Rata-rata peminat drama Korea telah menyambut riang kemenangan berganda oleh pelakon siri popular Netflix, Squid Game di acara Screen Actors Guild (SAG) Awards 2022 kelmarin.

Stail Pemenang SAG Awards, Jung Ho-yeon Satu Penghormatan Buat Korea Selatan

Selain kemenangan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Bersiri) oleh Lee Jung-jae yang membawakan watak Seong Gi-hun dengan begitu cemerlang, keseluruhan produksi Squid Game turut berbangga dengan kejayaan Jung Ho-yeon yang membawa pulang trofi kemenangan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama Bersiri ). Squid Game turut meraih kemenangan ketiga dalam kategori Pelakon Stun (Drama Bersiri TV).

ARTIKEL BERKAITAN : Tercalon Dengan Jennifer Aniston! Jung Hoyeon Tak Sangka Lakonan Squid Game Bawa Tuah – REMAJA

Terdahulu di karpet merah SAG Awards, barisan pelakon Squid Game telah berjalan beriringan sewaktu ditemu ramah oleh penggiat media.

IKLAN
Stail Pemenang SAG Awards, Jung Ho-yeon Satu Penghormatan Buat Korea Selatan
(Dari Kiri) : Anupam Tripathi, Park Hae-soo, Jung Ho-yeon, Pengarah Hwang Dong-hyuk, Kim Jo-ryeong dan Lee Jung-jae.

Sebagai peneraju drama Korea dan drama berbahasa asing pertama yang pernah dicalonkan di SAG Awards, mereka tidak dapat menidakkan rasa terharu kerana menjadi insan yang berjaya memperkenalkan diversiti dalam senarai pencalonan di anugerah tahunan berprestij itu.

Tambahan pula, setiap pemenangnya ditentukan oleh ahli SAGs sendiri yang terdiri daripada penggiat seni termasuklah pelakon berkaliber.

Bukan hanya kelibat mereka di karpet merah saja yang mendapat perhatian. Jung Ho-yeon yang membawakan watak Kang Sae-byeok dalam siri tersebut turut menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat di Korea Selatan disebabkan penampilannya.

Memilih adi busana dengan perincian manik rekaan Louis Vuitton, Ho-yeon mendedahkan keistimewaan penampilannya pada malam tersebut terutamanya pada bahagian rambutnya.

IKLAN

Stail Pemenang SAG Awards, Jung Ho-yeon Satu Penghormatan Buat Korea Selatan

Stail Pemenang SAG Awards, Jung Ho-yeon Satu Penghormatan Buat Korea Selatan

Pasukan Louis Vuitton telah mempersiapkan ‘riben’ di bahagian rambut Ho-yeon yang didandan dalam gaya tocang bagi memberi penghormatan kepada budaya warisan Korea Selatan. Riben bukan sebarang riben, ia diinspirasikan daripada riben tradisional ‘Daenggi’ yang sering kita lihat pada watak-watak wanita dalam drama K-period.

Kongsi jurudandan rambutnya iaitu Jenny Cho, dia sendiri dilanda rasa emotional apabila diminta untuk mencipta gaya rambut tradisional yang diberikan nafas moden dengan menggunakan ‘Daenggi’. Jenny turut mendedahkan bahawa dia menggunakan produk Hair Rituel by Sisley-Paris yang merjadi rahsia di sebalik rambut bersinar Ho-yeon pada malam itu.

IKLAN

Stail Pemenang SAG Awards, Jung Ho-yeon Satu Penghormatan Buat Korea Selatan

Kemenangan ini jelas bukan miliknya seorang, ia adalah satu kemenangan buat Korea Selatan kerana berjaya memperkenalkan nilai warisan mereka di pentas hiburan antarabangsa.

BACA LAGI : Menyerlah Dalam SQUID GAME, Jung Ho-Yeon Asalnya Bergelar Peserta Top Model – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI