Temasya Sukan SEA Hanoi 2022 masih lagi berlangsung dan kedudukan kontijen Malaysia dalam carta pungutan pingat dikatakan semakin membimbangkan kerana terus turun ke tangga keenam setelah memasuki hari kesembilan dalam pertandingan.
Malaysia setakat ini berjaya mengumpul 19 pingat emas, 24 perak dan 44 gangsa untuk berada di kedudukan keenam, turun satu anak tangga daripada tempat kelima. Sebagai rakyat Malaysia kita tetap perlu memberikan sokongan buat para atlet negara yang kini sedang berhempas-pulas menempatkan diri di kedudukan terbaik dalam Sukan SEA edisi kali ini.
Namun, disebalik banyak perkara yang berlaku di temasya sukan itu, ada satu insiden yang telah mencuri perhatian ramai apabila atlet silat wanita negara, Siti Shazwana Ajak menutup rambut lawannya Selly Andiriani, atlet Indonesia yang tertanggal hijabnya sewaktu perlawanan.
Tindakan pantas itu menerima pujian daripada warganet yang menyifatkan walau dalam keadaan apa pun sama ada di dalam pertandingan atau tidak, kita tetap perlu menjaga aurat sesama sendiri.
Ads
Ads
Ads
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia menang dan layak ke peringkat seterusnya.
Tahniah diucapkan kepada Siti Shazwana Ajak kerana sikap prihatin yang ditunjukkan itu sememangnya wajar dicontohi oleh semua. Diharap sikapnya ini dapat menjadi teladan kepada semua tidak kira sama bangsa dan agama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya pendedahan dari abang Hot Burger mengenai kegiatan perjudian dan kedai warga asing yang tidak diusik oleh penguatkuasa benar-benar menggegarkan negara. Ekoran pendedahan dibuatnya, hari ini empat penguatkuasa MBSA direman selama 7 hari di mahkamah selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan kesemuanya kerana mengesyaki menerima rasuah antara RM300-RM3500 setiap bulan bagi melindungi peniaga haram ini.
Ekoran pendedahan itu juga, nasib peniaga kecilan lain di Sungai Buloh dan Shah Alam yang berada di bawah penguatkuasaan MBSA mulai terima kesan. Di media sosial, ramai peniaga-peniaga memaparkan saman diterima dari MBSA termasuklah dari Cendol Power Di Shah Alam yang menjadi tumpuan masyarakat di sana untuk menikmati keenakan cendol.
Fuhhhh, ramai juga terima nasib dan pastinya menjejaskan pendapatan keluarga. Kata orang satu orang punya cerita, semua kena sapu.
Diharap peniaga-peniaga yang mencari rezeki dan sudah lama memohon lesen penjaja kecil ini bersabar dengan ujian Allah ini. Jangan putus harap dan sentiasalah berdoa dan bersangka baik dengan setiap kejadian.
Cerita Cendol Power Shah Alam kena saman ini dikongsikan oleh pemiliknya dua tiga hari lalu.
Tak tahu nak kesian ke nak gelak kes burger viral kat Sg. Buloh tu. Sebabnya hari tu baru kami kene saman dengan MBSA. Katanya ada orang report menggangu lalu lintas. Tapi dalam saman tulis menjaja tanpa lesen.
Siang tadi pun datang lagi van MBSA. Tanya dah dapat kupon saman bulan ni ke belum. Terus kami bagi kupon saman yang kena hari tu.
Sebelum ni pernah kena saman jugak. Adakalanya, dapat jugak lepas dari kena saman tapi dengan syarat, tutup niaga & balik.
Tapi haritu datang pegawai yang bertugas, nak saman sebab ada report mengganggu lalu lintas. Kawasan kami niaga sebenarnya memang orang ramai parking kiri kanan. Dan masa tu banyak keta parking. Alasan yang tak masuk dek akal. Bagitau jela nak saman niaga tanpa lesen.
Ada jugak merayu masa tu, kami mintak jangan saman, kami tutup niaga & balik. Tapi ada sorang tu terus cakap, bolehtutup tapi jangan meniaga lagi (Dengan nada keras). Tersentap jugaklah masa tu.
