Personaliti media sosial yang juga anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, Cik B mengingatkan para pelajar sekolah di luar sana tentang kepentingan pelajaran untuk masa hadapan.
Cik B menyatakan pandangan murninya menerusi ruangan Ask Me A Question yang dilakukan di Instastory miliknya.
“Study hard untuk mendapatkan kerjaya yang bagus atau jangan belajar dan terus menjadi pempengaruh?” tanya seorang pengguna.
Menjawab pertanyaan tersebut, Cik B menegaskan pelajaran amat penting sebagai persiapan untuk menempuh kehidupan di masa akan datang.
Ads
“Bukan semua orang boleh jadi pempengaruh jadi belajar! Kalau nak jadi pempengaruh pun jangan lupa belajar! Sebab kita tak tahu masa depan kita nanti!” tulisnya.
Ads
Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai isu yang membimbangkan di mana rata-rata remaja menyatakan hasrat mahu menjadikan gelaran pencipta kandungan atau pempengaruh media sosial sebagai satu kerjaya sehingga mengabaikan pelajaran.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon meningkat naik, Amelia Christie akhirnya membuka mulut mengenai dirinya kini berstatus solo sekali gus menamatkan teka teki dan spekulasi bahawa hubungan cinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sememangnya sudah berakhir.
Menurut Amelia, dia tidak mempunyai masalah untuk menjawab pertanyaan netizen mengenai status hati memandangkan dirinya sudah sendiri.
“Saya single. Jangan risau sebab saya okey dengan soalan itu (status hati) sebab kita kena lah bagi tahu orang yang kita memang single,” katanya menerusi video temu bual dengan wakil satu jenama tudung.
Ditanya ciri-ciri yang dimahukan dalam diri pasangan hidup, pelakon berusia 24 tahun itu memaklumkan dirinya mengidamkan lelaki baik budiman, bertanggungjawab dan sopan santun.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Amelia supaya mencari lelaki yang benar-benar ikhlas dan paling penting telah ‘move on’ dengan kisah lalu.
“Cari lelaki yang sesuai dengan awak Amelia, awak cantik dan baik, cari yang bujang berlambak mahukan awak,” komen seorang netizen.
Sebelum ini Sharnaaz memaklumkan tidak pernah mengesahkan bercinta dengan Amelia, sekali gus enggan mengulas gosip konon hubungan mereka sudah terlerai.
Ia mula menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat tidak lagi menjadi pengikut akaun media sosial masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Program nyanyian realiti Big Stage 2023 melabuhkan tirainya pada malam ini dengan menobatkan Nadeera Zaini sebagai juara keseluruhan bagi musim kelima.
Nadeera, 2 mengenepikan saingan terdekat seperti Waode di tangga kedua, Putera Muhammad di tangga ketiga dan grup duo, Hoondoo di tangga keempat.
Sementara itu, Aufahanie berpuas hati di tangga kelima dan Puteri Khareeza di tangga keenam.
Nadeera membawa pulang hadiah bernilai RM100,000 dan sebuah trofi. Nadeera turut menerima sebuah lagu ciptaan komposer antarabangsa, Hyuk Shin.
Berikut merupakan keputusan penuh kesemua kedudukan di Big Stage 2023.
Juara: NADEERA ZAINI (68.39%)
Naib Juara: WAODE
Pemenang Tempat Ketiga: PUTERA MUHAMMAD (64.19)
Pemenang Tempat Keempat: HOONDOO (61.6%)
Pemenang Tempat Kelima: AUFAHANIE (54.61%)
Pemenang Tempat Keenam: PUTERI KHAREEZA (49.58%)
Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik (Konsert Akhir): AUFAHANIE
Terdahulu, Nadeera membawakan lagu solo berjudul Never Enough dan bergandingan dengan Waode menerusi segmen battle menerusi gabungan lagu Gundah nyanyian asal Ernie Zakri serta lagu Semalam nyanyian asal juri tetap, Aina Abdul.
Dalam pada itu, menerusi media sosial ramai yang mempersoalkan kedudukan Putera Muhammad di tempat ketiga dan ramalan agar Putera menduduki sekurang-kurangnya pada kedudukan Top 2.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi, Fairuz Selamat baru-baru ini menekankan bahawa gembira adalah kunci utama untuk menjalani hidup yang sihat dan penuh semangat di samping mampu mengekalkan penampilan yang sentiasa segar bak remaja walaupun sudah pun memasuki usia 40 tahun.
Menurut Fairuz Selamat atau nama sebenar Mohd Fairuz Bin Selamat yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Q-Face ini, tiada rahsia istimewa atau tip yang perlu diikuti. Namun, beliau percaya amalan untuk menjadi seorang yang gembira setiap hari adalah ‘ubat’ terbaik untuk semua masalah hidup.
Kredit: Fairuz SelamatKredit: Fairuz Selamat
“Sebenarnya saya tak ada tip apa pun, cuba awak tengok muka saya yang kedut-kedut ini. Semua itu saya guna sahaja bila muat naik di media sosial tapi saya rasa semua orang perlu sentiasa ‘happy’ dan gembira sebab bila mood kita baik, mesti badan pun sihat”
“Saya juga ambil pendekatan setiap pagi jangan mulakan hari dengan amarah, ini pesanan untuk semua termasuk diri saya. Bila pagi hari walau apa pun yang jadi, cubalah kita mulakan hari dengan senyuman dan kata-kata yang baik dan bila dah buat aktiviti lain dan nak moody suka hatilah tapi jangan pernah mulakan hari dengan amarah sebab nanti ia akan terbawa sampai kesudah,” jelasnya santai ketika ditemu bual oleh REMAJA selepas persembahan Gegar Vaganza musim ke-11 di Auditorium MBSA, semalam.
Kredit: Fairuz Selamat
Jelasnya yang amat menitikberatkan kesihatan mental, apabila seseorang memulakan hari dengan keadaan marah, setiap keputusan yang diambil tidak akan betul, perkataan boleh menjadi kasar dan akal pun turut menjadi kurang menentu.
“Untuk badan pula, macam biasa kurangkan makanan berminyak, gula, garam. Air pula saya kurang minum yang bergula kecuali bila ada event macam ini ya saya minum ais dan manis sikit. Selain daripada itu saya tak ambil sebab saya dah 40 tahun, jadi penyakit dah mula menghampiri,” ujarnya sambil tertawa.
Kredit: Astro GV11
Dalam pada itu, Fairuz turut berkongsi mengenai persembahannya pada minggu kedua yang membawakan lagu Mengusung Rindu nyanyian asal kumpulan Spin.
Walaupun berpuas hati dengan penampilannya malam semalam, Fairuz menekankan bahawa jika diberikan peluang, beliau ingin memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan.
Dia juga amat menghargai pandangan daripada pihak juri untuk memperbaiki persembahan pada masa akan datang.
Kredit: Astro GV11
Sementara itu, bercakap mengenai tugasan lagu tema Ceritera, Fairuz bakal menyanyikan lagu Datuk Sheila Majid berjudul ‘Dia’.
“Saya akan cuba cari cara dengan pasukan saya bagaimana nak bawa lagu itu tanpa rosakkan identitinya,” katanya dengan penuh semangat.
Kredit: Astro GV11
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!