Tubuhnya mungkin kelihatan kecil sahaja di atas podium semasa menerima kalungan pingat emas. Kecil-kecil cili padi, atlet angkat berat remaja Indonesia, Luluk Diana Wijayana hari ini telah membuktikan saiz tubuh dan usia mudanya tidak sesekali menjadi halangan untuk muncul juara.

Bertempat di Kejohanan Remaja Dunia International Weighlifting Federation (IWF) yang kini sedang berlangsung di Leon, Guonojuoto dekat Mexico, Luluk yang baru berusia 16 tahun telah diangkat sebagai juara dunia dalam kategori 49 kilogram (kg) wanita setelah melakukan jumlah angkatan 170 kg; 75 kg menerusi angkatan snatch manakala 95 kg lagi menerusi clean & jerk.

Kecil-Kecil Cili Padi, Atlet Berhijab 16 Tahun Muncul Jaguh Angkat Berat Dunia

Kecil-Kecil Cili Padi, Atlet Berhijab 16 Tahun Muncul Jaguh Angkat Berat DuniaDengan angkatan memberangsangkan itu, Luluk sekaligus mengenepikan saingan terdekat dari Poland, Oliwia W. Drzazga yang memenangi pingat perak setelah melakukan jumlah angkatan 161 kg dan atlet tuan rumah, Gonzalez J. Lopez yang berpuas hati dengan pingat gangsa setelah melakukan jumlah angkatan 153 kg.

IKLAN
Kecil-Kecil Cili Padi, Atlet Berhijab 16 Tahun Muncul Jaguh Angkat Berat Dunia
Luluk Diana Wijayana di sebelah kanan.

Sedikit info menarik mengenai Lulu; remaja yang dilahirkan pada 9 Ogos 2005 di Pacitan, Jawa Timur ini sejak muda telah menetapkan misi yang lebih jauh sebenarnya daripada kejohanan remaja dunia ini.

“Saya amat berbangga dapat memberikan hasil terbaik untuk Indonesia pada kali ini dan (kemenangan ini) meningkatkan motivasi saya untuk tampil di Sukan Olimpik akan datang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Hijab Tercabut, Atlet Silat Wanita Malaysia Tutup Rambut Pasukan Lawan Dipuji Warganet – REMAJA

REMAJA merasakan persatuan sukan di Malaysia boleh mengambil contoh daripada usaha persatuan di negara seberang itu yang kini gigih melatih serta memberi peluang kepada angkatan atlet remaja mereka untuk bergelar wakil negara di kejohanan berprestij seperti ini.

IKLAN

Ia penting agar Malaysia terus dilengkapi generasi pelapis yang terlebih awal telahpun bersedia untuk memberi tentangan sengit apabila nama mereka ‘naik’ sebagai wakil negara kelak.

Untuk pengetahuan, Kejohanan Remaja Dunia IWF ini disertai oleh 205 atlet angkat berat remaja dari 39 buah negara; 115 terdiri daripada atlet perempuan manakala 90 lagi adalah atlet lelaki.

IKLAN

Sumber : CNN Indonesia

BACA LAGI : Ada Iras Syed Saddiq, Atlet Gimnastik Lelaki Ini Curi Tumpuan Netizen – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=c_utOMz9V4o&list=PL_R6hQ5tkODLdU7Obr3safbIdpJ8caa5Z&index=6&t=2s

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI