagi.
“Cutenya this family semoga Allah sentiasa perlihara keluarga ini and bahagia dunia akhirat,” tulis netizen lain.
Sekadar info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah pada tangga 20 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Zahirah Macwilson
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...