Dipendekkan cerita kena la saman..hahaha. Padan muka kene saman. Ikutkan undang2 memang salah kami berniaga tanpa lesen. Tapi ada ke lesen dikeluarkan untuk peniaga macam kami ni. Takkan nak mohon lesen pasar malam pulak. Entah berapa customer je nk beli cendol petang2 kat pasar malam. Air balang pun banyak kat pasar malam.
Entahlah, kami yang meniaga tepi jalan ni bukannya ada bukak cawangan lain. Terkial-kial kami berniaga dengan keadaan ekonomi yang tak menentu. Hasil jualan harian taka da la cecah RM300-1000. Ada masa nk jual 20cup pun susah.
Alhamdullilah kalau keluar niaga balik tong kosong. Happy sangat-sangat bila balik. Tak pening esok family nk makan apa, bole beli lauk2 buat masak.
Bukan senang nak cari tapak yang sesuai dengan apa yang kami niaga. Sebelum kami bertapak di Petronas Unisel, kami pernah bukak khemah meniaga di sekitar Seksyen 7. Memang sadis sangat masa tu. Ada satu hari tu meniaga, dapat jual 2 cup je. Tapi itula..meniaga ni kene kental..lagi2 dengan bermodalkan duit pusingan niaga.
Mintak maaf kami belum ada keyakinan utk tambah cawangan niaga kami. Perancangannya memang ada, cuma belum sampai masanya. insyaAllah dgn izin Allah kelak.
Panjang pulak membebel malam2 ni. Baru tengok video owner abg beger tu. Teremosi sikit sebab kene saman aritu.
Kepada peniaga2 jalanan, kami tahu perit getir yg dilalui. Kami doakan semoga dipermudahkan urusan & diluaskan rezeki perniagaan kamu semua.
Terima kasih jugak kepada regular customer cendolpowershahalam, tanpa anda siapalah kami. insyaAllah kami akan tetap berusaha memberikan yg terbaik. Jika ada kekurangan tu, bgtau kami, kami akan perbaiki. Terima kasih semua Luv u all..
Bukan di Shah Alam je kena
Ternyata selepas pendedahan itu, bukan sekadar kawasan Shah Alam sahaja menerima saman,di kawasan Sg Buloh juga sama termasuk makcik niaga nasi lemak depan rumah.
Perkongsian dari Plonxbox malam tadi yang mahu menjual kontena mereka kesan dari arahan diminta tutup kerana tidak mempunyai lesen penjaja.
Kami mohon Maaf terlebih dahulu…
Dan terima kasih warga Sungai Buloh.
Kami ingin menjual 3 bijik Kontena Cabin kami…
Sesuai untuk berniaga kedai makan, kontena dalam keadaan Cantik,sudah di ubah suai lengkap dengan tingkap dan pintu.
*Kontena ini perlu di jual dalam Masa 24 jam*
Buat masa ini kami hanya beroperasi Take Away , atau Delivery sahaja,Kami akan mula beroperasi Di dalam kilang kami.PlonxBox ni sebenarnya hadapan kilang Kami sendiri.(kilang percetakan Al-Hikmah Printing
Kami akur arahan MBSA, pagi tadi kesemua peniaga,pengilang di beri notis dan saman.. Makcik berniaga nasi lemak depan rumah pun dah tak boleh niaga.
Kalau kontena ini tidak terjual mungkin besok akan di hancurkan oleh MBSA(doakan supaya tidak berlaku).
Kontena ini sangat mudah, anda kalau berminat sediakan tapak, dan kami akan cuba aturkan trailer dan akan di hantar ke tapak anda.
Dan sila pastikan tapak milik persendirian. Nanti jadi macam kami dah kena Notis tak boleh berniaga. Jadi kami ambil jalan penyelesain terbaik untuk TUTUP operasi kami (Dine in).
Terima kasih yang mendoakan dan Support kami dari day-1 kami berniaga. Kami doakan rakan penjaja/peniaga lain,Ibu tunggal, Asnaf, rakan2 yang di buang kerja, yang sebelum ini mula berniaga di sebabkan Covid (PKP)..
Dan harini yang senasib dengan kami tidak di benarkan berniaga untuk tabah hadapi ujian ini…
Kalau ada di kalangan peniaga yang terputus bekalan makanan, boleh hubungi kami..kami akan cuba bantu di kalangan para peniaga 47000.
