Tidak terlepas daripada menjadi mangsa berita palsu, pelakon terkenal, Aiman Hakim Ridza kesal wujud pihak tidak bertanggungjawab mendakwa dia sudah meninggal dunia seperti yang tular dalam media sosial.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu menyifatkan penularan berita palsu mengenai kematiannya adalah cara segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang semata-mata mahu mengaut keuntungan menggunakan jalan pintas.
Aiman bagaimanapun memandang perkara berkenaan dari sudut positif selain menyifatkan ramai yang mahu mengambil kesempatan dengan mencipta berita palsu sebegitu.
Ads
“Ada orang mesej saya mengenai perkara ini. Kita ambil iktibar dari sudut positif. Pertama sekali, Alhamdulillah saya masih hidup. Kedua, media sosial memang begini.
“Lebih banyak anda habiskan masa dalam media sosial, lagi banyak orang lain ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan begini,” tulisnya di Instastory.
D
Ads
Dalam masa sama, suami kepada aktres jelita, Zahirah Macwilson itu menitipkan nasihat buat netizen agar tidak terlalu bergantung kepada sosial media selain lebih banyak meluangkan masa dengan orang sekeliling.
“Samalah juga di mana-mana pun. Akan ada orang yang mahu ambil kesempatan. Lagi lama anda layan media sosial, lebih banyak benda merapu yang akan keluar.
Ads
“Kesimpulan di sini adalah kurangkanlah bermain media sosial. Berboraklah dengan orang terdekat,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, industri hiburan Korea Selatan tanpa henti menunjukkan kreativiti dan inovasi bagi menarik perhatian penggemar dan peminat muzik K-Pop utamanya.
Salah satu syarikat hiburan terkenal, SM Entertainment sekali lagi kembali dengan mencipta hal baru inovatif dan bakal memikat hati para peminat melalui kerjasama bersama syarikat Jinaem mengumumkan akan membina Hotel K-Pop yang dibangunkan khas untuk peminat K-Pop di seluruh dunia.
Kolaborasi ini rasmi diumumkan pada 29 Julai lalu ketika Jinaem dan Kreation Music Rights (KMR) yang merupakan anak syarikat kepada SM Entertainment menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk membangunkan hotel residensi bagi peminat K-Pop, penulis lagu/lirik, penerbit lagu yang datang dari seluruh negara.
“Kolaborasi ini adalah contoh dari kesan hubungan baik antara investor dan syarikat yang menerima investasi. Selain itu, kami juga dapat mencipta ‘angin baru’ dari pembinaan Hotel K-Pop ini”
KMR juga akan turut menyediakan pelbagai bahan sokongan muzik dan penciptaan kandungan. Sementara itu, Jinaem yang merupakan syarikat baru dalam bidang gaya hidup dan kesihatan akan mengelola projek ini termasuk dari segi perancangan, operasi dan perkembangan dari masa ke semasa.
Mengikut perancangan awal, Hotel K-Pop ini akan dibina di bandar Seoul dengan kapasiti 20-30 buah bilik. Hotel ini juga dijangka akan menjadi pusat budaya bagi penggemar agar mereka dapat menikmati muzik dari pelbagai komposer KMR selain mendapat keistimewaan tambahan yang lain.
Dalam pada itu, menurut laporan Global Hallyu Status bagi tahun 2023. Jumlah penggemar budaya Hallyu secara global telah mencapai sehingga 225 juta pada Disember lalu dan ia menunjukkan peningkatan 24 kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya sejak Korean Wave pertama mendapat sambutan pada tahun 2012.
Melalui pembinaan hotel ini juga, mereka berharap akan memberi suasana baru dalam industri K-Pop. Malah, para peminat juga dapat menikmati pengalaman muzik dan budaya K-Pop dengan lebih dekat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini keputusan SPM 2019 telah diumumkan. Seramai 8876 pelajar dari 389,498 calon memperoleh keputusan cemerlang bagi semua mata pelajaran yang diambil. Keputusan tahun ini menunjukkan peningkatan dari SPM 2018 seperti yang diumumkan oleh Ybrs Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia hari ini.
SPM 2019 mencatat cerita tersendiri. Pernah kecoh di media sosial soalan Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan yang didakwa terlalu susah sehingga satu petisyen dilancarkan iaitu meminta markah lulus bagi Add Math ialah sebanyak 5 peratus sahaja.
Kalau hendak diikutkan, tiada peperiksaan yang mudah. Dalam dunia pekerjaan, untuk kenaikan pangkat, pekerja akan melalui ujian terlebih dahulu. Sebagai pelajar pula, ujian peperiksaan dilakukan adalah untuk menguji kemahiran murid, memahami apa yang diajari guru dan selebihnya membaca isu-isu semasa kerana begitu banyak soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diberikan untuk melihat sejauh mana kemampuan murid berfikir.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi hadir di SMK Sri Pantai Kuala Lumpur bagi penyerahan keputusan SPM 2019. Turut kelihatan Pengetua Ustaz Wan Mohd Zaidi Wan Mahmood.Pelajar menanti penuh debaran sebelum mengambil keputusan masing-masing. Dari seramai 169 calon di SMK Sri Pantai Kuala Lumpur, 131 calon memperoleh sijil penuh SPM.
REMAJA berkesempatan menemuramah Cikgu Siti Aminah Abdul Majid, guru mengajar subjek Sejarah tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai, Kuala Lumpur yang diminta mengulas mengenai subjek Sejarah yang didakwa pelajar agak susah dikuasai. Lebih menarik, Cikgu Siti Aminah yang juga guru petanda kertas bagi subjek berkenaan sejak bertahun lalu sempat memberikan tips bagaimana untuk lulus mudah dalam mata pelajaran berkenaan.
Jelas Cikgu Siti Aminah, pelajar harus mengetahui apa perkembangan terkini di dalam negara untuk mudah lulus subjek Sejarah
Mengulas subjek Sejarah susah seperti didakwa, jelas Cikgu Aminah, apa yang paling penting adalah pelajar mesti mempunyai minat membaca dan mesti ambil tahu mengenai perkembangan semasa berlaku di dalam negara. Lagi satu pemilihan soalan amat penting selain “key word” kena ambil tahu, baru boleh menjawap dengan mudah.
“Saya sudah mengajar lebih 20 tahun subjek Sejarah ini. Jika 10 tahun dulu, pelajar mesti menghafal fakta tarikh-tarikh tetapi hari ini soalannya tidak berbentuk demikian. Ia lebih kepada soalan berbentuk kemahiran berfikir.
“Kalau calon tidak membaca dan kurang pengetahuan am mengenai apa yang di dalam negara mereka akan kata ianya susah. Sebagai contoh mengenai pilihanraya, kalau pelajar langsung tidak tahu mengenai pilihanraya, memang susahlah nak jawap.
So korang boleh tengok tips yang Cikgu Siti Aminah beri ya!
“Bagi saya sebagai seorang guru, kita berusaha membantu murid memahami apa yang diajar. Seperti Sejarah yang terbahagi kepada tiga kertas. Kertas 1 objektif. Kertas 2 merujuk kepada soalan struktur (soalan berdasarkan dari buku teks) dan Kertas 3 lebih kepada Open Book (bahan rujukan boleh didapati dari buku teks atau bahan rujukan diberi oleh guru.
“Kertas 2 dan 3 merujuk kepada soalan-soalan KBAT dan kertas 1 adalah penanda aras berapa pelajar akan peroleh markah iaitu A+, A-, B dan sebagainya,” katanya memberikan nasihat calon harus memperbanyakkan pembacaan berkaitan negara kerana soalan-soalan bagi Kertas 2 & 3 berkaitan isu semasa.
Tq Cikgu atas tips nie. So harap korang yang nak ambil peperiksaan tahun nie lebihkan membaca ya sebab ia banyak berkaitan dengan isu semasa. Jadi kena ambil tahu mengenainya. Apa pun tahniah buat calon yang peroleh keputusan cemerlang dan bagi yang biasa-biasa tu ingatlah rezeki ada di mana-mana asal korang rajin berusaha.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Nam Yoon Su dilaporkan telah menyelamatkan nyawa dengan mendermakan buah pinggang kepada bapanya.
Menurut laporan, pelakon yang berusia 27 tahun itu telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 19 Jun lalu untuk bapanya.
Kini, Nam Yoon Su sebagai penderma dan bapanya sebagai penerima kedua-duanya sudah pulih dan telah pun keluar dari hospital.
Dalam pada itu, Yoon Su yang popular dengan drama Extracurricular itu, telah menghentikan segala aktivitinya sejak awal tahun bagi membuat persiapan dan menjaga tubuh badannya untuk pembedahan pemindahan buah pinggang ini menimbulkan rasa kagum banyak pihak, bukan sahaja dari kalangan peminat malah masyarakat.
Pihak hospital yang bertanggungjawab menjalankan pembedahan tersebut menyatakan bahawa sikap berbakti pelakon tersebut dan pengaruh baiknya itu telah membawa kepada hasil yang positif.
“Kami mendoakan agar dia terus menjadi bintang besar yang memberikan pengaruh baik dalam masyarakat kita”
Sementara itu, Nam Yoon Su juga bakal muncul dalam drama terbaru berjudul Law Of Love In The City yang bakal ditayangkan pada hujung tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!