Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi semalam (15 Julai 2021), iaitu sebanyak 13,215 kes. Hal ini amat membimbangkan masyarakat selepas melihat situasi ‘kronik’ yang berlaku di kebanyakan hospital, ekoran ribuan pesakit yang terpaksa menerima rawatan.
Sebagai umat Islam, selain daripada patuh kepada arahan kerajaan untuk mengurangkan pergerakan di luar rumah, kita juga boleh ikhtiar dengan cara berdoa.
Sempena hari Jumaat ini, eloklah sekiranya kita mengambil barakah untuk memanjatkan doa bagi kesejahteraan diri, keluarga dan rakyat Malaysia.
Teruskan berdoa dan jaga pergerakan korang, jangan keluar rumah jika tidak ada urusan penting. Amalkan kerap mencuci tangan, gunakan hand sanitizer dan pakai topeng muka sekiranya berada di luar.
Semoga Allah menghentikan wabak COVID-19 ini daripada terus menular. Aamiin!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui semalam, Menteri Kesihatan iaitu Yang Berhormat Khairy Jamaluddin telah mengumumkan jangkaan bahawa Malaysia akan memasuki fasa endemik bermula akhir bulan Oktober, tahun ini.
Fasa endemik tersebut boleh dicapai sekiranya kadar imuniti kelompok mencapai 80 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Buat masa ini, hanya negeri Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan saja telah mencapai fasa tersebut.
Bagi kebanyakan daripada kita yang tidak begitu memahami maksud sebenar endemik dan keliru sekiranya ia sama dengan pandemik, jangan risau. Kami akan cuba untuk menjelaskan maksud terma ini.
Pertamanya, endemik tidak sama dengan pandemik – mahupun epidemik iaitu satu lagi terma yang selalu digunapakai untuk mengklasifikan negara yang telah diserang penyakit berjangkit.
Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesebuah kawasan dalam tempoh masa tertentu. Ini termasuklah penularan wabak dalam skop yang lebih besar melibatkan sebuah negara.
Sebagai contoh, beberapa jenis endemik yang pernag direkodkan di beberapa buah negara termasuklah penyakit demam kuning dan malaria di Congo, wabak bubonik di Madagascar dan wabak demam kuning, malaria dan demam denggi di Peru.
Endemik berbeza dengan pandemik kerana istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop yang lebih besar dan tidak terhad kepada sesebuah komuniti atau kawasan. Sebagai contoh, kini pandemik COVID-19 melanda Malaysia dan di seluruh dunia secara meluas sehingga tidak dapat dikawal.
Sekiranya negara beralih ke fasa endemik, kita sekaligus mengisytiharkan bahawa wabak ini dijangka mampu dikawal dan kadar kematian juga akan menurun.
Beberapa buah negara yang pernah beralih ke fasa Endemik ialah Singapura, Hong Kong dan Australia. Situasi itu umpama cahaya di hujung terowong buat negara-negara tersebut yang ingin memulakan semula kerancakan ekonomi di negara mereka.
Namun harus diingat, dengan kelonggaran yang diberikan kepada rakyat semasa negara tersebut memasuki fasa endemik, itu tidak bermakna jumlah kes COVID-19 akan sentiasa berada di takuk rendah. Ini telah kita saksikan berlaku di Australia di mana beberapa kota utama di negara itu kembali mengumumkan perintah lockdown pada bulan lalu bagi mengawal semula penularan wabak COVID-19.
Berbalik kepada pengumuman Khairy Jamaluddin semalam, dengan strategi menuju ke arah fasa endemik di Malaysia, ini bermakna rakyat perlu bersiap sedia untuk mengambil langkah untuk ‘hidup bersama’ virus ini. Prosedur operasi standard (SOP) masih akan diteruskan seperti biasa, norma baharu dalam perlakuan harian kita masih perlu diamalkan. Cuma, pelbagai sekotor dalam negara boleh kembali dibuka dan kehidupan kita dapat berfungsi seperti dahulu.
Aktiviti ‘dine-in’ atau makan di restoran dan kafe telah mula dibenarkan mengikut SOP. Sumber Foto : Straits Times
“Kerajaan akan umumkan beberapa langkah untuk memudahkan SOP sedia ada supaya tidak terlalu banyak dan rumit.
