Lima tahun usai meninggalkan pencarian Dewi Remaja 2018/2019, nama gadis berdarah kacukan ini terus mekar mengharumi segenap pelusuk industri seni hiburan baik di Malaysia mahupun di negara serantau. Anna Jobling raikan kemenangannya bersama REMAJA dalam paparan khas lebaran 2024.

ketua pengurusan NEW GEN FIEZREEN AHMAD penyelaras, teks & penata gaya FZ AIMMAN arahan seni & perletakan grafik AZNIZA AZIZ fotografi CLASH DONERRIN suntingan foto HEZRY ROKMAN penerbit & suntingan video SURIA NUR AMIRA videografi SINEPEAK PRODUCTIONS solekan AYANG KAMELL dandanan VEE MUHAMAD persalinan SUPERDRY aksesori kaca mata KATE SPADE, FOSSIL & CARRERA lokasi DOPLOHTIGA SPACE

Anna Jobling merupakan salah satu nama generasi seni baharu negara yang berjaya memecahkan tembok fenomena baik di tanah air mahupun di negara jiran. Dek populariti beberapa naskah drama lakonannya terutama drama Melur Untuk Firdaus yang berjaya memahat namanya dalam kalangan sekelompok besar peminat baharunya, Anna, 23, kini semakin memecut laju dalam lapangan seni dengan projek-projek baharu yang lebih mencabar kredibilitinya sebagai pendatang baharu.

Selang tempoh beberapa bulan sahaja, Anna sudahpun menyambar trofi kemenangan menerusi beberapa acara anugerah tempatan. Paling manis untuk dikenang tentunya kemenangan hatriknya di Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 35 pada Julai 2023 menerusi kategori Aktres TV Popular, BBNU Wanita Popular dan Couple TV Popular bersama gandingannya dalam drama Melur Untuk Firdaus.

Terbaru, Anna terus dijulang oleh para peminatnya yang bertungkus-lumus mengundi tanpa lelah sehinggakan gadis kelahiran Kuala Lumpur itu menerima lebih 1.5 juta undian bagi membawa pulang trofi utama Gempak Most Wanted Awards 2023 pada lewat Februari lalu. Selain itu, Anna juga mengenepikan saingan untuk mengenggam trofi Selebriti Tergempak 2023 dan trofi Drama Rambut Tetap Boom.

Menyelusuri perjalanan kerjaya Anna berusia lima tahun selepas bergelar pemenang tempat keempat pencarian Dewi Remaja 2018/2019, Anna yang sedang dirias segar oleh jurusolek, Ayang Kamell dan jurudandan, Vee Muhamad pada pagi Ramadan kelapan berkongsi bahawa kemenangan terbesarnya dalam kehidupan bukanlah barisan trofi tersebut. Sebaliknya, kemenangan terbesarnya lebih sentimental daripada yang disangka.

“Ini Hanya Permulaan” ANNA JOBLING Raikan Kemenangan – Isu Digital April 2024

The biggest win in my life so far.. (terdiam sebentar) ia tidak bersifat materialistik kerana nilai kebendaan bagi saya akan datang dan pergi.

“Kemenangan yang lebih utama adalah apabila saya memiliki support system yang kuat daripada keluarga, syarikat pengurusan dan para peminat saya. Sokongan itu sukar untuk dimiliki sebenarnya dan saya perlu menjaganya elok-elok.

“Semua yang saya lakukan bagi kelangsungan kerjaya selama ini akan disokong oleh keluarga asalkan saya buat yang terbaik dan pandai jaga diri. Itu tidak berlaku ke atas semua remaja lain; and for that I am grateful for my support system.

My mom for example is always there. Dari dulu hingga sekarang, beliau akan mengekori saya bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan ke atas saya. Tanpa perlu mendesak, beliau sendiri yang teruja untuk menghadiri persembahan pentas yang saya jayakan bahkan menonton drama serta kemunculan saya di kaca televisyen

“Apabila mempunyai sokongan sebegitu rupa, ia membuatkan saya ingin mengecapi lebih lagi bagi memastikan orang penting di sekeliling saya ini berbangga dengan kejayaan seterusnya,” kata Anna.