Doakan PlonxBox akan lebih berjaya pada masa hadapan…
Ini bukan pengakhiran buat kami
Yang Benar PlonxBox Nota: ****Kami mulai esok bukak di dalam kilang kami, tempat yang sama.
Cuma tiada lagi makan di kedai.
Hanya delivery dan bungkus sahaja.
Untuk yang belum tahu Kami berniaga di hadapan parking kereta Kilang kami sendiri, kontena ini diguna untuk letak meja untuk customer duduk makan santai-santai( macam kedai mamak letak meja kerusi depan kedai)
Cuma kami buat kontena sebab tak nak nampak bersepah dan tak nak buat bangunan kekal sebab salah di sisi undang-undang, dan jikalau hal seperti ini berlaku kontena ini mudah alih boleh pindah dan di jual balik.
Kami sudah cuba apply permit sementara tapi tidak di luluskan kerana kawasan kami ini kawasan kilang*****
Semoga semua peniaga tabah dengan ujian ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Maradona satu nama yang ‘besar’ dalam sukan sukan bola sepak dunia dan diingati sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman. Dan pencapaian tertinggi dalam kariernya adalah membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 1986
Menerusi laporan portal BBC, Maradona yang juga pengurus pasukan Argentina itu diserang serangan jantung sewaktu berada di rumahnya di Buenos Aires
Dia sebelum ini baru sahaja selesai menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku pada otaknya di sekitar Awal November lalu.
Persatuan Bola Sepak Argentina menerusi satu posting di laman media sosial mereka menzahirkan rasa duka mereka di atas pemergian pengurus dan juga bekas pemain tengah negara mereka itu
La Asociación del Fútbol Argentino, a través de su Presidente Claudio Tapia, manifiesta su más profundo dolor por el fallecimiento de nuestra leyenda, Diego Armando Maradona.
Selain mengumumkan tiga hari berkabung, Presiden Bola Sepak Argentina, Alberto Fernandez yang turut berduka turut menzahirkan rasa terima kasih di atas segala jasa mendiang dalam menaikkan nama Argentina dalam sukan bola sepak.
“Anda membawa kami ke puncak dunia. Sentiasa membuat kami gembira. Anda adalah terbaik dari yang terbaik.
Rentetan daripada itu, Remaja kongsikan beberapa perkara yang korang perlu alert dan lakukan jika mengalami situasi kecemasan seperti ini.
• CPR hanya dilakukan jika nadi telah berhenti
• Jika korang alami serangan jantung seorang diri, hubungi talian kecemasan dan beritahu lokasi korang
• Hubungi rakan atau keluarga terdekat
• Jika korang memandu, BERHENTI di tempat selamat, jangan terus memandu
• Ambil ubat mencairkan darah (jika ada)
• Jangan tekan dada, batuk dengan kuat atau terus memandu seorang diri
Ternyata kerisauan orang ramai terhadap sindiket penjualan kad pengenalan kepada bukan warganegara berasas. Ramai yang bimbang dengan kehadiran terlalu ramai orang asing yang mana akhirnya mereka memiliki kad pengenalan palsu dengan harga yang cukup murah iaitu RM200-RM300 sahaja.
Laporan Astro Awani, cubaan lapan individu warga Indonesia menggunakan Mykad palsu untuk menghadiri temu duga kerja di sebuah kilang di Klang, membawa padah apabila ditahan polis pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisoner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, semua suspek termasuk ejen mereka kelihatan mencurigakan ketika pemeriksaan dilakukan pihak keselamatan kilang berkenaan.
“Polis bantuan di kilang itu mendapati Mykad mereka yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita itu mencurigakan sebelum melaporkannya kepada pihak pengurusan.
"Berikutan itu, semua suspek serta ejen mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Meru untuk tindakan lanjut,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada Khamis.
Beliau berkata, siasatan mendapati semua suspek sudah berada di Malaysia hampir dua tahun dan memperoleh Mykad itu daripad individu berasingan dengan membayar RM200 hingga RM300 tahun lalu.
Katanya, semua mereka direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 56(1)(D) Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen dan Seksyen 25(1)(E) Akta Pendaftaran Negara 1959.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!