“Pemakaian pelitup muka akan diteruskan dan Kementerian Kesihatan (KMM) tidak mempunyai perancangan untuk melonggarkan keperluan pemakaian pelitup muka,” katanya yang mengingatkan umum terhadap apa yang terjadi kepada sesetengah negara yang terpaksa melaksanakan semula pemakaian pelitup muka selepas melonggarkan arahan itu satu ketika dahulu.
Pemakaian pelitup muka masih akan dipraktikkan apabila negara memasuki fasa endemik. Sumber Foto : Al Jazeera
Rancangan beralih ke fasa endemik ini juga dilihat selari dengan rancangan membuka semula sekolah dan memastikan kawasan tersebut selamat sebelum para pelajar dibenarkan pulang ke sekolah bermula Oktober ini.
Bagi remaja berusia antara 12 ke 17 tahun, KKM masih menunggu waktu yang sesuai untuk melaksanakan program vaksinasi ini. Buat masa ini, mereka sedang fokus bagi mendapatkan golongan dewasa divaksin terlebih dahulu.
Di samping itu, Khairy bersama-sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi juga hari ini memaklumkan bahawa kerajaan telah menetapkan harga runcit maksimum bagi setiap set ujian kendiri COVID-19 yang akan berkuat kuasa Ahad ini.
Set tersebut ditetapkan pada harga RM19.90 manakala harga borongnya pula ditetapkan RM16.00 setiap satu. Ini memandangkan permintaan terhadap kit ujian pantas antigen COVID-19 ini dijangka meningkat susulan kesedaran orang ramai dalam membuat ujian sendiri bagi memastikan mereka bebas daripada wabak.
Jika sebelum ini kami ada menyiarkan informasi tentang kempen e-tunai rakyat yang membolehkan korang menerima RM150, sudah tiba masanya apabila mulai 1 Jun 2021 merupakan hari untuk korang menebus jumlah kredit tersebut.
Kementerian Kewangan berkata, e-Belia akan ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif dengan jaringan lebih 1 juta peniaga di dalam dan luar talian.
Untuk info, Program eBelia ini bertujuan menggalakkan belia untuk melakukan transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia dalam negara bagi merancakkan kembali ekonomi negara yang tidak ketinggalan terjejas susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Tapi kalau rupanya kalau korang menebus ebelia ini di Shopee lagi untung kerana dapat ganjaran ekstra RM500!
Ini caranya:
1. Aktifkan dan sahkan akaun ShopeePay anda.
2.Tebus eBelia dalam bulan Jun dan dapat ganjaran.
3. Sebelum memohon, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu supaya permohonan anda sah dan diterima:
Warganegara Malaysia
Berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar di IPT
Tidak tebus eBelia di mana-mana platform e-dompet lain.
Sahkan kad pengenalan korang. Mudah bukan?
Jika permohonan korang sudah lulus, sila gunakan sebelum 31 Julai 2021. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web shopee.com.my.
Dah dapat RM500 jangan lupa belanja penulis tau…hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sahaja menyambut ulang tahun ke-37, bintang bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo telah mencatatkan rekod apabila beliau menjadi manusia pertama yang mempunyai seramai 400 juta pengikut di instagram.
Pada pertengahan tahun lalu, Ronaldo dilihat mempunyai sejumlah 300 juta pengikut dan hanya beberapa bulan sahaja bintang sukan ini berjaya menambah sehingga 400 juta. Tempat kedua dimiliki oleh Kylie Jenner dengan jumlah pengikut seramai 308 juta dan diikuti Lionel Mesi sebanyak 306 juta.
Dengan jumlah 3242 hantaran yang dibuat di instagram, Cristiano Ronaldo juga mencatatkan purata sebanyak 10 juta tanda suka bagi setiap gambar yang dimuat naik dan beliau hanya mengikuti 501 akaun instagram yang lain.
Fuh, memang ramai rupanya peminat Cristiano Ronaldo ni mengalahkan artis!
Jom kita lihat antara akaun instagram milik individu lain yang turut mempunyai jumlah pengikut paling ramai.