“Ini Hanya Permulaan” ANNA JOBLING Raikan Kemenangan – Isu Digital April 2024

Dalam persalinan baju, seluar, gaun dan jaket varsiti oleh jenama Superdry, Anna tersenyum apabila menyarungkan satu-persatu gaya yang disediakan. Dalam pada itu, Anna mengimbas semula cabaran yang dihadapinya bagi mencapai ke tahap ini.

Mana-mana kejayaan memerlukan seseorang menempuh cabaran agar momen tersebut akan terasa lebih manis saat dikecapi. Buat Anna, perjalanan awal dalam industri lakonan pernah membuatnya menyoal sekiranya dia benar-benar sudah bersedia berdepan segala rintangan yang mendatang.

“Mungkin mula-mula kerana saya belum membiasakan diri lagi lalu saya mempersoalkan diri sendiri. Saya tidak membesar dengan menonton drama-drama Melayu. Saya juga tidak membesar dengan dikelilingi rakan-rakan berbangsa Melayu. Itu membuatkan saya merasakan perjuangan ini mungkin terlalu sukar untuk saya.

“Di sinilah bagaimana sokongan keluarga itu memainkan peranan utama agar saya tidak mudah putus asa. Saya latih diri untuk menyerap ilmu serta pengalaman membawa watak-watak dalam drama Melayu. Alhamdulillah ia membuahkan hasil.

“Saya masih ingat satu nasihat yang saya sematkan sehingga kini adalah untuk ‘jangan berlakon’ ketika berlakon; if that makes sense. Usah hafal segala skrip yang diberikan bulat-bulat agar watak itu menjelma secara semulajadi.

IKLAN

It is crazy just to think of the difference in what I can do five years ago and now..”

“Ini Hanya Permulaan” ANNA JOBLING Raikan Kemenangan – Isu Digital April 2024

“Pengalaman di set membiasakan saya dengan cara mengendalikan masa, kesihatan diri dan terus komited menjayakan skrip serta watak yang diberikan. Tentunya, kini saya rasakan teknik lakonan saya lebih natural dan mudah diterima penonton,” titipnya lagi.

Saya tergerak hati untuk bertanyakan sekiranya Anna ada mencatur strategi untuk bergerak ke hadapan. Ini kerana saingan dalam lapangan seni lakonan sememangnya sengit dek kehadiran para pelakon yang lebih muda; ditambah pula dengan lambakan pempengaruh yang mencuba nasib menjadi pelakon yang disegani.

“Sifat competitive itu memang ada dalam diri saya. Jika inginkan sesuatu, saya akan meletakkan sepenuh daya untuk cuba mendapatkannya. No matter how long it takes, I will get it. Sifat daya saing itu saya rasakan memang sebati dalam keluarga saya sendiri.

“Bersaing dalam konteks ini adalah bersaing dengan diri sendiri. Rasa malas itu sudah tentu akan timbul kadangkala dan itulah salah satu sifat yang perlu seseorang ‘saingi’. Dalam hidup, sesuatu peluang mungkin hanya akan datang sekali dan selagi terdaya, bersainglah untuk merebut peluang yang kamu impikan,” kata Anna lagi.

PESANAN ARWAH AYAH

Sedari usia lima tahun, Anna telahpun menyertai sesi uji bakat sambil ditemani ibu bapanya. Keperibadian Anna yang masih terselindung di sebalik rasa malu yang menebal semakin lama semakin menyerlah apabila dirinya menerima kata-kata positif daripada kedua orang tua.

Masih jelas di benak mindanya kata-kata arwah bapanya ketika dia masih di usia cilik itu. “Anything you want in your life, you will get it as long as you give it a try. The first step is the most important one..”.

Semangat dan minatnya untuk bergelar seorang anak seni saling tersimpul kemas dari dahulu hinggalah mencapai populariti di saat ini.

