Pulau Langkawi merupakan lokasi peranginan terkenal masyarakat Malaysia mahu pun pelancong luar negara sewaktu wujudnya virus COVID-19. Sebut sahaja Langkawi pasti ramai teringatkan kereta kabel iaitu salah satu tarikan yang ada di pulau lagenda itu.
Bagi mereka yang tidak tahu, pengunjung bukan sahaja boleh menikmati keindahan Gunung Machinchang dengan menaiki kereta kabel, malah menerusi program ‘One Night @ 708m Machincang Mountain’ mereka boleh berkhemah di South Platform, satu daripada dua platform yang terletak di puncak gunung.
Foto: Mazuin Noordin
Seperti yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mazuin Noordin, wanita ini telah memberikan sedikit informasi berkenaan dengan aktiviti berkhemah di Sky Cab Langkawi.
Tapi kalau nak berkhemah di sini perlu pergi secara kumpulan dengan jumlah 20 orang ke atas dan yang paling menarik, korang boleh layan view malam di sky bridge serta melihat matahari terbenam dan terbit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setahun sekali ia datang, jangan sesekali kita lepaskan peluang.
Bersempena waktu wukuf di padan Arafah yang sedang berlaku sejak jam 5 petang tadi hingga kira-kira jam 12 tengah malam ini (waktu di Malaysia), umat Islam di seluruh dunia kini sedang mengambil kesempatan untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT.
Seperti yang kita ketahui, Hari Arafah pada setiap 9 Zulhijjah ini merupakan hari yang cukup mustajab untuk seseorang berdoa meminta pertolongan daripada Ilahi. Sekiranya korang berkesempatan berpuasa pada hari ini, good for you! Lengkapkan lagi keberkatan hari ini dengan berdoa.
Sudah tentu, banyak perkara yang berada di benak hati korang untuk dipanjatkan pada malam ini. Sebagai panduan, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telahpun menyediakan panduan doa yang boleh korang bacakan hingga tengah malam ini.
*
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.
15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
*
Akhirinya dengan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dan berzikir kepada Allah SWT. InsyaAllah, sama-sama kita mendapat keberkatan daripada Hari Arafah pada tahun ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejadian alam yang menimpa beberapa negara baru-baru ini menimbulkan persoalan. Jika sebelum ini viral dimedia sosial apabila di Texas, Amerika Syarikat kini mengalami ribut salji sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang selain jutaan terputus bekalan elektrik.
Terkini, dunia dikejutkan dengan berita Gunung Hijau di Libya dilanda sajli buat pertama kali dalam tempoh 15 tahun.
Keadaan yang jarang berlaku yang bermula pada Isnin, dilihat sebagai titik mula pendamaian di negara yang sedang bergolak dengan perang saudara itu.
“Kami harapkan sajli ini akan membawa petanda baik kepada negara ini dan menyatukan rakyat.
“Kita lihat ramai penduduk berkunjung ke kawasan Sidi Mohamed Al-Hamri ini untuk menikmati keadaan salji di sini,” kata seorang penduduk Bayda, Mohammed Saleh.
Walaupun kejadian iklim ini menggembirakan rakyat di sana kerana ia jarang terjadi, namun ramai yang khuatir akan perubahan iklim sedrastik ini.
Menurut Pusat Meterologi Kebangsaan Libya, cuaca sejuk di bawah paras beku telah dicatatkan di beberapa bandar pada Isnin, termasuk Al-Bayda, Yefren, Nalut, Al-Marj, Gunung Hijau dan Gunung Nafusa.
Di Mesir pula, beberapa pelabuhan utama terpaksa ditutup akibat cuaca sejuk terutamanya di Hurghada dan Sharm El-Sheik. Hujan batu dan sajli turut pula dilaporkan di Alexandria, Beheira dan Pelabuhan Said, menurut Lembaga Meteorologi Mesir (EMA).
Jika satu hari nanti tiba giliran Malaysia pula yang memperolehi salji, korang jangan terkejut pula. Hiks!
Tapi buat masa ini, korang kena berhati-hati dengan musim panas yang sedang melanda negara kita sekarang.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak kepada pelakon dan usahawan terkenal, Ziela Jalil, iaitu Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid sekali lagi mengharumkan nama keluarga apabila berjaya meraih Membership of the College of Anaesthesiologists of Ireland (MCAI).
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Dr Julia menerusi satu hantaran di Instagram yang turut disertakan dengan luahan rasa syukur atas pencapaian tersebut.
Titip Rasa Syukur Buat Keluarga
Menerusi perkongsian berkenaan, Dr Julia mendedikasikan kejayaan itu kepada insan tersayang yang sentiasa menjadi sumber kekuatannya, selain berharap pencapaiannya dapat memberi inspirasi kepada dua anak perempuannya.
“MashaAllah Tabarakallah.. Allahumma Barik.. MCAI. Untuk ibu bapa saya, suami saya dan yang paling penting untuk menjadi inspirasi kepada anak-anak perempuan saya. Satu pencapaian hari ini, dan banyak lagi yang ingin dikecapi, insya-Allah,” tulisnya.
Bukti Dedikasi Dalam Bidang Perubatan
Kejayaan memperoleh keahlian MCAI itu membuktikan dedikasi serta komitmen tinggi Dr Julia dalam bidang perubatan, khususnya anestesiologi, sekali gus mengharumkan nama keluarga di peringkat antarabangsa.
Difahamkan, Dr Julia kini menetap dan bertugas di Ireland bersama suami serta dua cahaya mata mereka.
Raih Ucapan Tahniah Daripada Warganet
Perkongsian tersebut turut dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan para pengikut media sosial yang sama-sama berbangga dengan pencapaiannya.
Kejayaan Dr Julia bukan sahaja menjadi kebanggaan buat keluarganya, malah diharap dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.
Bahagia Bersama Keluarga
Untuk rekod, Dr Julia mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 11 Julai 2018.
Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata perempuan, iaitu Tun Alayna Zeeya dan Tun Ameena Zeeya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!