“Ini Hanya Permulaan” ANNA JOBLING Raikan Kemenangan – Isu Digital April 2024

Kongsi Anna, kejayaan juga akan hadir apabila seseorang itu selalu mengingati jasa orang di sekeliling yang pernah terlibat dalam proses menaikkan namanya sebelum badai populariti melanda. Nilai hubungan yang dijaganya bersama mereka yang sama-sama membantunya suatu ketika dahulu.

When you go from somebody yang tak begitu dikenali kepada tiba-tiba dikerumuni, it takes some adjustment period. But a quick one kerana ini adalah momen yang saya tunggu-tunggu selama ini. Cuma saya tidak menyangka ia akan datang secepat ini.

“Drama Melur Untuk Firdaus adalah ibarat sebutir peluang yang jarang sekali hadir untuk mana-mana pelakon.

“Saya memasuki set Melur Untuk Firdaus tanpa apa-apa expectation pun kerana drama tersebut mempunyai jalan cerita yang saya anggap ringan dan sudah menjadi ‘makanan’ penonton drama harian di Malaysia.

IKLAN

“Bila tercetusnya fenomena tersebut sehingga tempias ke negara jiran, tentulah saya terkejut tetapi saya segera perlu biasakan diri dengan jumlah pengikut yang meningkat secara drastik; bukan hanya dari Malaysia tetapi juga dari Indonesia, Thailand, Singapura dan di sekitar Asia Tenggara.”

“Ini Hanya Permulaan” ANNA JOBLING Raikan Kemenangan – Isu Digital April 2024

“Sehingga kini, saya tidak beranggapan saya sudah mencapai kemuncak kerjaya saya. Ini hanyalah permulaan and I am just enjoying each moment tidak kiralah pahit manis..

“Saya masih Anna Jobling sama yang kamu kenali dahulu. Ini kerana pengaruh daripada keluarga sendiri yang memastikan saya sentiasa tunduk ke bumi tidak kiralah betapa besar kejayaan yang mendatang. Kalau nak lupa diri pun, my mama will be quick to humble me down! (Ketawa),” selorohnya.

PEMINAT KINI LEBIH PANTAS BOLEH MENILAI

Memiliki raut wajah kacukan Melayu-Inggeris, pakej luaran yang dimiliki Anna Jobling boleh dikatakan sudah lama tidak menghiasi skrin televisyen tempatan. Selain nama-nama popular seperti Zahirah MacWilson dan Amelia Henderson, Anna adalah salah seorang pelakon yang kembali memeriahkan industri sebagai selebriti berwajah kacukan.

Begitupun, masih wujud kata-kata nakal yang beranggapan kelompok eksklusif ini hanya diterima masyarakat bersandarkan paras rupa yang dimiliki mereka.

Saat ditebak bagi mendapatkan pandangannya berkenaan hal ini, Anna kekal tenang sahaja dan memilih untuk tidak menjadikan perkara itu sebagai tembok penghalang.

“Ini Hanya Permulaan” ANNA JOBLING Raikan Kemenangan – Isu Digital April 2024

“Dahulunya, saya ada juga mendengar komen-komen seperti, ‘Oh, dia terkenal sebab wajahnya saja’. Namun, saya percaya peminat kini lebih pantas boleh menilai dengan adanya pengaruh media sosial. Sama ada seorang pelakon itu benar-benar menggunakan paras rupa sebagai aset utama atau dia terus berusaha untuk memperbaiki skil lakonannya, peminat boleh menilai.

I can’t speak for everyone. Tetapi peminat saya mengerti perjuangan saya dalam industri seni ini lebih daripada nilai superficial seperti paras rupa. Ada sebab mengapa peminat saya terus setia di belakang saya.

“Sokongan itu hadir daripada apresiasi mereka terhadap kerja keras yang saya cuba letakkan. Walaupun orang kata, ‘Oh mereka hanya peminat sahaja,’ tetapi saya anggap mereka lebih daripada itu. Ibarat ahli keluarga tanpa pertalian darah, saya akan sentiasa menghargai sokongan yang diberikan,” katanya.

CEPAT NAIK CEPAT TURUN?

Laman studio di Doplohtiga Event Space pada hari penggambaran itu begitu rancak dengan kehadiran skuad jurufoto, juruvideo serta team REMAJA sendiri. Mereka semua teruja melihat aksi Anna di set yang disediakan kerana sudah lama kami tidak berkesempatan untuk bertentang mata dengannya dek jadual Anna yang serba padat.

Dahulunya, Anna merupakan di antara wajah regular yang menghiasi halaman majalah terbitan Kumpulan Media Karangkraf (kini Nu Ideaktiv). Kini, graf kerjayanya lebih terarah kepada seni lakonan seperti yang diimpi-impikan sejak usia lima tahun.

IKLAN

Mengimbas semula kenangan manis yang kami kongsikan bersama itu, satu-persatu momennya sebagai model ketika usia belasan tahun tetap disimpan kemas olehnya dalam kotak minda.

“Ini Hanya Permulaan” ANNA JOBLING Raikan Kemenangan – Isu Digital April 2024

“Hanya segelintir sahaja yang pernah melihat permulaan kerjaya saya sejak 2016. REMAJA antara yang mengenali saya dari awal sebelum menyertai Dewi Remaja (2018/2019) sewaktu bergelar model.

“Perlahan-lahan saya mencari rentak sebagai model majalah, pelakon iklan, pelakon ekstra, peserta pertandingan ratu cantik dan model catwalk. (Terdiam sebentar) I have done most things before I turned 20.

“Saya akui, majoriti peminat mengenali saya kerana populariti Melur Untuk Firdaus tetapi mereka tidak tahu apa yang saya pernah lakukan sebelum itu. Bila orang mengaitkan saya dengan sindrom ‘cepat naik, cepat turun’, well, apa yang saya tahu, tidak mudah untuk saya naik. Jika saya dikatakan cepat naik sekalipun, saya selalu berusaha untuk kekalkan momentum tersebut.

“Contoh terdekat ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza. A clear example, a clear role model. Tidak kiralah berapa puluh tahun pun beliau sudah melayari dunia seni, beliau kekal merendahkan diri dalam apa jua keadaan. She treats her fans with so much respect lalu membuatkan beliau kekal diingati hingga ke hari ini.

“InsyaAllah, saya akan lakukan yang terbaik untuk mengikut jejak langkah seperti beliau,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

“Ini Hanya Permulaan” ANNA JOBLING Raikan Kemenangan – Isu Digital April 2024

INDONESIA RUMAH KEDUA ANNA JOBLING

Menghampiri penghujung hari penggambaran, saya tertanya-tanya sekiranya Anna akan kembali ‘terbang’ ke Indonesia untuk mana-mana naskah terbaru. Kongsinya, cuti Ramadan dan Syawalnya akan berakhir pada Mei ini apabila dia akan memulakan penggambaran filem terbaru di Jakarta.

“Tahun 2024 juga cukup mengujakan saya apabila filem lakonan saya di bawah arahan Baim Wong akan ditayangkan insyaAllah pada tahun ini. Ia merupakan naskah seram pertama saya and I am beyond excited.

“Satu fun fact yang ramai tidak tahu mengenai saya adalah saya merupakan peminat tegar filem seram dari Indonesia sejak kecil. I just love them because of how scary most of them are.

“Jadi apabila saya berpeluang terlibat dalam produksi seram selama sebulan di Yogyakarta pada tahun lepas, ia merupakan satu lagi tick in my bucketlist. I do not want to spoil anything. Apa yang boleh saya katakan adalah saya amat gembira apabila berpeluang menjiwai watak yang diberikan dan saya berharap kamu semua setia menantikan kemunculannya tidak lama lagi,” kata gadis penghias wajah hadapan REMAJA April 2024 itu, menutup bicara.

“Ini Hanya Permulaan” ANNA JOBLING Raikan Kemenangan – Isu Digital April 2024

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI